29 January 2012

Ku ingin tenang dan bahagia

Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru.....



28 January 2012

Aku sayang Allah..


Selami lirik ini....

Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
*
Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaaa Allah
Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

p/s: Kuatkan hati,Allah tetap ada bersama...

07 January 2012

Bantulah diri sendiri...


Apabila kita bersedih.....yang ada cuma diri kita dan Allah...bantulah diri kita keluar dari kesedihan,masa ni kita amat memerlukan kehadiran seorang sahabat sebagai penambah sokongan diri kita.Wahai Allah,kurniakan padaku seorang sahabat dunia akhirat yang dapat membantu,membimbingku ke jalanMu,agar aku tidak tersasar jauh dari jalanMu..


Walau sebenarnya yang boleh memandu kita keluar dari kedukaan adalah diri kita sendiri dan iman yang tertanam di dalam jiwa kita...Jika tanpa iman dan keyakinan yang teguh terhadap Pencipta...jalan untuk kita tersungkur dalam kelemahan terbuka dengan amat luas.

Ya Allahu Ya Rabbi tetapkan hatiku..mantapkan imanku....Moga aku yakin dengan janji-Nya....Setiap ujian yang diberi ada hadiah di penghujung jalan.... Jangan biarkan dugaan yang sekali ini menjadi penghalang untuk terus menerima dari-Nya.Ya Allah,Perbaikilah diriku agar aku layak menerima hadiah dariMu... 


Moga aku semakin bijak dalam menangani kesedihan dan menjauhkan diri dari terus hanyut dalam emosi....


Air mata yang gugur moga mentarbiyah hati yang kusam dan kabur..


p/s: terima kasih AHP di atas nasihat dan bimbingan,Moga di berikan kesihatan yang baik,di anugerahkan usia yang berkat,di berikan kesejahteraan dan sentiasa berada di dalam rahmat dan di bawah payung perlindungan Allah Taala.amin ya rabbal alamin.

05 January 2012

Pergilah bersama titisan air hujan...

Batuk yang makin kronik,kalau batuk sampai tercungap cungap,susah nak bernafas.Keletihan menjadi jadi,restless sangat.Sehari dua ni kalau batuk je rasa macam nak pitam,cuba relaxkan diri,genggam tangan kuat kuat.Cuba bernafas dalam dalam.Bertahan,bertahan..Teknik merawat sendiri..Sesape kat sebelah yang nengok macam mana  batuknya sampai gerun...Cam mana la boleh tahan,tup tup jangan dah pengsan sudah...


Dalam badan yang tak sihat ni semalam boleh ke Rantau panjang.Kononnya nak ambil barang( toto narita)ada order,tapi sampai sana stok tak ada.Rupa rupanya rantau panjang baru lepas banjir.Cancellah order.Tiada rezeki namanya.Beberapa minggu ni memang ke hulu ke hilir..Tak leh nak rehatkan diri.Badan lagila melidi dan bibir yang tak yah pakai lipstik,pucat putih.So sesapa yang tak kenal sure seram nak datang dekat.Nampak gaya memang macam tak sayang diri langsung kan,nak wat macam mana...


Hari ini,dah berapa kali hampir pitam.Terhuyung hayang gayanya macam overdose ubat je.Mata ni makin kelabu,kepala kebas.So bila jadi gini,cepat baring tanpa bantal.Cuba rehat  sekejap dan tenangkan fikiran dan cuba kuatkan diri.Masa tu cuba bayangkan dan renung anak anak.Cari kekuatan dan berdoa dalam hati.Bila si kecil tanya,"kenapa mama?Mama sakit lagi ke?..Jawapan yang senang,mama nak tidur.Beginila selalu menahan penyakit ini..Kadang kadang rasa serik nak ke hospital,dulu hospital dah ibarat rumah kedua..



Kadang-kadang seseorang itu akan nampak kuat pada pandangan manusia lain,
tapi tiada siapa tahu apa yang ada dalam hatinya.
Yang tahu segalanya apa yang terzahir dan tidak,
hanyalah ALLAh Ta’ala, Pencipta Yang Maha Agung.

p/s: Berjalan dalam tiitisan hujan menangis semahunya,tiada siapa yang mendengar kan,buanglah kesedihan,keperitan,dan kesusahan....pergilah bersama air mata yang mengalir bersama titisan hujan...



