Dengan kudrat sebegini makan minum sendiri dan anak anak amat terabai..Anak anak pun makan sekadar yang mampu.Buat masa ni yang senang dan cepat,maggie dan roti.biskut air.Kasihan si kecil aiman,sering cakap mama, aiman lapar..Cuba gagahkan diri mencari apa yang ada..Minta tolong orang luar kena upah,dalam keadaan begini segalanya kena berwaspada.Bukan meraih simpati,luahan hati seorang mama yang makin tiada kudrat..
Maafkan mama sayang...kudrat tiada.Sehabis daya..Ketika cuba melakukan apa apa saja kerja,makin lama makin berpinar pinar dan badan makin lemah.Cepat berpeluh peluh dan berdebar debar.Cepat cepat baring..wahai anak,sehabis daya mama cuba gagahkan diri,tidak mampu juga mama.Hati mama meraung tiada hentinya..Menggeletar mama menahan segalanya..
Hal dan masalah yang sama je merintih,mungkin yang tidak mengalami akan mudah bosan tapi sebagai seorang mama dan seorang pesakit kronik,tidak akan berhenti memikirkannya..kerana tanggungjwab dan masa depan anak anak dan segalanya di bahu ini...Untuk di luah pada insan tiada yang mendengar melainkan menulis..
Tapi Allah sentiasa mendengar...cuma lumrah sebagai insan tetap memerlukan seseorang sahabat untuk di luahkan.Allah ada..Kasih Sayang dan rahmat Allah itu luas..
Tapi Allah sentiasa mendengar...cuma lumrah sebagai insan tetap memerlukan seseorang sahabat untuk di luahkan.Allah ada..Kasih Sayang dan rahmat Allah itu luas..
Salam..
ReplyDeleteTerjumpa blog ni. Semoga bertabah. Setiap kesusahan, cabaran ujian itu insyaAllah ada hikmah disebaliknya. Yakinlah Allah tidak akan menduga sekiranya ianya tidak mampu dipikul. Setiap kita yang hidup, mempunyai bahagiannya masing-masing. Semoga setiap apa yang di lalui itu makin mendekatkan kita kepadaNya.
Sungguh Allah sayang padamu. Yakinlah :)
Salam Yanie...sedihnyer saya bila membaca rintihan Yanie...sebagai seorang ibu saya paham Yanie mmg nak buat yang terbaik untuk anak anak...Yanie dan anak sentiasa dlm doa saya...tabahkan hatimu...insyaallah Yanie dan anak2 sentiasa dalam lindunganNyer...
ReplyDeleteSalam kenal,
ReplyDeleteSimpati saya dengan keadaan awak dan anak-anak. Semoga ada rezeki untuk awak sekeluarga. Awak tinggal di mana yer.
Assalamualaikum kak..
ReplyDeleteSemoga akak dilindungi allah dr kejahatan manusia yang dengki dan jahat..
semoga allah memberi kesembuhan pada akak...
amin...
kuatkan semangat ye akak...nana doakan semoga ada keajaiban satu hari nanti,dan semoga akak&anak2 dilindungiNya...amin.....
ReplyDelete