07 December 2014

Mini Karipap,mini popia,serunding...

Bismillahirrahmanirrahim..Pada hamba hamba Allah yang perihatin jika sudi membeli sambil membantu..


Mini Karipap Rm 30 sekilo



Serunding daging tempatan 250 gram RM 18


Serunding Ikan 250 gram RM 12


Serunding Ayam 250 gram RM 18



23 November 2014

Hanya Allah yang mengetahui segalaNya..


Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)


Allah adalah kekuatan,untuk mencari kekuatan carilah Allah..

05 November 2014

Allah itu dekat,sentiasa bersama





Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam,,Semoga di tahun yang baru ini kita semua ibarat yang baru lahir kembali mampu untuk lebih bersungguh sungguh taat kepadaNya dan mendapat berkah yang lebih baik dan semoga kita lebih menyedari bahawa tujuan perjalanan hidup hanyalah untuk menuju CahayaNya..

Buat permata hati mama,..semoga menjadi insan yang mulia,di sayang Allah dan semakin menyayangi Allah,dan moga Allah senantiasa memberikan cahaya,taufik,rahmat,lindungan, keselamatan,rezeki,hidayah serta redhaNya dan semoga anak anak mama lebih tabah menghadapi setiap ujian dan dugaan yang datang,amin,amin,..

Wahai hati  bersabarlah…
Wahai jiwa  janganlah engkau lengah…
Wahai diri  janganlah engkau lupa…
bahawa ada Allah yang sentiasa menemani setiap langkah..
ALLAH tak pernah hampakan hambanya. 
ALLAH tak pernah tinggalkan hambanya 
yang sedang dalam kesusahan. 
ALLAH tak akan pernah mengeluh 
kerana asyik dengar rintihan kita..
sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita..
Jangan pernah berputus asa dari rahmatNya yang Maha Esa. 
Jangan pernah lupa ujian adalah nikmat dunia.
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu
Pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. 
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, 
retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu 
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya
jika ada di antara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun, 
ingatlah, innallaha maana. Allah bersama kita. 
Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya. 
Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat. 
Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita, 
jika tanpa izin dari Allah, 
pakatan itu tidak akan ada kesannya buat kita. 
Bersabarlah......Ada Allah,Ada Allah sentiasa bersama kita dan Dia tidak pernah meninggalkan kita..Dia sentiasa ada,Dia sentiasa menunggu....
p/s:  KIta sebagai seorang umat Islam mestilah percaya akan rukun Iman .Salah satu daripadanya ialah Percaya kepada Allah S.W.T. Percayalah Allah Sentiasa Bersama Kita dalam apa jua keadaan sekalipun walaupun kita bersendirian






08 September 2014

Pada hamba hamba Allah yang perihatin..

Pada hamba hamba Allah yang perihatin,saya memohon jika sudi membantu saya tika ini..kesihatan saya amat terjejas tika ini..Cuba selami..

04 September 2014

Mata yang memandang tidak akan merasai apa yang di tanggung

Sejak kebelakangan ini kesihatan semakin menguji,banyak terbaring..Masalah anemia..Terhuyung hayang menahan segalanya.Tidak mengeluh kerana berbanding beberapa tahun lepas,saya hanya terlantar.Tidak menyangka dengan kesihatan yang amat teruk dulu,saya masih mampu bertahan sehingga kini.Semuanya kuasa Allah.Allah berkuasa ke atas segalanya,makluk tak kuasa.

Hanya mampu berdoa dan meminta untuk meneruskan kehidupan..Ujian terus berjalan tiada hentinya,habis satu,ujian lain pula yang datang.Kita hanya merancang perjalanan kehidupan tapi Allah Perencana dan Penentu segalanya.

Mata yang memandang tidak akan merasai apa yang di tanggung kan...Anak anak juga tak akan merasai apa yang mama tanggung.Walau segetir mana,tetap kena harungi..

Tolong doakan saya,moga ada sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan tanpa perlu meminta minta,merayu rayu..Letih merayu,perit menumpang.Cemuhan itu sudah jadi biasa bila tiada apa apa kan..tapi ingatlah hina di pandangan manusia,moga elok di pandangan Allah..

Bertubi tubi segalanya,cuba untuk tidak tersungkur lagi...



27 August 2014

Makhluk yang lemah

Sebagaimana kita tahu, manusia merupakan makhluk yang lemah dan sentiasa berhajat kepada Allah SWT. Bahkan di dalam bisikan kudus manusia ketika berdoa pada Allah SWT, bukan sedikit hajat yang dipinta pada Allah Yang Maha Memberi. 

