27 May 2014

Allah tahu segalanya...

Assalamualaikum,

Di sini saya memohon pada sahabat sahabat dan hamba hamba Allah,moga ada yang sudi membantu saya.Ujian kali ini amat hebat.Tak terluah dengan kata kata..Tersungkur lebih hebat dari dulu tapi saya ada Allah.Apa apa yang berlaku ada Allah dengan saya.Dan pada yang menilai saya sebaliknya,saya serah pada Allah.Saya hanya insan biasa,hamba Allah..


Setiap kali saya tersungkur,dalam menggeletar menahan segala keperitan,saya ada Allah.Allah tahu apa yang sedang saya hadapi..Hanya Allah tahu keperitan saya..Ada Allah..






Jika ada yang sudi membantu,no account saya Maybank 164034266923,
Haryani Mat Hussin..

Pada hamba Allah yang pernah membantu saya jutaan terima kasih saya ucapkan dan hanya doa yang dapat saya kirimkan..Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan dan pertolongan yang dihulurkan.amin.









22 May 2014

Takdir Allah itu ketentuannya...




Bukan senang untuk redha dan tabah,perlu kuatkan hati..Hanya Allah yang mengetahui apa yang telah di tetapkan buat hambanya...

Takdir yang bakal tiba segalanya berada digenggamanNya. Kita hanya mampu bertanya namun, jawapannya akan terjawab tatkala kita sudah pun berada di’dalamnya’


Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Tongkat mama...




Aiman bersusah payah basuh kasut sendiri..dia anak yang sangat baik setakat ni.Doa mama moga aiman menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.amin.Kasihan sebagai seorang ibu bila melihat sikap anak anak yang amat memahami dan sanggup membantu ibu dalam apa sahaja.Dari saya lumpuh sehingga saya mampu kembali berjalan,anak anak masih tongkat saya dan ibarat penyuluh jalan saya.Kekuatan untuk diri saya.Cuma maafkan mama anak anak jika hidup ini tidak seindah yang diimpikan..

Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba tiba.Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti selama lamanya...

18 May 2014

Kerana Allah,bantu saya.

Kerana Allah,sesiapa yang sudi menyelami kisah kehidupan saya dan anak anak.Harap sudi membantu untuk saya meneruskan rawatan dan kehidupan dengan anak anak.Kerana Allah,bantu saya.

16 May 2014

Hamba yang dhaif

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,tabahkanlah hati ini dan semngatku ya Allah..Limpahkan daku dengan kesabaran yang tiada terbatas..Aku hanya insan biasa ya Allah..Bertubi tubi ujian yang tidak lagi aku mampu hadapi walau aku yakin Engkau tidak akan sesekali membiarkan hambamu sendirian..ya Allah,hinanya aku di pandangan segelintir manusia,moga aku tidak hina di pandanganmu Wahai Allah..

Ya Allah,satu persatu ujianMu yang amat hebat kepadaku,habis satu,ujian lain pula yang datang..maafkan aku Ya Allah.aku tidak mahu kalah dengan percaturan hidup ini..Tabahkan diriku walau seberat ujian yang datang menimpaku,aku tahu Engkau masih sayangkanku wahai Allah...

Dulu tika di uji terlantar tak mampu untuk melangkah,anak anaklah menjadi tongkat..Apa sahaja yang nak di lakukan perlu bantuan.Anak anaklah yang membantu dengan penuh kesungguhan.Tika itu hati seorang ibu amat amat tersentuh,apa sangatlah daya anak anak yang masih kecil.Merayu rayu tika tu memohon bantuan kudrat..Kini bila Allah beri peluang untuk melangkah semula,lain pula ujianNya...bertubi tubi,amat hebat.Hanya Allah yang tahu segala rahsiaNya.Benarlah,life is test,the one who kneels to Allah Taala can stand up to anything..Bertahanlah walau di uji sehebat mana,Allah ingin menguji sejauh mana keteguhan iman hambanya padaNya.

Sungguh,jangan mengharapkan selain bantuan Allah.Biarlah kudrat dari Allah...Wahai Allah,sesungguhnya hanya Engkau yang  Maha Mengetahui segala galaNya.Setiap kali jiwa ini semakin lemah,tapi bila memandang kan anak anak,terpaksa juga kuat..Simpati pada mereka.Mereka amat amat mengharapkan kewujudan ibu...Walau sekuat dan segentar mana,terpelanting tercampak sekali pun,mama perlu bertahan...kerana anak anak.

Andai semua ini telah ditakdirkan untukku hadapi semasa hayatku atas dunia ini..Ya Allah berilah aku sedikit masa dan peluang untuk membesarkan anak anak dan membahagiakan mereka..

Ampuni hambamu yang dhaif ini..

Ya Allah,Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku,
Engkau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapanku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya ada aku terlalai tanggungjawabku,
Kau hukumlah aku di dunia tapi bukan di akhiratMu,
Berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu.
Ya Allah,kuatkanlah hati dan semangatku,
Tabahkan hati dan semangatku dalam menhadapi cabaranMu,
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu,
Hanya padaMu ku pohon segala harapan..kerana aku pasrah dengan segala dugaanmu..
Ya Allah ya Tuhanku,
kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Amin.

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebaga...
imana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, amin.


Kasihanilah anak anak ya Allah...







   Jangan sesekali tinggal solat ya anak anak mama walau di mana kita berada...




14 May 2014

Kesengsaraan it penuh hikmah


 Derita setiap insan berbeza...Derita dan setiap ujian Allah beri mengikut kemampuan diri.Derita setiap insan mungkin jalannya berbeza.Motivasi untuk diri..Jangan sesekali salahkan takdir....

Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya ,lalu dia bersabar,nescaya aku akan ganti dengan syurga.(Al- Hadis).

10 May 2014

Hanya Engkau yang tahu hikmahnya..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang....
Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar... Kau mendengar rintihan hatiku setiap malam
Wahai Tuhan Yang Maha Melihat... Kau melihat titisan air mata ku dan kesungguhan ku menanggung derita.

Ya Allah...
Ya Allah...tingkatkan kesabaranku...
Kekalkan kewarasanku.
Hamba mu ini terlalu lemah ya Allah..
masih menangisi ujianmu yang aku belum tahu apakah hikmahnya..
ya Allah..Engkaulah Sebaik baik Pelaksana dan Penentu yang terbaik..

Ya Allah ya Tuhanku..

Aku yakin janji-janji Mu yang telah tertulis dalam Al-Quran, kitab yang suci
Aku yakin, Kau tidak akan mengujiku melebihi kemampuanku...
Amin.

03 May 2014

Hanya PadaMU...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha penyayang ..
Ya Allah....Wahai Allah..dengarlah rintihan hamba..Ujianmu tiada hentinya..Habis satu,ujian lain pula yang datang.Wahai Allah,tiada daya dan upaya lagi hamba..Tiada tempat hamba meluahkan segalanya melainkan hanya padaMu.Wahai Allah,Engkau Maha Pengasihani,kasihani hamba..Wahai Allah...Seseungguhnya Engkau Maha Pengaasih Maha Penyayang...Ya Allah,Ya Rahman,Ya Allah Ya Rahim...


Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan.Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..Ya Allah.....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku....
Di dunia dan di akhirat....
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...terlalu dhaif..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian,jangan biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat...tanpaMu...


Renungan sayu permata hati...buat mama pasrah..Menumpang di dunia ni hanya sementara...