29 April 2011

Rezeki dari Allah

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


persepsi NeGATIF

Saya telah cuba berikhtiar dalam meneruskan kelangsungan hidup,namun apa yang saya harapkan seolah-olah terlepas pandang dari orang sekeliling....Walaupun apa yang saya lakukan hanya mengundang persepsi negatif dari orang lain.

27 April 2011

Di sebalik sebuah kisah benar

Satu kisah penderitaan dalam kehidupan seseorang yang bergelar ISTERI ingin saya kongsikan bersama untuk renungan dan ikhtibar sesama kita dan apa yang saya cuba kongsikan adalah dari apa yang saya lihat,dengar dan dapat dari rintihan ISTERI ini sendiri................

Dari segi penjagaan dan tumpuan yang dicurahkan terhadap suami tiada kurangnya dan cacat celanya,seorang isteri yang mengabdikan diri sepenuh masa pada suami dan anak-anak tetapi diberikan ANUGERAH yang amat pedih dan sukar diungkapkan........

Kepercayaan yang diberikan sepenuhnya akhirnya memakan diri dan anak-anak juga turut merasakan gelombang kepahitan dalam hidup walhal tika itu anak-anak masih kecil dan wanita ini sedang sarat mengandung anak bongsu,ditinggalkan suami tanpa sebarang sebab.

Bahagiakah suami meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung bersama anak2 yang lain,yang masih kecil?Bahagiakah di atas penderitaan insan lain?Bahagiakah membiarkan isteri dan anak2 menderita hanya kerana menyintai insan lain?Apakah salah mereka?Terbiar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa?

Kecekalan wanita ini dalam meneruskan kehidupan,walau berbekalkan air mata tanpa henti,siang dan malam ibarat sama,menelan segala pahit demi kasih sayang pada anak2.Betapa sukarnya untuk membesarkan anak2,sehinggakan pernah meminta nasi2 yang sudah basi dari restoran.Nasi tersebut dibasuh dan digoreng semula untuk diberi makan pada anak2.Asalkan dapat mengalas perut.

Walau betapa peritnya untuk membesarkan anak2 tanpa suami di sisi,tapi penuh keazaman untuk melihat anak2 berjaya.Setiap kali anak2 melangkah ke sekolah,bisikan dari seorang ibu,5 A....Alhamdulilllah anak2 semua mencapai keputusan yang cemerlang..Moga terus berjaya..."Benarlah pepatah mengatakan kasih ibu tiada galang gantinya"...

Berilah ibu peluang untuk merasa bahagia dengan kejayaan anak2...







Taraf dalam kehidupan

Mencari kekuatan dalam menguatkan hati untuk melawan dan bertahan di atas penyakit ini.Walau setiap hari makin rebah rasanya,tapi masih cuba bertahan.Sehingga kini masih ramai yang sering memandang saya dengan pandangan yang mencurigakan.Penyakit apa yang saya hidapi?Makin kurus,tulang je yang nampak.Namun perlu ke saya kecewa dengan ujian ini?Bukankah insan2 yang terpilih saja yang diuji?Betapa bertuahnya kerana terpilih untuk ujian ini.Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui di atas segala2Nya.

Walau sering di pandang dan dinilai negatif tapi hakikatnya hanya Allah maha mengetahui akan sesuatu,perlukah setiap ujian itu dianggap sebagai balasan atas kehidupan seseorang itu dan adakah bila kita melihat seseorang yang berjaya dan mencapai tahap yang membanggakan telah dikira cemerlang dan positif segenap segi dan layak dipandang dengan persepsi yang baik dan dijulang tinggi?



24 April 2011

Jangan terus jatuh dan terpaku....

Kita manusia sering kali mengingatkan diri agar tidak jatuh di tempat yang sama.Sayangnya,seringkali itu juga kita akan tetap jatuh pada tempat yang serupa.Tapi teruk bagaimana sekali pun,jangan pernah menjadikan kejatuhan itu sebagai satu kegagalan kerana di dalamnya tersurat pelajaran dan pengajaran yang amat berguna untuk kita renungi sebaiknya.

22 April 2011

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

21 April 2011

Tiada siapa yang minta nak sakit dan susah kan?Kalau boleh nak jadi macam ibu2 yang lain dapat membesarkan anak,memberi sepenuh perhatian dan dapat mencari nafkah dalam keadaan yang sempurna dan sihat.Bila sihat tak perlu meminta atau mengharapkan bantuan dan pergantungan pada insan lain.Sesungguhnya nikmat kesihatan itu amat bernilai dan tiada harga yang boleh di bayar ke atasnya.

Bila sihat mungkin susah untuk dipelekeh dan dipertikaikan tapi saya redha dengan segalanya.........





17 April 2011

Apa itu kifarah

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia.

13 April 2011

Ujian dan Dugaan:Tanda Allah sayang

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Ganjaran menanti bagi yang diuji

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.

Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Bala’ dalam konteks semasa

Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.

Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.

Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.

Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.

Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.

Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman

Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.

Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Kaedah Bersabar

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

Kesimpulan

Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.

Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.

Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

12 April 2011

Erti Sebuah kehilangan,hargailah bila masih ada...

BILA DI DEPAN MATA KITA TAK TAU HARGAINYA... ."


