28 October 2011

Renungan

Jadikanlah ujian,musibah yang dihadapi hari ini sebagai titik-tolak atau langkah permulaan bagi kita meneruskan kehidupan dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Dialah tuhan yang menjadikan kita, Dialah yang mengatur Segalanya, Dialah yang mengetahui setiap apa yang dilakukanNya. Justeru, sudah semestinya ada hikmah dan pengampunan disebalik apa yang telah berlaku. Di sisi Allah S.W.T dilipatgandakan nilainya bagi orang-orang yang bersabar

27 October 2011

Suami isteri saling memerlukan

PASANGAN adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka atau duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Begitulah diibaratkan pasangan suami atau isteri pasti saling memerlukan antara satu sama lain ketika ditimpa masalah.

Bagi seorang suami, ia memerlukan isteri di sisi bukan sahaja untuk menyokongnya, malah sebagai kawan dan juga penasihat kepada diri suami.

Dalam kehidupan suami isteri, pastinya suami akan mencari isteri untuk berkongsi cerita, tidak kisah yang pahit mahupun yang manis, sebab itu dalam berumah tangga isteri dianggap sebagai kaunselor peribadi suami.

Dalam situasi sedemikian, suami sangat mengharapkan isteri boleh membantu menyelesaikan keadaan.

Sanjungan isteri setulus hati adalah kunci untuk memikat hati suami dalam membina keyakinannya untuk berkongsi masalah.

Namun dalam situasi begitu ada juga suami yang kecewa apabila isteri hanya akan menentang kelemahan tindakan suami itu.

Menurut penceramah bebas, Dr. Fatma El Zahra, isteri yang solehah akan bertindak sebagai kawan rapat kepada suami tidak kira ketika dalam apa jua masalah.

Wanita berketurunan Arab ini menjelaskan, sebab itu wanita sebenarnya memang dikurniakan dengan kelebihan dan satu anugerah dapat membaca dan merasai sesuatu yang unik mengenai pasangannya.

"Isteri juga sebenarnya mempunyai perspektif terhadap kehidupan suaminya yang tidak dimiliki orang lain. Isteri itu sangat dekat dengan kehidupan suaminya, sebab itu apabila suami kelihatan gelisah dia suka mengetahui sekiranya suaminya itu sedang menghadapi masalah,'' ujarnya semasa Diskusi Keluarga, Bagaikan Cinta Khadijah di hati Rasulullah SAW, di Putrajaya, baru-baru ini.

Katanya, sebagai isteri yang prihatin kepada suami, jangan tambah permasalahan dengan rungutan dan sindiran kepada suami sebaliknya cubalah menjadi kawan dan pendengar terbaik.

"Dekatilah diri si dia, tanya dengan lembut, pasti suami akan rasa selamat dan bersedia untuk berkongsi masalahnya,'' ujarnya yang memberikan tip untuk berkongsi masalah.

Bagaimanapun, dalam situasi ini jangan pula si isteri melebih-lebih memberi idea kepada suami sebaliknya jadilah pendengar yang boleh meredakan masalah kepadanya.

"Hanya sesekali berilah pendapat supaya komunikasi yang berlaku menjadi dua hala tetapi dalam masa yang sama jangan sesekali bertindak ibu kepada suami dengan memberikan perintah kepadanya untuk mengikut cadangan kita,'' ujarnya serius.

Bagaimanapun tambahnya lagi, berikanlah kebebasan kepadanya untuk menyelesaikan masalah itu dengan caranya sendiri.

Jelasnya, dalam menyelesaikan masalah, isteri boleh membantu suami memperbetulkan dirinya dengan memberikan kebebasan kepadanya.

"Dengan itu, fikirannya boleh berfungsi tanpa diganggu dan semangatnya akan berkobar-kobar,'' katanya.

Jelasnya lagi, isteri sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kelakuan suami, sebab itu sebagai isteri kita jangan sesekali melukakan ego dirinya, sebaliknya jadilah penyelamat kepada suami pada saat-saat dia menghadapi masalah dan kekalahan.

"Jika suami gagal dalam keadaan ini dan terus meruntuhkan imej suami, kesan terhadap personalitinya adalah serius dan menjejaskan keseluruhan kejayaan dalam hidupnya,'' katanya.

Bagaimanapun jelasnya, apa yang lebih bahaya ialah perasaan dendam suami terhadap isteri yang sering menjatuhkan harga dirinya.

