Allahuakhbar....
Kesihatan makin tidak stabil..demam yang agak tinggi dah hampir 3 hari.Kaki makin teramat sakit.Benar2 menguji untuk bergerak.Untuk naik ke kerusi roda juga amat menguji.Berapa kali terjatuh kerana tiada daya..Untuk melakukan sesuatu benar benar kena gagahkan diri..Pagi ni tersungkur di dapur bersendirian...Terkedu dan menahan segalanya dalam sendu yang tidak terluah.Pada siapa untuk di pinta membantu kudrat hanya kudrat aiman.Bila terdengar mama jatuh,berlari lari mendapatkan mama.Aiman juga kini demam,jangkit mama kut.
Sepatutnya ke Husm untuk masukkan ubat,tapi tiada daya sangat pagi ini..Untuk bangun duduk pun amat lemah..mungkin sebab demam..Luahan ini bukan meminta simpati,ini luahan hati dan rintihan hati seorang ibu dan seorang pesakit yang masih belum berputus asa untuk bertarung dengan kesihatan.Kini hanya mampu terlantar dan terbaring.Segalanya di lakukan sendiri walau dalam seribu kepayahan.Untuk memasak,mandi,solat amat menguji..kadang kadang berapa kali tersungkur bersendirian.Terkebil kebil untuk cuba bangun.Betapa bernilainya kudrat.
Untuk di keluh rugi kerana ini ujian Allah..Menangis bukan kerana tidak redha tapi cuba mencari kekuatan..Alhamdulillah dan insyaallah..
Yang menyedihkan,ada ketikanya memerlukan bantuan kudrat,terutama jika benar benar tiada daya,untuk solat...Ujian.kalau terbaring,terjatuh,segalanya kena gagahkan sendiri..Kadang kadang segalanya rasa kosong tapi masih cuba bangkit..Hati hiba dan amat sebak bila memikirkan ketidakupayaan diri.Tiada nikmat dan tiada yang lebih bernilai melainkan nikmat kesihatan dan memiliki kudrat..
Untuk di gagahkan dengan tongkat ada kalanya tidak mampu..mengengsot dan merangkak seperti anak kecil.Bertarung segalanya dengan kesakitan,emosi..bukankah sebagai insan biasa kita nak di beri perhatian,di jaga ketika sakit,.nak tenang dari segalanyakan...hati seorang pesakit ni amat amat halus sebenarnya,mudah tersentuh tapi sebagai seorang single mother dan seorang pesakit,semua itu perlu di tolak ketepi..Ketepikan emosi..Anak anak perlukan mama..
Walaupun ujian ini tak terluah tapi Allah Maha Mendengar..bantuan dari Allah dari insan insan yang perihatin dan berhati mulia di alam maya..Sungguh hati ini benar benar tersentuh dan amat amat2 menghargai dan berterima kasih..Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.Di bulan mulia ini moga mendapat pahala,ganjaran,rahmat dan keberkatan dariNya...
Yakinlah dan pergantungan terus pada Allah..
Zikir dan istiqfar jangan putus...Allah sentiasa bersama..
Kesian kat awak, dan saya percaya kesihatan dan kudrat memang sangat bernilai. Apa lagi saya mampu katakan melainkan mengharapkan awak sentiasa diberikan kekuatan untuk kembali pulih dan dapat menjaga anak-anak..
ReplyDeletesemoga akak terus sabar dan tabah menghadapi dugaan ini..setiap kesabaran, Allah janjikan dengan ganjaran yang tidak ternilai.. Jangan berputus asa dan terus memanjatkan doa kepada Allah swt.. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar rintihan dan doa umatnya.. Macam yang sy cakap dalam msg sy aritu, semoga ramadahan dan lebaran kali ini membawa sinar bahagia untuk akak dan anak2... amin...
ReplyDeleteInsyaAllah, Allah akan terus memberikan kekuatan emosi buat Alia.
ReplyDeletesalam , saya sentiasa mengikuti perkembangan Yani, didoakan Yani diberi kesembuhan oleh Allah, jangan mengalah Yani, kuatkan semangat.
ReplyDeleteSatu persoalan yg sering difikirkan, Yani tinggal jauh dr adik beradik ke, kenapa tak boleh minta tolong dr adik beradik, misalnya bila Yani masuk wad tinggalkan Aiman dgn abang atau adik Yani, takkan mereka begitu kejam tidak memperdulikan keadaan Yani dan anak2
Salam Yani,
ReplyDeleteSaya sangat sedih dgn keadaan Yani. Saya rasa insyaAllah ramai boleh bantu dari segi wang ringgit tak banyak sedikit tapi saya rasa bantuan sebenar yang Yani perlukan ialah orang yang duduk berdekatan yang prihatin dengan masalah Yani..yang boleh tolong jenguk2kan..belikan makanan, apa yang patut..
Yani harus duduk di hospital hingga betul2 sembuh. Kesian kat anak..Tak boleh ke tinggalkan dia dgn jiran sekejap sementara Yani kuat sedikit?
Saya berdoa agar Allah permudahkan semuanya untuk Yani sekeluarga.