30 July 2013

Indahnya Ramadhan


Indahnya Ramadhan,indahnya berpuasa.....

Bersyukurlah pada yang masih memiliki nikmat kesihatan.Hargailah peluang ini..Alangkah indahnya saat sat berterawih,berbuka puasa di masjid.Saat yang tak dapat saya lupakan.Tenang setenangnya.Walaupun hanya dapat berterawih sehingga malam ke 9 ramadhan di atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan..Saya hanya mampu melakukan 8 rakaat dan solat sambil duduk.Tapi ia adalah saat saat yang sangat indah.Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata.

Syukur alhamdulillah,tahun ini sekurang kurangnya saya dapat jua berterawih,tahun lepas saya hanya mampu terbaring.Siapa dapat menyangka,dengan kuasa Allah segalanya.Ikhtisyam sehingga hari ni,dengan semangatnya berterawih.Seboleh bolehnya langsung tak nak tinggal peluang berterawih walau satu malam.Aiman juga mampu berpuasa,hanya tinggal 4 hari saja setakat ini.

 Ramadhan,
Andai diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan ku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu....

Tidak ku duga…
Engkau kian menghampiri saat kepulanganmu
Duhai Ramadhan…
Ku akui imanku terlalu halus umpama zarah-zarah yang berterbangan
Ku tahu kedatanganmu terlalu pantas seumpama sambaran kilat
Ya Allah…
Berilah daku peluang untukku mengkoreksi diri
Walau ku tahu RamadanMu akan berlalu pergi
Berilah ruang dan peluang ku mengecap sekelumit berkat darinya
Aku juga hambaMu yang amat mendambakan malam Al-Qadr
Temukanlah aku dengannya agar ianya bakal menjadi bekal bagiku nanti

Ya Ilahi…
Akan ku pelihara air mata Ramadan ini hingga ke akhirnya
Takkan ku biarkan air mata ini menitis untuk perkara yang sia-sia
Titipkanlah walau secangkir cuma belas EhsanMu kepadaku
Agar ku bisa mewarnai kehidupanku dengan keimanan padaMu
Agar ku bisa pulang dengan penuh rasa kehambaan padaMU..
Amin.



p/s: bersyukurlah dan hargailah peluang beribadat pada yang masih mampu...

” Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. “
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai),,,

25 July 2013

Di sebalik liku




Ada waktunya kita berasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang,namun ada masanya pula kita berasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.Siapakah di antara kita yang tidak pernah berasa kalah?Walau sekuat mana sekali pun zahir dan batin seseorang,pasti tertumpah jua di tubir mata....

Ada ketika kita tidak mampu menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan.Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran yang datang silih berganti....

Ya Allah,
kuatkan aku,
lindungiku daripada putus asa...
dorongilah hatiku kepada jalan yang paling dekat denganMu..

ALLAH,ALLAH..
Di kiri sakit,di kanan pedih,
Di saat kedukaan ini aku ingin berjumpaMu,
Ingin mendapat dakapan daripadaMu,
Mengalaskan aku dengan permaidani ketenangan.
Tolong pegangi aku,pimpin hatiku..









11 July 2013

Salam ramadhan



Salam ramadhan buat semua umat islam di dunia...semoga amalan di bulan puasa diterima dan diberkati.amin. 

Terkedu,deraian air mata,betapa bersyukurnya yang tiada terhingga kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Alhamdulillah syukur sangat masih berpeluang bertemu ramadhan kali ini.Jika diingat kembali ramadhan tahun lepas saya hanya mampu terbaring dan terlantar.Tiada kudrat.Dengan kuasa Allah,kekuatan semangat dari anak anak saya dan sokongan dan bantuan dari semua sahabat sahabat dan insan insan yang berhati mulia saya mampu bertahan.Hari hari yang di lalui amat menguji tika itu,dalam menghadapi ujian Allah yang agak hebat tapi bersyukur di atas ujianNya.Untuk di luahkan tidak terluah tapi percayalah kasih sayang Allah itu amat luas..