"Sesungguhnya, isteri itu sangat penting dalam hidup seorang suami, isteri sebenarnya berperanan membina atau meruntuhkan imej seseorang lelaki.

"Bagi seorang lelaki, apabila harga dirinya telah dilukai berulang kali dia akan membina tembok atau dinding pemisah di sekelilingnya yang menjadi masalah besar dalam perkahwinannya.Bersyukurlah jika memiliki seorang suami yang penyayang,bertanggungjawab,pandai2lah mengambil hati mereka..

"Dalam perkahwinan yang bahagia tidak sepatutnya ada tembok antara suami dan isteri. Seharusnya, suami dapat meluahkan perasaannya dengan bebas tanpa khuatir disakiti hatinya," katanya.

Saling memerlukan..

Subhanallah... pasangan ideal.Mereka saling memerlukan,membantu antara satu sama lain..Ujian bukan satu bebanan..Mereka kelihatan bahagia walau serba kekurangan...










Bimbinglah aku..

YA ALLAH,, jangan biarkan aku sendiri,berikan aku ketabahan,berikan aku kekuatan dan paling penting jgn Engkau pesongkan hati ku dari terus mencintaiMu..Bimbinglah jasadku,akalku dan imanku ke arahMU Ya Allah..

26 October 2011

Fadhilat Ayat Bismillah 5



Bismillah 5

Bismillah 5..sungguh mujarab buat penawar..
Ayat ini blh di bc 19x dan tiup pd air..Slps membc Al Fatihah, Ayatul kursi dan selawat..bc ayat ini 19x dan tiup pd air..blh buat penawar, pelembut hati dan penerang hati..insyaAllah


Maksudnya:

1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyanyang.
2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Khasiat Ayat Ini

1. Penawar bisa
2. Penawar kepada penyakit bisa bisa tulang, bisa bisa badan, bisa batu meroyan.
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Nota

Ayat ini telah saya amalkan setiap kali selesai solat. Penghidap gastrik tidak akan kena gastrik selagi mengamalkan ayat ini. Begitu jgk utk penyakit2 yg lain.

Tatacara

1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.


p/s: ayat ni boleh dibaca bila nak makan ubat untuk menjadikan penawar,tidak mudarat pada kesan sampingan.
-ustazah Thaniah Sulaiman-

Kita tak pernah tahu...

Kita tak pernah tahu apa yg Allah inginkan drpd kita.Allah berikan kita ujian,kita tak pernah tahu apakah yg Allah inginkan drpd kita dgn menurunkan ujian itu.Bila Allah berikan kita penderitaan,kita tak pernah tahu apakah yg Allah inginkan drpd kita dgn penderitaan itu.Bila Allah berikan kita kesukaran,halangan,cabaran,kesakitan, kita tak pernah tahu apakah yg Allah inginkan drpd kita dgn semua itu.Tetapi kita sepatutnya tahu bahawa,Allah itu tak menginginkan sesuatu,melainkan hannya kebaikan untuk hambaNya..

Muhasabah Hubungan Antara Manusia....

"Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang masih hidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda dibelakang hari.Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasik dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh..."(Muhasabah Hubungan Antara Manusia)

25 October 2011

Bangkitlah dengan kuasa minda positif....positive 4 ever..

Lelah,perit,air mata dalam perjuangan itu biasa,yang penting kita terus melangkah dan terus melangkah..Kejarlah apa saja impian kita kerana kita juga berhak..Kuasailah minda anda dan motivasikan diri sendiri dengan keyakinan kukuh pada Allah...Insyaallah..

KITA ADA PILIHAN UNTUK MENGUBAH KEADAAN KITA.
BANGKIT DARI KESILAPAN YANG LAMPAU DAN TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA DALAM BERUSAHA ADALAH ASAS BAGI MINDA YANG POSITIF UNTUK MENCAPAI APA SAJA .

SANGAT PENTING UNTUK KITA FIKIRKAN DAN RENUNGKAN

Adakah Kita Seorang Yang Bercita-Cita Mahu Mencapai
Sesuatu dalam hidup,
Merealisasikan Impian Menjadi Kenyataan?