Sebagai ibu kepada anak anak,semestinya mama akan mendoakan yang terbaik untuk anak anak,dan uga sebagai mama,juga inginkan masa depan dan segalanya terjamin untuk anak anak.Tapi perjalanan yang di tempuhi mama penuh liku..ujian yang sentiasa gentar di sepanjang perjalanan ibarat mimpi ngeri..Rebah,tersungkur itu dah jadi biasa.Ujian kesihatan tidak menentu tapi tetap bersyukur kerana mama masih ada...

Setiap kali tersungkur,anak anak tongkat mama,sama juga bila kesihatan makin merosot renungan anak anak buat mama terus bertahan dan cuba bangkit walau ada ketikanya mama merasakan seperti hampir terpadam..Ada ketikanya merasakan teramat letih,terlalu penat dengan segalanya...Ada masanya kudrat terbatas..

Bukan ingin meminta minta,penat merayu...Tolong doakan saya agar terus kuat,diberikan kesihatan yang baik dan anak anak dimurahkan rezeki..amin.


p/s:/ hidup ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..tapi tetap bersyukur..kalau terjadi apa apa pada mama ni...Tetap teguh dan keyakinan padaMu wahai Allah..

26 August 2014

Hanya PadaMu aku memohon...

Bismillahirrahmanirrahim....Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa-doa kami ini, ya Allah. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya, ya Allah. Jika Engkau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya, ya Allah. Bantulah kami ya Allah. Redhailah kami Ya Allah, Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin



22 August 2014

Cuba selami

Banyak cerita yang nak di kongsi di sini tapi sejak kebelakangan ini kesihatan agak merosot.Masalah anemia,hb makin low.Mudah penat dan termengah mengah bila berjalan.Ramadhan dah berlalu,entah tahun depan masih dapat bertemu atau tidak tapi amat bersyukur di atas peluang yang Allah masih berikan..Di akhir ramadhan kali ini anak anak di uji dengan demam yang agak tinggi.Alia Erissha pula di tahan di wad pada hari raya kedua,tapi alhamdulillah hanya beberapa hari saja di wad.Alhamdulillah, dan adik adiknya pun sama.Anak anak berhari raya ala kadar dan cukup sederhana..

Bulan puasa saya cuba berniaga semula,serunding daging tempatan,serunding ayam,serunding ikan,mini popia,mini karipap..Harap dapatlah bantu saya untuk meneruskan perniagaan ini.Saya tiada sumber pendapatan yang lain.Saya amat berminat untuk berniaga barangan dan pakaian Muslimah dari Kelantan tapi tiada modal untuk memulakan..Jika ada hamba Allah yang sudi membantu saya,harap sangat kerana Allah.


p/s: Hampir 2 tahun saya berniqab dan memakai jubah,sungguh saya lebih tenang dan banyak perubahan ke atas diri saya.









18 August 2014

Berlalu sudah ramadhan

Ramadhan sudah berlalu,Direkodkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun."Jika puasa Ramadan, Nabi menjanjikan pengampunan dosa yang lampau maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun.

Alhamdulillah anak anak ikhtisham dan aiman berpuasa penuh dan habis puasa sunat enam.Alhamdulillah.






30 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua umat islam,maaf zahir batin.Pohon maaf lambat mengucapkan.Anak anak kurang sihat..Pada hamba hamba Allah yang sudi membantu saya,saya doakan semoga di bulan mulia ini diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang berlipat ganda,diberikan kesejahteraan dunia akhirat serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.Moga di bulan mulia ini mendapat rahmat,ganjaran,keberkatan dan keredhaan dariNya.amin.Moga berbahgia di hari raya dan moga syawal kali ini lebih bermakna..

Anak yang sulung Alia Erissha di tahan di wad Hospital Kota Bharu,suspect denggi.Aiman baru sembuh dari demam,cuma masih batuk...Memang kurang bercerita mengenai Alia Erissha sebelum ni.Alia Erissha duduk dengan mak di Kubang Kerian...

Semoga bertemu lagi ramadhan..

Kalau ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat Terawih, indahnya taddarus al-Quran...

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.

Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.

“Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran.”.....Semoga dapat bertemu lagi ramadhan akan datang...

24 July 2014

Moga cepat sembuh



Aiman demam tapi masih berpuasa...sayang untuk berbuka.Setakat ni memang belum tinggal puasa.Dah 3 hari tak ke sekolah tapi puasa tetap puasa..