BACALAH KISAH INI...MOGA DAPAT DIJADIKAN IKHTIBAR...

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter
pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai
dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu.

Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.


"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.


Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri
kasayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.

Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah
tak
dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.

"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.


> Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan.

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit,
itu
pun lepas duit tambang.

Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis.

Takkanlah
mereka
tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.

Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri.

Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.


"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu.

Tak elok
kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita
nanti
nak ke Mekah minta duit anak-anak.

" Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita.

Kita dah besarkan
mereka,
hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka.

Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita
kali
ni.

" Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
anaknya.

"Tapi bang?... "
"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu
hala.


Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan
yang
dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya.


Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan
balik
sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz.

Intan tu ada
ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar
panas
bila berhadapan dengan Intan.

Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram.

Sudahlah malas belajar
tidak
seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.

Kalau ditegur
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah.

Masih Pak Uwei ingat
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka
bertengkar
besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu.

Abah mahu kau
sambung
belajar lagi.

" Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.


"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja
kilang.


Kerja kilang pun bukannya haram.

" bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang.

Kau tak
tengok
berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh
dari
mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan.

Kau nak bebas macam tu?"
"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje.

Bukan semua yang kerja
kilang
duk kat KL tu jahat abah.

Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah.

"
Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.

Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada
abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah.

Kalau kau nak pergi, pergi... aku dah tak larat nak larang.

Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah.

Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa
yang
Intan nak buat.

Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.

Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya.

Malam itu selesai menikmati
makan
malam dan berjemaah sembahyang Isya.., mereka duduk berborak di ruang
tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.


Memandangkan
bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis
bantu
sikit.

Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi.

Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah.

Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan.

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat.

Paling tidak pun cukup bulan ni.

Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?.

, Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah.

Selesalah buat kami sebab budak-
budak
tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri.

Lagipun beli rumah
tak
rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.

"Kamu macam mana
Kis,
boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada
rezeki
durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada
Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah.

Kis baru aje keluarkan
duit
simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man.

Tengah gawat ni
faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah.

Kalau nak pinjam duit kad kredit
boleh.

Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman.

"Betul kata Man tu abah.

Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz.

Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan
sembilu
yang menikam dada Pak Uwei.

Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak
Uwei
terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang
diharap-harapkan
menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit.

Biarlah abah kau pergi
seorang
dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!.

Tak payah saya
tunggu
lama-lama.

Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun
masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu abahnya benar-benar kecewa.

Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat
sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan
tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.


"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil
mencapai
kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat
ubi
kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.


Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni.

Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu.

"sambil mencium tangan Mak Pah yang
menggeleng
kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati,
membuat
anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya
sedang
menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.

Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak
bertangguh
mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje
yang
lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.


Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan
menunaikan
solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak
dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.

Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar
yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk
membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa
Intan
meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa.

Mak Pah pun
tergelak
sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."

"Habis tu?"

>"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.

Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan.

Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah.

Yang dua ratus lagi ni untuk
buat kenduri doa selamat sebelum
berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di
tangannya
bagai tidak percaya.

"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu.

Duit hasil titik
peluh
Intan yang halal abah, terimalah.

Selama ini Intan banyak kali
kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah.

Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis.

Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan.

Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.

Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji.

Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai.

Intan harap, abah sudi terima
pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,"
tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu
abah
selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi.

Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan.
"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau
Intan..."ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni,"
MakPah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang
datang
menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah.

Intan memerhati dengan perasaan gembira
bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak.

Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.


"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan
nak membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan
dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .

Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,"
pesan Intan sambil memeluk emaknya.

Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.

Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air.

Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya.

Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak
sedap di hati.

Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya.

Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci.

Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia
akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.

"
"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian
abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau
mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei.

"Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.

" Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
suaminya.

Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa
begitu lama oleh Pak Uwei.

Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya
turut berasa bagai ada yang tak kena.


"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.

cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

Muaz diam sambil mengerling Azman
yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh.

Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah.

Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?"
"Err... tak ada abah.

Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"
ajak Azman menukar tajuk perbualan.


"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.


>
> Azman dan Muaz hanya berpandangan.

Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan.

Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan
ibubapa mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit.

Intan mana, dia tak balik ke?"
Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.


"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun
memberitahu di mana Intan.

Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan.

Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara
yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari
pangkuan
dan melangkah laju ke bilik Intan.


"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu.

Mak Pah terus pengsan.


Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita.

Intan pergipun dalam keadaan tenang.

Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah
tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita.

Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.


Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.

Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak
Pah tersedu sedan.


"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.

Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah
sebelum mak dan abah balik.

Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam
Khamis tu lepas solat Isya.. dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun.

Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.

Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya.

Dia meninggal subuh hariJumaat
mak... tiga hari lepas.

Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak," cerita Muaz.


Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana .

Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah
doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

Tamat....
Moral cerita ... buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa
sementara mereka masih ada di dunia ini.

Harta benda hanyalah
sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita
bernyawa. Renung-renungkan. ....

08 April 2011

Silih berganti


Lama menyepi,kesihatan juga makin tidak menentu.Peristiwa dan dugaan silih berganti.Segalanya memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi.Betapa indahnya kesabaran walaupun ia amat sukar.

Kehidupan ini,memerlukan pengorbanan,perjuangan yang cekal dalam meniti hari...