Bila Mungkin Tercapai Impian Kita Sekiranya
Kita lemah dan hanya Mengenang nasib?Tiada apa yang dapat mengubah kehidupan kita..Jika kita selamanya terus dalam belenggu..
Bangkitlah dengan semangat yang positif..Jangan takut,kita tetap manusia yang berpijak di bumi yang sama.Kita tiada bezanya,hamba Allah.Kita mampu mencapai apa saja
Bangkitlah denagn Tindakan Yang Positif Untuk Turut Sama Berjaya dan mengubah Hidup

Menjadi seorang yang Berjaya mencapai cita-cita,
Seseorang yang berfiikiran positif
serta berjaya mencapai matlamat dan tujuan kita yang sebenar walau siapa pun diri kita dan bagaimana diri kita,

“Tiada yang mustahil dalam hidup ini....


Kita Mungkin Tidak Boleh Mengubah Dunia,
Tapi Kita Boleh Ubah Diri Kita Untuk Jadi Lebih Baik
Dari Semalam Dan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini.

Inilah Masanya KITA BERTINDAK
Untuk Berubah Ke Arah Minda Dan Peribadi
Bina kehidupan yang lebih baik dari semalam
Yang Positif, Inovatif Serta Kreatif,lebih baik lagi dari insan lain..
Kukuhkanlah keyakinan pada Allah

Jom sama2 kita berkongsi semangat dari mereka ...http;//akuhivpositif.blogspot.com
Amat kagum dengan insan ini,cubala menyelami dan mengenali insan ini..Banyak membantu memberi satu semangat yang positif dalam diri..Terima kasih ahp..

Yakin dengan diri sendiri

Lagu yang berbunyi :

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita cita kita, kita perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dapat di capai ! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh ke belakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub…kita tidak perlu menyakinkan orang ramai. Hanya perlu menyakinkan diri sendiri sahaja. Usah risau dalam menyakinkan orang ramai….Kita perlu menunjukkan bahawa cita-cita kita tercapai. Itu sahaja yang akan menyakinkan orang ramai.Tidak kira siapa pun diri kita..kita berhak mempunyai cita cita atau impian...

Bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri dalam apa sahaja yg kita lakukan ? Mainkan lagi diatas berpuluh-puluh kali di dalam minda !

Katakan kepada diri anda sendiri berkali-kali bahawa “SAYA BOLEH ! “

Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya


24 October 2011

Setiap manusia diuji

Sebagai manusia, kita pasti diuji Allah SWT dan ia juga berlaku ke atas junjungan besar kita, Rasulullah SAW walaupun diketahui bahawa baginda seorang yang maksum iaitu bersih daripada dosa.

Malah, dinyatakan juga bahawa Firaun yang mengaku dirinya tuhan akhirnya tewas dengan ujian Allah dan mati dalam kekufuran.


Perlu kita ingatkan diri, ujian yang kita hadapi dengan penuh kesabaran itu sebenarnya untuk memantapkan iman dan keyakinan seseorang terhadap Allah SWT.


Namun hendaklah kita sedari, walaupun ujian itu bagi memantapkan iman dan keyakinan kepada-Nya, adalah salah jika kita memohon kepada-Nya supaya diberikan ujian.

Ia tidak dianjurkan dalam Islam dan sebagai contoh, Rasulullah SAW sentiasa memohon kepada Allah supaya dilindungi daripada bencana dan musibah.


Yang penting, kita hendaklah memohon perkara baik dan bersabar dengan ujian diberikan-Nya. Sabar itu sifat yang sangat penting dan perlu ada dalam diri umat Islam.

Di dalam al-Quran, banyak disebut mengenai sifat sabar seperti diperjelaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 153 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” Sifat sabar turut disebut acap kali dalam hadis Rasulullah SAW, antaranya seperti diriwayatkan Abu Naim dan Kahtib yang bermaksud: “Sabar sebahagian daripada iman.” Jika kita diuji dengan ujian yang sangat berat untuk dipikul, jangan bersungut, sebaliknya hadapilah ia dengan penuh tawakal dan kesabaran. Ini kerana jika kita berjaya menempuhi ujian itu, akhirnya kita akan mengecapi kenikmatan di sebalik ujian itu yang juga diberikan dalam pelbagai bentuk.


Imam al-Ghazali menyatakan, jika ditimpa musibah, ada lima cara bagaimana seseorang itu perlu berdepan ujian supaya tidak kecundang.


Imam Al-Ghazali menyebut, bahawasanya: Setiap kemiskinan, kesakitan, ketakutan dan semua bencana di dunia ini, di dalamnya ada lima perkara yang patut dijadikan bahan untuk bergembira bagi setiap orang yang berakal, bahkan perlu sama sekali untuk disyukuri kerana ia dapat dianggap sebagai kenikmatan.


