02 July 2012

Penat merayu

Kata Pakar Saraf,Prof John,kali ni bukan guillaian barre syndrome..Pakar saraf pun tak tahu kenapa kaki ni.Makin sukar bergerak.Bila refer ke Hemato,doktor nak rawat penyakit yang berkaitan darah..Stabilkan hemoglobin..Doktor,kaki ni makin parah..Demam on n off..Saya makin lemah,mata makin kabur.Mudah blur dan kosong..Tunggu appointment seterusnya..Masuk wad risau pada anak anak.Masih boleh bertahankah?


Letih dan penat merayu rayu mengenai masalah kesihatan..Memohon bantuan kudrat tidak di endah..Tiada guna mengeluh atau meratap nasib,kehidupan perlu di teruskan walau seribu keperitan dan kepayahan..Ujian Allah pada hambanya.Mengadu dan merintihla pada Allah,kerap mengadu dan merintih pada manusia,nanti cepat bosan..Masing masing ada komitmen sendiri.Insan biasa tetap insan biasa tetap merintih..


Segalanya dalam sekelip mata,bila penyakit dah merebak..Mana nak fikir kesihatan diri,anak anak?Nak urus diri sendiri pun dah tak berapa mampu,amat sukar untuk bergerak, terutama ke bilik air..Nak mandi,solat..Tak apala,cubala selagi apa yang terdaya.Dulu pun pernah begini cuma tidak sehebat sekarang.Hanya kudrat anak yang kecil duk membantu..Nak memasak sambil duduk dan menahan pening.Bila minta bantuan orang yang masih sihat,sering beri alasan..Dan yang amat terkilan,diri terkapar kapar di salahkan pada sesuatu yang tidak pernah di pinta..Merayu rayu memohon bantuan kudrat.Jika tak kuatkan hati tak tahula..


Jika memiliki kudrat,tidak sesekali ingin menyusahkan sesiapa..Tak perlu tambahkan lagi tekanan dan derita yang sedia ada.Sekurang kurangnya mereka masih memiliki badan yang sihat dan memiliki kudrat berbanding diri yang tidak memiliki nikmat itu. Kasihan dan renunglah wajah anak anak yang masih kecil...


Hati ni sentiasa pedih,perit,remuk dan hancur berkali kali tapi hati ni masih berjuang..Cuba menepis dan melupakan...Tidak mempedulikan hati dan perasaan sendiri..Tapi dengan hati yang lemah,segalanya makin lemah..Anak anak beri mama kekuatan...


Kita tak tahu bila dan apa yang bakal menimpa,Bila Allah sedang berbicara dan menduga...Tiada yang dapat mengelak..



p/s: masalah darah,pendarahan yang tak dapat di kesan,dan pendarahan yang sedia ada..lebih 2 minggu..Darah penyakit..Yang menyedihkan doktor tak tahu apa punca..Kaki tak leh lurus..bengkak kejap surut sikit kejap bengkak balik...





6 comments:

  1. Tak akan siapa yg memahami kecuali mrk berada di tempat kita..Akak dah lali dah Alia..

    Mudah meluahkan kata2 seolah mrk sempurna di dunia..

    Ustaz Sharhan kata apa ye!!Kalau hospital tak tahu penyakit kita..Mungki ada unsur2 sihir kot..Nauzubillahi min dzalik..Hanya Allah yg Maha Mengetahuinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kak,maaf lambat reply..

      Mungkin ada unsur unsur luar .wallahu alam...Hanya Allah Yang Mengetahui..

      Hanya yang mengalami yang merasainya kak...

      Delete
  2. Allah tak akan uji hambanya dengan dugaan yang hambanya tidak mampu lalui..
    semoga akan ada bahagia buat sis alia ... doa saya semoga sis cepat sembuh ....


    http://www.namiacinta.com/2012/07/mensyukuri-nikmat-yang-ada.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah..terima kasih byk2 dik kerana mendoakan dan perihatin..ujian Allah pada hambanya...

      Delete
  3. Salam...Haryani ada sms tak Prof Zabidi? Cubalah bgtau masalah kat dia...insyaallah dia akan cuba bantu..

    ReplyDelete
  4. mungkin penyakit sihir je ni. dah cuba ke perubatan islam?

    ReplyDelete