04 January 2012

Terkenang..

Ya Allah...aku redha dengan penyakit ini,aku redha dengan ujian ini....Berikan aku kekuatan dan ketabahan..


Makin diri ini kuat,makin diuji..tapi inilah lumrah dalam kehidupan.Selagi kita bernafas,kita tak akan dapat lari dari ujian.Begitulah iradah Allah dalam mengatur ujianNya dalam bentuk kesusahan dan kesukaran.Semata mata untuk menghidupkan jiwa kita, menguatkan hati kita  dan mengukuhkan pendirian kita supaya hati kita sentiasa bergantung pada kewujudan dan kebesaranNya.


Pelbagai peristiwa yang tidak mampu diterjemahkan dalam penulisan ini,berlegar legar di kepala.Pengalaman duka silih berganti.Sehingga kini,menyendiri bersama anak anaklah jalan yang dipilih.Pengalaman yang lepas cukup membuatkan diri menjadi kebal perasaan.


Pengalaman tika lumpuh yang masih segar dalam ingatan,beberapa hari pertama ditinggalkan.Lewat malam yang amat suram,aiman menangis tanpa henti,dalam keadaan yang amat lemah cuba gagahkan diri untuk membancuh susu.Sambil mengengsot,merangkak ke dapur.Aiman dan bob mengikut dari belakang.Bob pula memanjat kerusi untuk mengambil air panas buat adik.Saya nak ambil tak sampai..Masa tu hati meraung menangis tak terkira,hati terasa amat sebak..Cuba hubungi papa Aiman tapi hampa telefon ditutup.Dalam hati,tertanya tanya.."Kenapa abang sanggup pergi?Mana Abang sekarang?Saya amat amat perlukan abang.Kenapa abang tinggalkan saya begini?Apa salah saya?Sebab saya sakit,ibarat patung?Saya jadi bebanan buat abang?Abang saya tak minta sakit.Saya tak minta.Ini ujian buat saya juga buat abang.Salahkah abang bantu saya?Bosankah abang menunggu saya yang makin teruk.Badan yang makin melidi.Kalau tak kuatkan hati,tak tahula apa jadi.Kalau abang yang sakit,saya tak akan sesekali tinggalkan abang.Bukan senang untuk tabah dalam hal begini.Segalanya yang dah terjadi...


Tiada siapa yang dapat menghalang Qada dan Qadar..Sakit bukan satu bebanan,ia juga adalah ujian Allah.


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.Ingat itu...
Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
Kerana apa…?
Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.Kerana apa…?Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

p/s: bukan simpati yang saya pinta,sentiasalah beringat sebagai seorang wanita.Apa sahaja mampu terjadi..Moga ada jaminan untuk masa depan jika terjadi sesuatu.Ingat anak anak,mereka bukan mangsa.Mereka juga inginkan kehidupan yang terjamin.Banyakkan berdoa..

03 January 2012

Renung renungkanlah...

Pabila Engkau memandang segala galanya daripada TUHANMU,yang menciptakan segala galanya,yang menimpakan duka,yang membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu.Mustahil Allah sengaja mentakdirkan segala galanya untuk sesuatu yang sia sia.Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu dan betapa retaknya hatimu tapi mungkin itulah DIA mahu kerana DIA tahu hati sebeginilah yang lebih lunak untuk dekat dan akrab denganNya.

Kebanyakkan kita mengganggap bahawa cabaran atau ujian hidup boleh melemahkan cita cita atau melumpuhkan keyakinan.Ini kerana dasarnya kita hanya mengingini yang mudah mudah dan tidak mahu menghadapi kesusahan apatah lagi cabaran hidup.Bagaimanapun,bagi orang yang beriman dan mahu memperkukuh akidah,cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangat untuk mengabdikan diri kepada ILAHI dan mempertingkatkan ketakwaan.

Rasulullah s.a.w sentiasa mahu menjadi hamba yang bersyukur meskipun baginda sudah dijamin tempatnya di Syurga.Begitu juga dengan nabi dan rasul rasulnya yang lain.Dalam sebuah kisah,Nabi Sulaiman mengungkapkan rasa syukur dianugerahi mukjizat dapat memahami bahasa haiwan lalu menyebut doa ini:
"Wahai TUHANku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang ENGKAU kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang ENGKAU redhai,dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmat MU - dalam kempulan hambaMU yang soleh - Surah An - Namlu :19.