Pertama: Jika menerima musibah atau ujian yang terlalu besar dan berat bagi dirinya, seseorang itu perlu bayangkan bahawa ada ujian lebih besar dan lebih teruk menimpa orang lain berbanding apa dialaminya.


Sedarilah bahawa setiap sesuatu itu dalam kekuasaan Allah. Jadi, bayangkan bagaimana jika bencana atau sakitnya dilipatgandakan Allah SWT, dan adakah kita akan dapat menolak atau menghalangnya.


Oleh yang demikian, seseorang itu perlu bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak menguji kita dengan ujian lebih berat, lebih parah dan lebih menyedihkan di dunia ini.


Jika semuanya ditangani dengan kesabaran, pahalanya akan berlipat ganda, sedangkan keburukannya dapat dikurangkan berkat kesabaran ketika menerima ujian.


Kedua: Datangnya bencana itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama.


Dalam beberapa hadis, dinyatakan doa diajar Nabi Isa AS bermaksud: “Ya Allah, jangan menjadikan musibah kami ini disebabkan oleh kelalaian kami dalam mengerjakan agama.” Jadi, doa ini boleh ambil dan kita amalkan dalam kehidupan kita.


Ketiga: Takutilah jika musibah itu menimpa secara berterusan di dunia hingga akhirat. Oleh itu, terimalah ujian itu dengan sabar kerana lebih baik diseksa di dunia saja dengan harapan semoga Allah tidak melanjutkan ujian itu hingga semua makhluk dihidupkan semula di akhirat.


Ujian diberi Allah SWT masih dapat diringankan dengan melakukan hal lain berbanding perihal sewaktu akhirat.


Jika Allah memberikan azabnya di akhirat, pasti kita tidak dapat lari daripada melakukan pekerjaan lain kerana azab yang diberikan oleh-Nya pasti secara berterusan.


Oleh itu, bersabar dengan ujian Allah sewaktu di dunia dengan berharap ia sebagai seksaan yang disegerakan oleh-Nya sebagai pengganti seksaan di akhirat.


Bersyukurlah kerana musibah dan azab yang kita terima menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat.


Keempat: Setiap bencana atau musibah ditentukan secara pasti dan tercatat tanpa ada kuasa mampu mengubahnya selain Allah SWT.


Ketentuan dan catatan itu ada sejak azali di Ummul-kitab (buku amalan) yang ada di sisi Allah SWT dan tetap perlu ditempuh oleh seseorang itu.


Jika seseorang itu menghadapi ujian yang ditetapkan Allah, bersyukurlah dengan berdoa tanpa jemu kepada Allah SWT.


Ingatkan diri bahawa apabila ujian itu berakhir, dia terlepas juga daripada bencana.


Kelima: Ketahuilah bahawa pahala diterima seseorang lebih besar sewaktu mereka ditimpa musibah.


Ingatlah, ujian yang diterima bukan beban, sebaliknya nikmat bagi manusia sebagai bekalan di akhirat. Musibah itu hanya sebagai ubat pahit yang harus ditelan bagi memberi kebaikan pada masa depan.


Inilah lima cara bagaimana seseorang itu harus mengatasi musibah yang mendatang, sekali gus bersyukur dengan ujian diberi Allah SWT.


Jika disingkap nas atau dalil al-Quran, secara nyata banyak diterangkan bahawa mereka yang sabar menerima ujian di dunia akan mendapat pahala.


Sekalipun kita tahu betapa besarnya pahala orang yang sabar memperoleh ujian dan musibah, jangan sekali-kali meminta Allah memberikan kita musibah kerana ia bertentangan dengan agama Islam.


Rasulullah SAW yang mengetahui nikmat tersembunyi di sebalik musibah juga tetap memohon kepada Allah dalam doanya supaya dilindungi daripada bencana dunia dan akhirat.


Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasaie menyatakan bahawasanya: “Mintalah kamu semua kepada Allah akan kesihatan (keselamatan daripada musibah), kerana tidak seorang yang diberi kurnia oleh Allah yang lebih daripada itu, melainkan keyakinan.” Yang dimaksudkan dengan keyakinan (keimanan) ialah keselamatan hati daripada segala macam penyakitnya seperti gelisah. Ini kerana keselamatan hati lebih utama daripada keselamatan tubuh badan
.

Lirik lagu Tiada duka yang abadi...