Kepada semua yang pernah membantu saya,saya doakan semoga Allah menambahkan pahala,rahmat,ganjaran dan keberkatan.amin.Semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.Setiap kebaikan dan pertolongan yang di hulurkan hanya Allah yang dapat membalasNya.amin.

  
Semoga Ramadhan Kali Ini Akan Lebih Bermakna Dari Ramadhan Yang Lepas. Sesungguhnya amat menghargai Ramadhan Ini Seperti Tiada Lagi ramadhan.Semoga Iman & Takwa Dalam Diri Ini Dapat Ditingkatkan.

Buat permata hati mama,hargailah setiap detik masa yang Allah masih berikan.Segalanya milik Allah.Dan peluang kita untuk lebih mendekatkan diri padaNya.

Kuasa Allah,Kehendak Allah,Pemberian Allah.


Insya-Allah.

04 July 2013

Derita setiap insan tak sama

Derita setiap insan tidak sama.Derita  dan setiap ujian Allah beri mengikut kemampuan diri.Derita setiap insan mungkin jalannya berbeza.Derita adalah ujian.Juga jadi rahmat
Sebab Allah nak kita makin dekat dan makin rapat denganNya.

"Ada mereka, tiada liku, tiada derita, mengapa?"
Ujian itu adalah rahmat
Tapi ingat! Nikmat juga adalah ujian
Kepada hamba-hamba-Nya dalam kehidupan


Derita atau nikmat,Ia wasilah Allah beri untuk kita dekat kepada Allah.Terpulang pada kita saja Untuk memilih jalan yang mana.Jangan bersedih, Derita ini sementara, Syurga itu selamanya,
Insya Allah, nikmat bahagia dengan Allah, Moga dapat kita bawa sampai ke sana. 


Dalam menempuh ujian yang Maha Hebat memang tidak terluah oleh sebarang kata,melainkan memupuk kesabaran dalam diri.Tahun lepas beberapa bulan sebelum menyambut Ramadhan saya makin terlantar.Terbaring lesu dengan kaki yang makin lemah dan teramat sakit.Hanya mengharapkan kudrat anak anak.kecil.Keperitan hanya Allah yang tahu tika itu.

Tamat satu ujian,ujian lain pula yang datang.Sebagai hamba cuba menghadapinya..Renungan sayu dan harapan anak anak membuatkan mama masih bertahan.Pinjaman kehidupan yang Allah masih berikan untuk bersama anak anak dan memperbaiki diri denganNya.


Ya Allah,

Ya Allah, jadikan ketabahan itu milikku.Ya Allah, aku tahu setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,Setiap kedukaan pasti akan disusuli dengan kegembiraan suatu hari nanti, setiap ujian yang Kau berikan pasti mempunyai sebabnya. Mungkin ujian yang kau berikan aku pada saat ini akan menjadikan aku seorang yang lebih tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang. Ya Allah, berikan aku ketabahan dan kekuatan yang luar biasa untuk aku tempuhi ujianmu ini.amin.


 

01 July 2013

Di hari cuti sekolah...

Aktiviti mencuci kasut sekolah sendiri di hari minggu.

Anak anak seboleh bolehnya langsung tak nak menyusahkan mama.Satu besen besar air digunakan untuk mencuci kasut.Mereka berdikari sendiri..Biarlah susah dahulu ya..Pengalaman dari ujian kehidupan moga dapat mematangkan lagi mereka untuk terus melangkah dengan semangat yang kental.Moga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

Aiman menahan sakit gigi..


Aiman menahan sakit gigi..

Beberapa malam tak leh tidur lena aiman menahan sakit gigi.Anak sakit,mama pun terasa sakit..Sampai bengkak gusi.Hilang selera makan.Kebiasaannya pun aiman memang susah nak makan.Yang buat mama sebak,aiman pandai berdikari.Walau sakit gigi,tak banyak ragam.Cukup memahami keadaan mama.Sambil menahan sakit,sambil membaca doa penawar.Moga menjadi anak yang soleh,berjaya dunia akhirat.amin.