Mama dah jadi macam bayi semula,doktor suruh pakai pampers...Susah untuk awak ke tandas..Kaki makin tak boleh berpijak.Bengkok dan bila berpijak,tersungkur..Doktor tiada jawapan..Penyakit mama dah mudarat anak anak..Di hospital sunyi sepi tanpa sebarang pelawat yang menziarahi melainkan kakak kakak ipar yang datang datang melawat bekas mak mertua.Katil yang tidak jauh,mereka datang juga menjenguk..Menitis juga air mata...
Kelu lidah untuk meluah,untuk berkata kata bila kaki semakin tak boleh berpijak.Berkali kali memberitahu doktor yang hampir pitam bila cuba berpijak lama sikit.Tapi doktor juga kelu..
Bayangkan apa yang mampu di lakukan di hospital sendirian dengan anak kecil..Bagaimana nak ke tandas?Mandi?Solat,sedang uzur.Tiap tiap pagi dan petang gagahkan diri turun ke bawah,ke kantin mencari makanan untuk aiman.Bertolaklah dengan wheel chair.Kata Aiman..Mama janganla guna tangan mama,biar aiman tolak mama,nanti mama sakit lagi..Menitis nitis lagi air mata ni.Wahai sayang mama,kuatkah kudrat aiman yang masih kecil.Tapi betapa gigih dan semangatnya untuk membantu..
Anak yang tidak banyak ragam..Hati mama sebak,mama tak boleh elak perasaan sendiri.Dengan ujian ini mama hampir tersungkur dalam diam..
Bila aiman lihat mama menangis,aiman boleh menasihati mama,jangan nangis lagi mama,nanti mama sakit.Aiman sayang mama.Aiman ada mama je.Lagila sebak..Aiman makin memahami keadaan.Bagi mama,aiman anak yang cerdik..Semalam aiman lihat mama menangis sehingga sesak nafas oleh kerana sesuatu yang amat menguji hati dan perasaan.Aiman pegang tangan mama dengan air mata yang juga bergenang nak menangis..
Bila buat test test di bilik rawatan,aiman duk kat luar sorang2 tanpa banyak ragam..
moga puan tabah menghadapi dugaan ini.
ReplyDeleteinsyaallah,terima kasih banyak banyak
DeleteSalam Yanie,
ReplyDeletecheck email ya. umi ada htr email..
w'salam,
Deletenanti saya check.maaf.
ya Allah sedihnya hati ini..semoga alia terus tabah demi anak2 ye..didoakan semoga alia akan sihat hendaknya
ReplyDeletesabar ye..ingat tuhan byk..sedih sy membace entry ni..desih lagi badan yang menanggung..
ReplyDeleteAiman anak yang kuat dan tabah..Semoga membesar menjadi anak yang soleh untuk mama.
ReplyDeleteAkak ambillah semangat darinya..ambik kekuatan yang ada pada aiman,kecekalan dan ketabahannya memukau ramai hatey ibu-ibu disini.Saya amat yakin pada "jiwa besar" yang hidup didalam diri Aiman..setiap ujian yang menimpa akak secara tidak langsung membuat Aiman menjadi lebih hebat dari anak-anak lain sebayanya.
Akak MESTI sihat untuk anak-anak akak.
Alhamdulillah..walaupun Aiman masih kecil tapi jiwa dan hati seperti orang dewasa..cepat memahami keadaan ibunya...
ReplyDeleteKUATKAN SEMANGAT SAYANGGG UNTUK ANAK2...
saya rasa sedih dan terharu sekali membaca entry ini.... apapun saya sentiasa doakan yg terbaik buat yanie dan anak2....
ReplyDeletesaya tidak dapat bygkan jika sayalah yg berada di tempat yanie ini... semoga Allah ringankan penderitaan yanie ini.. Amin
kasihan anak2 ini....begitu cekal dan tabahnya mereka... kuatkan semangat ya mama....kami2 sentiasa menitipkan doa untuk kesembuhan mama...insya Allah.
ReplyDeleteYanie kena kuat dik! anak2 yg lain bape org lag so kat mana skrg?
ReplyDeletemoga puan tabah menghadapi dugaan ini
ReplyDeletesalam akak...saya simpati sangat dengan akak...moga2 Allah sentiasa membantu akak...akak kena kuatkan semangat...saya nak minta izin ambil gambar akak untuk buat poster..untuk bantu akak ringankan beban nanti..
ReplyDeletesy br terbaca blog ni...simpati sgt2...dr kejauhan sy doakn yg terbaik utk yanie n ank....
ReplyDelete