Berubat dengan ustaz Sharhan Shafie semalam,seperti biasa ramai sangat orang.Kata ustaz selain dari ada unsur sihir dan gangguan,badan makin lemah dan tak kuat semangat sebab tekanan.Kejutan kejutan yang berlaku benar benar melemahkan saya.Tiada tempat untuk meluah.Bulan lepas dan bulan ini pelbagai dugaan yang benar benar menguji.Kejutan demi kejutan membuatkan diri tersungkur dalam diam..
Berkali kali tersungkur tapi cuba bangkit.Bangkit kerana anak anak,jika tidak kerana mereka amat sukar bertarung dan berjuang lagi.Ia amat pedih dan tidak terluah.Mampukah sebagai seorang insan biasa untuk menahan segala pancaroba seorang diri?Kekuatan sering di minta dari Allah.
Sejak banyak terbaring dan hanya mampu terbaring,sering tewas dengan emosi.Risau pada kesihatan yang begini dan amat sebak pada anak anak.Tangisan la yang sering menemani bila memikirkan anak anak...Dalam mama di uji sakit terlantar hanya kudrat anak anak yang bersusah payah.Tika ini anak anak,mama amat takut jika apa apa terjadi pada mama..Sehabis daya mama bertarung dan berjuang..Air mata sering mengalir bila memikirkan segalanya..Ingin tenang dari memikirkan semua ni,tapi apakan daya..Segalanya benar benar menguji.Renungan mata anak anak buat mama menangis ..Allahuakhbar..
Segalanya terbuku di hati..rintihan deni rintihan seorang mama,pesakit..Hanya Allah tempat berpaut..
Anak anak,hajat mama yang paling mama mohonkan,mama ingin berpeluang untuk membesarkan anak anak mama.Biarlah tanpa sesiapa.Ia adalah sesuatu yang paling bernilai...
Ya Allah berikanku peluang ini..amin.
Alia,
ReplyDeleteanda ibu terbaik di dunia, pasti anda mendapat sejuta rahmat dari dugaanNYA, sabar dan redha. Insya Allah anak2 comel tu pasti bangga beribukan anda.
insyaallah,semua ibu,ibu terbaik bagi anak anak..
DeleteDik..jangan risau,kta ada Allah..betulkan niat..bangkit kerana Allah, hidup juga kerana Dia..percayalah yang anak2 itu nanti pasti dapat merasakan bahagia bila dapat membantu ibunya..doakan mereka, doakan kekuatan iman mereka sehingga di sana nanti..insyaallah..
ReplyDeleteinsyallah,insyaallah...terima kasih byk2..
DeleteKuatkan semangat. Bila ada gangguan kita tak boleh lemah. Kena happykan diri sentiasa. Jgn lupa zikir.
ReplyDeleteinsyaallah..sehabis daya dan sehabis mampu.terima kasih banyak banyak..
DeleteTiada kata lebih yg mampu mengurangkan derita alia...ingin membantu..akak sendiri perlukan bantuan.cuma bezanya..akak bejuang berasama anak..menyokong dia..amat sedih.alia pula..peelu berjuang utk diri demi anak..ya Allah..semoga sumbangan yg kecil dibesarkan oleh Allah...insyaAllah...Allah itu Maha Pengasih...
ReplyDeleteDemi Allah yang menjadikan makhluk seluruh alam. Anda perlu bersabar walaupun terkadang kita tewas dengan lamunan emosi. Namun Allah yang Tahu atas segala-gala yang diuji-Nya. Kuatkan iman dan iltizammu, moga Allah akan membantu. Banyak insan lain mendoakan atas pengorbanan untuk anak-anak dan ibumu. Yang penting ruang dan peluang masih terbentang luas. Pohonlah pada Allah. Saya mendoakan agar anda kuat mengahadapi cabaran ini. memang benar kata pepatah: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" Anyway, try your very best to strengthen your mind and soul.
ReplyDeleteSincere from
Jawahir, Melaka.