Anonymous One...Terima kasih dik...

Lagu yang banyak makna untuk kita hayati dan selami...

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya..



23 October 2011

Usah tunda taubat

Dipetik dari Harian Metro ruangan Kalam Imam Muda...

BARU-baru ini saya mengikuti satu taklimat dan latihan praktikal ibadat haji kepada bakal jemaah di Masjid An-Nasriyah, Sitiawan, Perak.

Dalam taklimat itu, hati saya tertarik dengan kata salah seorang penceramah yang menyebut: “Allah menyusun cantik perjalanan hidup hamba-Nya. Bermulanya Ramadan iaitu bulan menyucikan jiwa yang akhirnya membentuk seseorang itu menjadi seorang yang muttaqi (orang yang bertakwa). “Kemudian disusuli Syawal sebagai bulan kemenangan setelah menempuh berbagai rintangan semasa di bulan Ramadan. Selepas itu datang pula bulan Zulkaedah sebagai bulan persiapan hamba-hamba-Nya menjadi tetamu Allah pada bulan Zulhijjah iaitu bulan penuh bermakna bagi mereka yang akan menunaikan ibadat Haji.” Jika kita lihat, ia cukup sempurna dan begitu terancang kerana bagi yang tidak melaksanakan ibadat haji pula, mereka menyambut Aidil Adha dengan melakukan korban, iaitu satu ibadat yang amat dituntut serta digalakkan.


Berbalik kepada perkara ini, saya imbas kembali mengenai ujian Allah yang pernah saya nyatakan dalam ruangan lalu. Apabila kita diuji, ujian itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama sebagaimana yang telah disebut oleh Imam Al-Ghazali. Oleh yang demikian, taubat menjadi satu cara untuk memohon ampun kepada Allah SWT.

Saya serta bakal jemaah haji yang lain juga turut diingatkan supaya memperbanyakkan solat sunat taubat sebelum ke tanah suci Makkah, selain terus melaksanakan ibadat solat sunat taubat ketika di sana dan sesudah pulang ke tanah air.


Sebenarnya, perihal taubat ini memang banyak kali dinyatakan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang- orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At- Tahrim, 8) Dalam surah Az-Zumar, ayat 53 pula, Allah SWT berfirman: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Apabila menyentuh mengenai soal taubat ini, terdapat lima syarat yang wajib diikuti seseorang itu jika benar-benar ingin bertaubat.


Perkara pertama yang perlu ada dalam dirinya adalah sifat ikhlas. Tanpa keikhlasan, pastinya seseorang itu gagal mencapai matlamat taubatnya.

Syarat kedua pula, seseorang itu perlulah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Ketiga, menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan. Keempat, harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya dan kelima, taubat itu mestilah sebelum ajal tiba.


Jika kelima-lima syarat ini dipenuhi, maka taubat seseorang itu dianggap sempurna atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai taubat nasuha. Tetapi, jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah dianggap sebagai taubat nasuha. Selain itu, jika kita ingin bertaubat dan dosa yang kita lakukan itu bersangkutan dengan manusia, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri daripada hak orang yang berkaitan. Contohnya, jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika hal berupa cacian, maka dia harus memohon maaf kepada orang yang dicacinya.

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda, kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera bertaubat, maka dosa itu memberi kesan kepada hati dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup daripada cahaya kebenaran.


Untuk memudahkan kita memupuk sifat taubat ini, perkara penting yang kita perlu pupuk dalam jiwa adalah dengan selalu mengingati kematian serta ketakutan sewaktu hidup bersendirian di dalam kubur. Kematian adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Kematian bermaksud perpisahan dengan segala yang disayangi atau dicintai dan hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar saja dengan anak atau isteri dapat mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar, 30) Perkara kedua untuk memupuk sifat taubat ini pula adalah dengan mengingati kenikmatan syurga yang bakal didiami oleh orang- orang yang soleh. Ia juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera. Apabila hadirnya perasaan ingin bertaubat, maka bersegeralah mendirikan solat taubat, mudah-mudahan taubat itu diterima oleh Allah SWT.


Jadi, sewaktu kita masih dalam keadaan sihat, lakukanlah solat taubat pada bila-bila masa iaitu sebaik- baiknya pada dua pertiga malam dan janganlah melakukannya pada waktu makruh tahrim.