22 July 2014

Mohon bantu saya...

Pada hamba hamba Allah harap sudilah membantu saya,saya tiada sumber pendapatan lain..Kerana Allah harap sudi bantu saya..


Harga serunding mengikut berat:
Serunding Daging250g: RM18.00
Serunding Daging 500g : RM36.00
Serunding Daging 1kg: RM68.00

Serunding Ayam 250g: RM18.00
Serunding Ayam 500g : RM 36.00
Serunding Ayam 1kg : RM68.00

Serunding Ikan 250 g : RM 12.00
Serunding Ikan 500 g : RM 24.00
Serunding Ikan 1 kg : RM 48.00


Mini popia RM 30 sekilo
Mini Karipap RM 26 sekilo
Popia Simpul RM 30 sekilo

18 July 2014

Detik Ramadhan

Hari yang berlainan,berbuka puasa dengan roti... Hari ke 15 Ramadhan

Harri ke 16 Ramadhan






Detik detik yang di lalui di bulan ramadhan..Detik yang terlalu berharga bagi saya kerana beberapa tahun sebelum ni saya tak mampu untuk merasai nikmat ramadhan..Dan entah masih berpeluang bertemu lagi atau tidak ramadhan yang akan datang.Sungguh sangat tenang berada di rumah Allah..Lupa sejenak segala masalah.. Saat yang tidak akan saya lupakan setiap kali berterawih... insyaAllah... adalah apabila sampai ke bahagian berselawat. Gegaran selawat beramai-ramai setiap kali selepas selesai empat rakaat solat sunat terawih cukup menusuk hati hingga membuatkan diri ini semakin rindu akan kekasih Allah. Dengarkanlah bersama dan teruskan berselawat wahai teman. Moga-moga selawat yang kita laungkan itu akan didengar oleh baginda Rasulullah SAW. Insya-Allah...

Renungan bersama...

Munajat Ramadhan..Perkongsian tentang satu doa. Sungguh menusuk kalbu doa Bahasa Melayu yang dikhabarkan dibaca seorang Imam selepas solat terawih. Dan menariknya doa ini, dikarang Tok Imam itu sendiri.

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim...
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yamg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami umtuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami . Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu . Ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezaki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh . Golongkanlah mereka dalam orang-orang yang Kau redhai, Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah Ya Aziz..
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami, mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, Permudahkanlah urusan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka. Jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka. Jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah Ya Malikul Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….


Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami. Temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan Lailatul Qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami.. ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.

Aamiin, aamiin, ya robbal a'lamin.




    Pada hamba Allah, saya amat amat berharap jika ada yang sudi membantu..

Jika sudi membeli sambil membantu saya..

SERUNDING... TERBUKTI SEDAP.. beli harini, esok sampai terus LICIN... Insyaallah..
Serunding daging Kelantan dengan harga TERBAIK:-) DAPATKAN SEGERA serunding yang terkenal dan TERSOHOR dari Kelantan. Serunding kelantan adalah LAZAT dan BERKUALITI, tahan sehingga 6 bulan. Menggunakan 100% daging tempatan sahaja.
Harga serunding mengikut berat:
Serunding Daging250g: RM18.00
Serunding Daging 500g : RM36.00
Serunding Daging 1kg: RM68.00
Serunding Ayam 250g: RM18.00
Serunding Ayam 500g : RM 36.00
Serunding Ayam 1kg : RM68.00
Serunding Ikan 250 g : RM 12.00
Serunding Ikan 500 g : RM 24.00
Serunding Ikan 1 kg : RM 48.00

Kos pos laju bergantung pada berat,1 kg serunding kos pos laju RM 9..

Menu juadah berbuka puasa,sahur,dan di hari raya.....serunding kelantan..

Serunding Daging Tempatan

Serunding Ayam

Serunding Ikan 







Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya/

Pada hamba hamba Allah yang sudi membantu saya,saya doakan semoga diebrikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang berlipat ganda,diberikan kesejahteraan dunia akhirat serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.Moga di bulan mulia ini mendapat rahmat,ganjaran dan keberkatan dariNya.amin.

16 July 2014

Kenangan yang sangat indah

Ramadhan bulan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Apabila kita menghayati bulan ramadhan dengan sebenarnya dengan mengawal makanan pasti kita akan dapat merasai bagaimana peritnya umat Islam disebahagian negara miskin,kini Di Gaza..Penderitaan umat islam di sana..Allahuakhbar,selamatkanlah Gaza dari kekejaman mereka..Ya Allah,selamatkanlah....amin..

