09 April 2015

Moga ada yang sudi membantu

Assalamualaikum..Saya amat berharap jika ada hamba hamba Allah yang sudi membantu saya.Saya benar benar nak guna kewangan.Perbelanjaan harian anak anak hampir tiada,kesihatan saya pula tidak menentu kebelakangan ni.Untuk anak anak kena gagahkan diri juga.Jika ada yang sudi membeli sambil membantu.Kain pasang saya jual harga modal saja termasuk harga pos laju.Harap sangat sudi membantu tika ni.

RM 50 termasuk kos pos laju.









06 April 2015

Harap sudi bantu saya

Bismillahirrahmanirrahim...

Jemputlah singgah tengok kain pasang murah murah saja.Saya baru nak cuba niaga kain pasang.Permulaan saya cuba 10 helai kain pasang.Saya bukan ada modal nak niaga.Mencari sana sini untuk dapatkan modal.Niaga tidak mendapat sambutan,kewangan amat terhad.Jika ada sesiapa yang sudi membantu untuk clearkan kain pasang yang ada.Saya jual murah murah je untuk dapatkan modal semula.Harap sangat sudi bantu saya.


Kos sara hidup semakin meningkat sekarang,pada yang tiada sumber pendapatan tetap macam saya macam manala nak hadapi semua ni..Kebanyakkan kedai barang barang runcit semuanya naik harga,termenung sejenap.Kuatkan hati dan yakin rezeki datang dariNYa.amin.Insyaallah.



















27 March 2015

Lelong Murah2 Kain Pasang Krip Dubai dan Sutera Dubai

Jika sudi bantu saya..saya nak clearkan stok ada 10 pasang.kain lembut,tak panas.Murah2...
























Jika ada yang berminat boleh hubungi saya 012 9218016.

Kos sara hidup yang semakin meningkat




Aiman memang anak yang sangat ringan tulang...Kalau musim cuti sekolah Aiman minta nak tolong jual surat khabar kat area rumah..Dari dulu anak anak tak pernah minta minta nak beli apa apa yang saya tak mampu.Yang beza Aiman dengan Ikhtisyam,Ikhtisyam amat pemalu.Aiman lebih peramah dan mudah bergaul dengan siapa saja.Aiman tak kekok jika berbual dengan orang yang lebih dewasa.Memang Aiman tak suka duduk diam kat rumah tanpa berbuat apa apa.Oleh kerana perangai Aiman mudah bergaul,ramai yang sukakan Aiman.






GST akan bermula 1 April 2015.

GST...Orang yang senang akan berasa susah,orang yang susah akan bertambah susah.Nafas semakin sesak hidup semakin sempit kerana masih ramai lagi hamba rakyat yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Bagaimana hamba rakyat yang mempuyai bilangan tanggungan yang ramai.Sesak nafas bila memikirkan semua ini.


Ramai yang bersuara ,keluhan keluhan mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi.Kudrat akan diperah habis habisan demi menjaga ahli keluarga supaya tidak kebulur dan akan memastikan dapur sentiasa berasap.Masa bersama anak anak semakin terhad kerana mengejar keperluan yang semakin mendesak

Bila kos sara hidup semakin meningkat ramai hamba rakyat mengorbankan masa,tenaga demi mengejar keperluan bagi menyara ahli keluarga yang ramai,Jalan penyelesaiannya ialah membuat partime,dua pekerjaan dalam satu hari.Perhatian kepada anak isteri juga semakin berkurang kerana mengejar keperluan untuk keluarga.Segala barangan keperluan akan meningkat semakin tinggi.Mana nak cekau untuk bayar ansuran rumah,ansuran kereta,minyak kereta,roadtax,parking,tol,keperluan dapur,bil air,bil letrik yang tarifnya yang semakin meningkat,keperluan sekolah anak anak.

Bagaimana anak anak yang telah memasuki universiti dan keperluan perbelanjaan mereka juga yang semakin tinggi.Sakitnya kepala bila memikirkan semua ini.Pada yang tiada sumber pendapatan bagaimana pula?Pada yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang bagaimana pula?


Ya Allah Ya Tuhan ku hanya kepada Mu tempat aku berserah dan tempat aku mengadu.

06 March 2015

Luahan hati sepintas lalu...

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah di hari Jumaat yang mulia ini,Ampunilah dosa-dosa ibubapa kami,Saudara-saudara kami,Sahabat-sahabat kami,Dan seluruh ahli keluarga kami,Tunjukkanlah kami Jalan yang benar,Berilah pada kami kekuatan dan kesabaran utk menakluki setiap ujian yg mendatangi kami.. Kurniakan kami jiwa yg tenang dan hati yg lapang agar hari ini menjadi antara hari yg terindah dlm hidup.amin.Dan berkatilah kehidupan kami,Dunia dan akhirat,Aminnn..


Kuatkanlah hamba menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, ...Hari hari yang di tempuhi penuh dugaan di setiap langkahku,Tapi kasih pada anak anak membuatkan diri masih mampu bertahan...Hasrat hati seorang ibu,ingin melihat anak anak membesar di depan mata,masa depan terjamin dunia akhirat.Semampu boleh ingin melihat anak anak berjaya dunia akhirat.Teguh pegangan agama yang akan menjadi benteng di kemudian hari.

Kesihatan yang tidak menentu bergantung pada kekuatan semangat..Benarlah kesihatan kalau banyak risau,tertekan,kesihatan akan semakin merosot.Cuba kuatkan diri..






02 March 2015

Permudahkanlah segalanya...

Bismillahirrahmanirrahim.Ya Allah,bukakanlah pintu rezekiku seluasnya dan permudahkanlah segala urusanku.amin.

Pada hamba hamba Allah,moga sudilah membeli sambil membantu.




RM 30 sekilo


RM 35 sekilo


RM 35

Serunding  ni resipi warisan zaman berzaman. Daging lembu tempatan yang lemak manis. Cukup rasa rempah dan sedikit pedas..rasa serunding daging tempatan lebih lembut,halus dan lebih segar dari serunding daging import.
Serunding Daging 250 gram RM 18
Serunding Ayam 250 gram RM 18
Serunding Ikan 250 gram RM 12
Mini Karipap Rm 30 sekilo
Boleh pm atau hubungi di 012-9218016

Setiap kali memikirkan kewangan dan perbelanjaan harian anak anak, Rasa tak bermaya seketika..Longlai seluruh badan..Walau apa jua tetap kena tempuhi..Selain niaga serunding,mini popia,mini karipap,popia simpul,saya ada niaga secara dropship.Lapik tilam kalis air,family lounge pool..