Berdasarkan ahli tafsir daripada Mazhab Shafie (fuqaha’ Syafi’iyah), waktu makruh tahrim adalah apabila seseorang itu melaksanakan solat sunat tanpa sebab, dan solat itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut iaitu pertama selepas selesai solat Subuh, hingga terbit matahari.


Kedua, ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah. Ketiga, selepas menunaikan solat Asar sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak takdim). Keempat, ketika matahari berwarna kekuningan, hingga terbenam seluruhnya. Kelima, ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke barat.


Bagaimanapun, jika solat yang didirikan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti solat tahiyyatul masjid walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, solat sunat wuduk, dan solat sunat tawaf sebanyak dua rakaat, maka ia dibolehkan.


Begitu juga solat yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti solat istisqa’ dan solat gerhana. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan kerana ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.


Justeru, saya menyeru supaya kita sama-sama memperbanyakkan istighfar dan mendirikan solat taubat dengan lebih kerap. Solat taubat ini bukanlah untuk bakal-bakal haji saja, malah untuk semua. Mudah-mudahan, dengan melaksanakannya, kita dapat menyucikan diri daripada dosa.

22 October 2011

Hati ini juga perlukan ketenangan...



Dunia yang semalamnya cerah, hari ini terasa gelap gelita, tiada cahaya, tiada apa-apa. Kita teraba-raba, mencari tangan-tangan untuk berpaut, mencari bahu-bahu untuk bersandar, mencari dinginnya embun nasihat buat menyejukkan hati, saljunya madah kata pemujuk jiwa yang bisa mengembalikan kelamnya hidup kita,kita tercari2 ketenangan,tiada tangan2 untuk kita berpaut,hati merintih sayu,hati perit pedih,air mata yang hampir kering...Hati inginkan ketenangan....Ingatlah,Allah ada bersama,merintihlah padaNYa,mengadulah sepuas2nya,dan menangislah Allah Maha Mendengar.Hanya dia yang Maha Mendengar...

Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yang sangat istimewa. Kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapa, melainkan Allah S.W.T. Manusia tidak dapat memberikan ketenangan, harta bertimbun bukan syarat memiliki ketenangan, paras rupa bukan juga tukaran ketenangan, keluarga dan sahabat bukan jaminan, kerana di sinilah terletaknya Keadilan dan Keagungan Allah S.W.T.

'Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana' [Al Fath: 4]

'(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram' [Ar-Ra'd: 28]

Autoimmune diseases

Rangkaian penyakit Guillain Barre Syndrome...

Guillain-Barre (GEE-yahn bah-RAY) syndromeThe immune system attacks the nerves that connect your brain and spinal cord with the rest of your body. Damage to the nerves makes it hard for them to transmit signals. As a result, the muscles have trouble responding to the brain.

What are autoimmune diseases?


Our bodies have an immune system, which is a complex network of special cells and organs that defends the body from germs and other foreign invaders. At the core of the immune system is the ability to tell the difference between self and nonself: what's you and what's foreign. A flaw can make the body unable to tell the difference between self and nonself. When this happens, the body makes autoantibodies (AW-toh-AN-teye-bah-deez) that attack normal cells by mistake. At the same time special cells called regulatory T cells fail to do their job of keeping the immune system in line. The result is a misguided attack on your own body. This causes the damage we know as autoimmune disease. The body parts that are affected depend on the type of autoimmune disease. There are more than 80 known types.

How common are autoimmune diseases?

Overall, autoimmune diseases are common, affecting more than 23.5 million Americans. They are a leading cause of death and disability. Yet some autoimmune diseases are rare, while others, such as Hashimoto's disease, affect many people.


Who gets autoimmune diseaseas

Autoimmune diseases can affect anyone. Yet certain people are at greater risk, including:

  • Women of childbearing age — More women than men have autoimmune diseases, which often start during their childbearing years.
  • People with a family history — Some autoimmune diseases run in families, such as lupus and multiple sclerosis. It is also common for different types of autoimmune diseases to affect different members of a single family. Inheriting certain genes can make it more likely to get an autoimmune disease. But a combination of genes and other factors may trigger the disease to start.
  • People who are around certain things in the environment — Certain events or environmental exposures may cause some autoimmune diseases, or make them worse. Sunlight, chemicals called solvents, and viral and bacterial infections are linked to many autoimmune diseases.
  • People of certain races or ethnic backgrounds — Some autoimmune diseases are more common or more severely affect certain groups of people more than others. For instance, type 1 diabetes is more common in white people. Lupus is most severe for African-American and Hispanic people.