Kenangan yang sangat indah berbuka bersama makcik makcik ni....Berbuka bersama saudara seagama..Tiada yang lebih indah..




Ingatan kasih sayang dari anak pada ibu lebih bernilai dari segalanya..Seteguk air dan sebiji kurma dah memadai...Mengabdikan diri padaNya lebih utama...Ya, Allah, Engkaulah yang menukar rasa lapar dahaga dan rasa letih sepanjang kami melaksanakan ibadah puasa dengan rasa lazat yang sungguh nikmat! Berilah kami terus merasakan kelazatan beribadah kepada-Mu kerana kami mendambakan pertemuan dengan-Mu kelak dengan penuh kegembiraan. 




Setiap hari masih lagi berbuka di masjid,setakat ni aiman dan Ikhtisyam tak tinggal lagi puasa.Alhamdulillah.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)

Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWTmemberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.Amin.


11 July 2014

Kisah semalam..




Kisah berbuka semalam,setiap hari sehingga semalam saya masih berbuka di masjid.Masjid tak jauh dari rumah..Aiman dan ikhtisyam berbuka di ruangan lelaki.Saya di ruangan perempuan..Selepas azan maghrib,seperti biasa berbuka dengan secawan air dan sebiji kurma.Aiman bawa bekal air kotak milo.Setiap hari dapatlah sebungkus nasi,beberapa biji kurma.Nasi makan selepas solat maghrib..

Ada satu kisah yang bagi saya amat menyentuh hati,seperti hari hari sebelumnya aiman akan datang makan nasi di ruangan wanita bawa nasi yang di ambil dari ruangan lelaki.Mama aiman tak dapat nasi hari ni nasi dah habis bob (ikhtisyam)je dapat,kat sini ada nasi lebih tak aiman nak makan..Kat tangan mama ada sebungkus nasi je rupa rupanya rezeki aiman...Untuk anak ibu terpaksa ikat perut pun tak pe kan.Tengah leka aiman duk makan tiba tiba aiman bertanya,mama tak makan ke,jawab mama nanti lepas terawihla mama makan..Mana boleh mama tak makan nanti mama sakit lagi,mama tak de tenaga nanti....Laaaa ....mama tak de nasi ya,aiman pun berhenti makan tinggal separuh nasi kat mama..Aiman dah kenyang mama makanla ..

Sehari berpuasa tapi sanggup berkorban untuk mama lagi..Kalau apa apa jadi kat mama...bagaimana ya...Setakat ni aiman anak yang amat baik sama juga ikhtisyam cuma aiman lebih perihatin.Moga selamanya aiman dan Ikhtisyam menjadi anak yang soleh.

Walaupun kisah ni remeh tp amat menyentuh hati mama...Sikap anak anak mama buat mama terus bangkit walau hanya Allah tahu segalanya penuh liku..



10 July 2014

Berteman kariblah dengan Ramadhan

Tertidur kepenatan semasa menemani mama di pejabat pos...

Berbuka puasa,alhamdulillah...



\



Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, “Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”

Rasulullah Saw bersabda: “Kalau saja manusia tahu apa yang terdapat pada bulan Ramadhan, pastilah mereka berharap Ramadhan itu selama satu tahun.” (HR. Thabrani, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi). Ini menandakan bahwa Ramadhan adalah bulan pendidikan (syahrul tarbiyah), dimana kita diajarkan disiplin dengan waktu dan menjalaninya dengan ikhlas, karena sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas akan terasa mudah dan mempunyai nilai tambah yang membuat kita bahagia dan menikmati pekerjaan itu. 

Berteman kariblah dengan ramadhan,peluang yang Allah masih berikan tika waktu ini dengan amalan amalan yang dapat mendekatkan diri pada Allah dengan solat berjemaah di masjid,tilawah Al Quran dan amalan amalan lainnya supaya tidak tersiakan hari hari yang penuh berkah ini..Semoga kita termasuk dalam orang orang yang dapat memanfaatkan nikmat waktunya untuk senantiasa mendekatkan diri dan beribadah kepada Allah S.W.T. dan semoga kita termasuk dalam golongan orang orang yang bertakwa..amin.Dan tentunya apa yang kita lakukan adalah bentuk dari rasa syukur di atas nikmat yang disampaikannya umur kita dengan bulan Ramadhan kali ini...

