11 July 2012

Rintihan seorang ibu,pesakit...

 'HIDUP UMPAMA RODA,ADA MASA KITA DIATAS,ADA MASANYA KITA DI BAWAH'

Kesihatan diri yg amat2 terbatas,keadaan diri sy sendiri memang sy tak dapat jangkakan.Rasa seperti akan collapse pd bila2 masa.Masih cuba senyum walau terasa pahit,masih cuba bersahaja walau menanggung ujian derita.......keadaan kaki yg makin berat,adakah kaki ini akan kaku kembali seperti masa lalu?Tak apalah,asalkan masih dapat melihat anak anak.Badan teramat kurus takut nak tengok wajah dalam cermin.Doktor tidak dapat mengenal pasti apa yang di tanggung sekarang..Doktor kata macam anoreksia dah fizikal ..Kulit dan tulang.bezanya tika lumpuh dulu,badan tidak selemah ini.Kesihatan kali ini hanya Allah yang mengetahui.
Buat teman diluar sana,sy pohon berikan sy doa dan suntikan semangat agar masih lg mampu menahan ujian ini kerana disebalik diri masih ada anak2 yg terlalu mengharapkan kehadiran insan ini disisi.Biarlah apa saja,biarlah selamanya di bawah,saya cuma ingin diberikan peluang untuk membesarkan anak anak...Kadang kadang ingin mencari dan mencuba rawatan yang terbaik selain di Husm tetapi segalanya terbatas..Hanya mampu berserah...
Kudrat makin terbatas,air mata teman segalanya.Kasihani anak anak gigih membantu mama yang makin lesu..Dengan kudrat si kecil cuba memapah mama dan membantu mama.Bila mama hampir terjatuh,cepat cepat datang papah mama..Kuatkah kudrat anak yang masih kecil..Hati mama sebak dan tersentuh..Jiwa mama meronta di dalam..Tapi apakan daya..Renungan mata anak anak penuh harapan pada mama..





Susu yang doktor suruh minum..usus terlalu nipis dan sukar hadam makanan.hanya boleh makan soft food sahaja.Kuih muih,roti segala makanan yang keras dan pejal tak mampu di makan.Makanan lain hanya mampu pandang dan ambil bau...Susu ni untuk Kekurangan zat.

Rintihan seorang ibu,pesakit..hanya yang mengalami dapat memahami dan merasainya..Tekanan pun boleh membuat penyakit makin mudarat..Memikirkan segalanya dalam keadaan begini...

8 comments:

  1. Salam kak...saya silent reader sebelum ni...
    Teringat pada arwah ayah saya sebulan yg lalu...dia punya kanser dan semakin teruk pabila kaki membengkak dan usus tak boleh cerna dan hadam makan...sebulan tu mmg langsung tak makan sehingga akhir hayatnya...hanya ubat doc dan susu dari hospital...alfatihah utk arwah ayah
    Apepon kak,smoga terus kuat dan berserah pada Nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah.terima kasih banyak2.Kuasa Allah belaka...

      Delete
  2. Ya Allah, teruskan berdoa yea alia..Berserah pada Tuhan, hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Sesungguhnya saya sendiri mengharapkan Alia akan kembali pulih demi anak-anak..Sesungguhnya kita hanya mampu merancang. Harapnya ada kaum keluarga lain yang dapat ziarah Alia dan kurangkan beban yang dialami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..terima kasih banyak2 kerana perihatin dan sokongan..Berserah dan bertawakal padaNya.

      Delete
  3. Salam, Kak Alia... Semoga Akak diberi kesihatan dr ALLAH, Kasihan anak2 akak, x sampai hati sy tengok depa tidur skali dihospital, semoga ketabahan hati akak bertamabah2.. izinkan sy share cerita akak di fb sy ya kak... sekurang2nya x dpt bantu kewangan sy dpt bantu share kisah akak untuk dapatkan doa dr sahabat2 "Sesungguhnya antara doa yg dimakbulkan ALLAH adalah doa dr sahabat utk sahabat tanpa diketahui oleh sahabat yg didoakan" Tabah ye kakak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      amin.insyaallah.terima kasih banyak banyak kerana perihatin dan sokongan.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

      Delete
  4. Ya Allah,
    Turunkanlah penawar bagi penyakit sahabatku Alia Haryanie ini, Ya Allah permudahkanlah urusan dan rezekinya, pertingkatkanlan daya ketahanan dirinya, cekalkan hatinya, sembuhkanlah kesihatannya, Hanyamu Ya Allah tempat kami mengadu dan memohon, kerana kebesaranMu dan kasih sayangMU, tempat kami berlindung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah.terima kasih banyak2 kerana mendoakan,keperihatinan dan sokongan.hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

      Delete