Ya Allah,jadikan diriku sanggup menerima apa sahaja yang engkau berikan kepadaku.Ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang tidak membezakan antara penderitaan dan kebahagiaan supaya aku mampu menerima badai yang menerpaku sebagai nikmat daripadanya.amin.

Muhasabah...



Suatu hari Rasulullah saw menemui puterinya Fatimah Az-zahra. Didapati puterinya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan batu penggiling tangan sambil menangis. Rasulullah bertanya Fatimah, “Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah? Semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis”.

Fatimah berkata, “Ayahanda, batu giling ini dan urusan-urusan rumah tanggalah yang menyebabkan anakanda menangis”. Lalu duduklah Rasulullah saw di sisi Fatimah.  Fatimah berkata, “Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta Ali (suaminya) mencarikan anakanda seorang hamba untuk menolong anakanda menggiling gandum dan pekerjaan lain di rumah”.

Mendengar perkataan puterinya, lalu baginda bangun mendekati batu penggiling itu. Baginda mengambil syair dengan tangannya yang mulia dan diletakkannya di dalam batu penggiling tersebut sambil membaca, “Bismillaahirrahmaanirrahiim”. Batu penggiling tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah meletakkan syair ke dalam batu giling tersebut sambil bertasbih kepada Allah SWT sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah berkata kepada gilingan tersebut, “Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT.” Maka ia pun berhenti. Dengan izin Allah SWT batu itu berkata, “Ya Rasulullah, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang bermaksud:  “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan”. Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka.

Rasulullah saw kemudian bersabda kepada batu tersebut, “Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah Az-zahra di dalam syurga”. Gembiralah batu tersebut mendengar berita itu.

Rasulullah saw berkata kepada puterinya, “Jika Allah SWT menghendaki wahai Fatimah, pasti batu itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT mahu memberikanmu beberapa kebaikan dan menghapuskan beberapa kesalahanmu dan mengangkatku ke darjat yang tinggi. Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya satu kebaikan dan mengangkatnya ke satu darjat.

Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut anak-anaknya, menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatat baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang miskin. Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangganya maka Allah SWT akan menghalangnya dari meminum air telaga Kautsar pada hari kiamat.

Ya Fatimah, yang lebih utama dari semua itu adalah keredaan suami terhadap isterinya. Jika suamimu tidak reda denganmu tidaklah akan aku mendoakanmu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahawa reda suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya juga dari kemarahan-Nya?

Ya Fatimah, apabila seorang wanita  mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan.

Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila dia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan. Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum di hadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menghias rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya malaikat, “Teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampuni dari dosamu yang lalu dan dosa akan datang”.

Rasulullah berkata lagi, “Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan meringankan sakaratulmautnya, dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat”.
p/s: ikhlas kerana Allah..rebutlah peluang emas ini untuk mengejar pahala..

01 January 2012

Selamat tahun baru 2012...


Selamat Tahun Baru...2012


'Ya Allah,izinkanku untuk bersama anak anakku,berikanlah kesihatan yang baik,murahkan rezekiku,serta sentiasa dalam rahmat dan dalam lindunganMU...

"Ya Allah,Tuhan yang menghidupkan,jadikanlah aku pemilik kehidupanku,jauhkanlah aku dari kekecewaan dan kegetiran kehidupan".

"Wahai Allah,limpahan kasihMu sentiasa mengalir pada setiap saat tetapi aku menyedari,aku selalu lupa mengucapkan terima kasih kepadaMu.Aku khuatir sekiranya Engkau marah kepadaku namun ternyata,sehingga kini lempahan kasihMu tidak pernah terhenti sehingga aku berasa malu kepadaMu".KasihMu abadi...

"Ya Allah,berilah aku kemampuan memahami kehendak kehendakMu di sebalik semua ujian yang Engkau berikan kepadaku yang membawa aku semakin dekat kepadaMu.Kelak aku berkata,"Terima kasih Allah,Engkau mengujiku sehingga aku tahu apa yang aku fikirkan baik bagiku sebenarnya buruk dan berbahaya.".Amin.