Ada ramai insan di luar sana yang tidak dapat menikmati ramadhan...hargailah detik yang masih ada..Entah bertemu lagi atau tidak ramadhan tahun depan..Detik masa yang masih ada terlalu amat saya hargai..

08 July 2014

Bismillahirrahmanirrahim“ Ya ALLAH , Ya TUHAN kami . TUHAN Yang Maha Kaya Lagi Maha Berkuasa . TUHAN yang kekayaan dan kekuasaanNYA itu tiada sebarang tandingan . Yang Maha Membuka segala pintu rezeki dan juga Yang Maha Berkuasa menyempitkan rezeki seseorang . Aku bermohon – merayu – merintih lagi meminta-minta kepadaMU Wahai TUHANku , Tolonglah lapangkan rezekiku .Dan pimpinlah aku agar tidak lupa bersyukur apabila mendapati segala rezeki dan harta yang melimpah-ruah itu . Jadikan diriku bersyukur apabila mendapat nikmat-nikmatMU . Dan jadikanlah aku ini bersabar dan redha dengan segala ujian-ujian daripadaMU. ENGKAU sahajalah yang maha berkuasa melunakkan dan melembutkan jiwa-jiwa yang keras itu . Maka, lembutkanlah hati-hati manusia untuk berurusan denganku . Permudahkanlah kerjaku untuk mencari rezeki ini . Dan jadikanlah rezeki yang ENGKAU berikan itu diberkati dan diredhai olehMU sentiasa . Amin…. “ .



Serunding daging Tempatan Kelantan....

Li

04 July 2014

Serunding Daging Tempatan,Serunding Ayam,Serunding Ikan,Mini popia dan popia simpul...

Serunding Ayam 250 gram Rm 18


Serunding Daging Tempatan 250 gram Rm 18


Serunding Ikan 250 gram Rm 12


Mini Karipap Rm 26 sekilo


Mini Popia Rm 30 sekilo



Popia Simpul   Rm 30 sekilo





Mini popia dan mini karipap berintikan serunding ikan..Serunding makan dengan nasi panas tanpa lauk lain pun amat menyelerakan..

Jika sudi membeli sambil membantu saya..

Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan dan pertolongan yang di hulurkan.amin.

Rumah Allah

Setelah berbuka puasa di masjid

Ketika berbuka puasa di masjid..

Tertidur kepenatan,dah tak dapat nak berterawih...

Singgah solat,ketika menemani mama pos serunding

Sehingga hari ke semalam,anak anak masih berbuka puasa di masjid..Biarlah anak anak di biasakan di rumah Allah..

Berbuka puasa ala kadar,solat maghrib dan solat ishak berjemaah dan berterawih..Walaupun kudrat masih tidak berapa mampu untuk berterawih sambil berdiri tp masih cuba untuk berterawih sambil duduk.Amat menghargai peluang yang Allah masih berikan..Aiman pula kerap tertidur di masjid akibat kepenatan.Ikhtisyam pula cuba berterawih sehingga selesai..Siang selepas balik sekolah,anak anak membantu mama,jika ada order serunding atau mini popia....

Moga mereka menjadi anak anak yang soleh,berjaya dunia akhirat...amin..






02 July 2014

Berbuka puasa di masjid



Saat menanti waktu berbuka di Masjid..

Indahnya ramadhan,syukur alhamdulillah kerana dapat menikmati berbuka puasa bersama saudara seagama kami...Bertasbih dan berwirid bersama sama sebelum azan di laungkan semakin mengikat hati kami semua..
Berbuka dengan sedikit juadah,secawan teh dan kurma lepas itu kami berjemaah maghrib bersama sama.Sungguh ia teramat indah...Terima kasih Allah..

Sementara anak anak pula berbuka puasa bersama saudara seagama yang lebih dewasa di bahagian lelaki..Walaupun wajah mereka kelihatan pucat menahan dahaga dan lapar,di wajah mereka terpancar kebahagiaan serta bangga kerana dapat menunaikan ibadah puasa rukun islam yang ketiga...Alhamdulillah..

Dua kegembiraan yang Allah janjikan seorang mukmin itu, pertama hatinya gembira sewaktu menunggu waktu berbuka puasa,dan kedua di akhirat kelak gembira dapat melihat wajah Allah...

Hargailah setiap detik yang masih ada untuk lebih mendekatiNya..Mendekatinya amat tenang..Berkasih sayang dengan Allah...