The diseases listed here either are more common in women than men or affect many women and men. They are listed in A-to-Z order.

What autoimmune diseases affect women, and what are their symptoms?

Although each disease is unique, many share hallmark symptoms, such as fatigue, dizziness, and low-grade fever. For many autoimmune diseases, symptoms come and go, or can be mild sometimes and severe at others. When symptoms go away for a while, it's called remission. Flares are the sudden and severe onset of symptoms.

21 October 2011

Wajah dan badan yang makin susut

Gambar setahun yang lepas,berat badan dah mula menurun tapi kini makin susut dan wajah makin pucat..Teman teman lama rata2 sudah tidak dapat mengenali..Kalau berselisih memang dah tak bertegur..Pernah terserempak dengan beberapa rakan tapi mereka seolah olah tidak mengenali...Wajah yang makin berubah.....

Anak anak jela yang masih mengenali wajah ibunya...

Alhamdulillah,kaki saya dah banyak perubahan dah boleh berjalan walau masih memerlukan wheel chair..Kaki masih tak kuat..Berdiri lama kejap nak rebah tapi alhamdulillah...Dari mengengsot,merangkak,bertatih semula,alhamdulillah...

Mata yang kian kabur

Senyuman yang makin pudar...tapi langkah harus diteruskan..

Surau yang terbiar sepi...



Surau peninggalan arwah ayah yg kini terbiar sepi,yg suatu masa dahulu pernah digunakan untuk tempat beribadah,mengaji Quran dan bersembahyang.Selain itu arwah ayah juga mengajar ilmu persilatan.(silat gayung)..surau ni di bahagian belakang dalam halaman rumah..Dulu ketika arwah ayah masih ada ramai anak2 murid yang menuntut dengan ayah tapi kini segalanya sepi.Surau ini tidak lagi menjadi kunjungan sejak ketidaan ayah...Semua murid2nya telah menghilangkan diri...tanpa bertanya khabar atau datang semula untuk beribadah...kerana apa?.Ya Allah Ya Tuhanku ..bukakanlah pintu hati mereka agar mereka mengingati semula tempat yg dulunya menjadi kunjungan untuk beribadah tp kini terbiar sepi hanya semata2 gurunya yg telah tiada....Segalanya cuma tinggal nostalgia..Teringat2 arwah ayah.Yang tiada gantinya.Segalanya berubah setelah ketiadaan arwah ayah..Ya Allah......Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman...amin.Al Fatihah..

Doa buat semua...


Salam jumaat yang mulia...

Ya Allah Ya Tuhan kami,sembuhkanlah aku dan saudara2ku yang sedang sakit,limpahkanlah rezeki kepadaku dan mereka yang sedang berada dalam kesulitan,berikanlah jodoh yang soleh dan solehah bagi yang belum bertemu jodoh,berikanlah cahaya mata bagi mereka yang menginginkan keturunan,limpahkanlah keluarga kami dengan rahmat,taufiq dan hidayahMu.Ampunilah dosa2 kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim."Amin ya Rabbal Alamin.

20 October 2011

Janganlah lemah...


"Ya Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui.Penuh onak dan duri,jalannya berliku..Durinya tajam,amat2 menusuk.. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah." Maka di saat ini, mari kita berkongsi pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..

Sesekali terjatuh itu biasa apatah lagi jika berkali kali jatuh. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat buat diri ini juga.Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.

Wahai hati Janganlah berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.Kita tetap lemah hanya pergantungan pada Allah menjadikan kita kuat tanpa disedari...

Karya seni Sami Yusuf - Make me strong...

I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Waiting for something (Sedang menunggu sesuatu)
Something to happen to me (Sesuatu untuk berlaku kepada diriku)
But this waiting comes with (Tetapi bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)
Nothing in life is free (Tiada yang percuma di dalam hidup ini)

I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau akan beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day I'll be ok (Yang aku akan ok pada ketika itu)

But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
Help me find my way (Bantulah aku menemui caraku)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)

I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Yearning for something (Mengharapkan sesuatu)
Something known only to me (Sesuatu yang hanya aku tahu)
This waiting comes with (Bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)
Life is one mystery (Kehidupan adalah satu misteri)

I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day you'll forgive me (Yang Engkau akan memaafkan aku ketika itu)
But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
I beg for your mercy (Aku mohon kasih sayang-Mu)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)