26 December 2012

Padamu ku berserah

Letih merayu dan menagih ihsan...Hanya yang merasai baru dapat memahami erti....

Hidup ini JIHAD menuju ILLAHI ....Sesungguhnya Kehidupan ini adalah tipu daya semata sedang Akhirat itulah kehidupan Abadi yang seharusnya terus-terusan di kejar.... "

Jika dirimu dilanda kesusahan bisikanlah harapan yang menjanjikan kepadanya.......
Maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang. 
Perisailah dirimu dengan harapan agar tidak putus asa 
Hingga penderitaanmu lenyap dimakan waktu. Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu 
Ada orang-orang yang dengki Dan senang dengan penderitaan orang lain.
 Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu Kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan Mati sebelum waktunya. 
Penderitaan itu tidak selamanya mengongkong seseorang sebagaimana kegembiraan pun tidak selamanya menghiasinya. Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini bagi orang-orang yang waspada.......

"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba.amin.

"Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami, kemanapun kami melangkah Engkau ada menyertai kami.amin.


14 December 2012

Masa itu emas..

Moga termakbul impian untuk ke sana sebelum terpejam selamanya...Moga ada keajaiban dariNya..

"Ya Rahman.. Berkatilah usia kami agar sentiasa dalam ketaatan. Rahmatilah hidup kami agar sentiasa dalam keampunan. Sampaikanlah salam penuh kerinduan buat nabi junjungan serta jadikanlah kami teman... Yang berada di sisi Rasul-Mu di taman kenikmatan."amin.

"Masa itu adalah emas". Perumpamaan yang sudah lama kita dengar, dan tentu sekali kita sudah pun tahu apakah maksudnya? Masa sentiasa bergerak ke hadapan. Berjalan dan terus berjalan tanpa menunggu kita.Walau dalam bentuk apa sekali pun kepayahan dan keperitan hidup,hidup perlu diteruskan.


"Setiap saat adalah peluang".  Setiap saat yang diberi untuk kita, sebenarnya, ia adalah peluang. Tetapi peluang untuk apa? Peluang untuk menghargai masa yang masih ada dalam membekalkan diri untuk ke destinasi yang kekal selamanya.


Sahabat ku, mari kita  fikirkan semula. Kenapa kita masih hidup sampai hari ini? Kerana Allah mahu kita kembali padaNya. Mahu kita untuk dekat denganNya. Dan DIA memberikan kita setiap saat itu, setiap peluang itu sebagai ruang untuk kita kukuhkan cinta padaNya, menyesali segala dosa, dan melangkah untuk berjalan menuju ke syurgaNya.
Ya. Mustahil untuk manusia bersifat sempurna, tetapi tidak mustahil untuk mencuba dan berubah. Renungkan kembali, atas sebab apa kita dihidupkan. Kenapa kita diberi nyawa?
Hanya satu sebabnya. Sebagai hamba Allah S.W.T.  Dan setiap saat yang menjadi peluang untuk kita, adalah peluang untuk kita mencari seberapa banyak "tiket" untuk menetap di penempatan yang kekal selamanya. Sama ada syurga, ataupun neraka. Kita sendiri yang membuat pilihan, melalui transit kehidupan yang bergelar kehidupan dunia.
Setiap saat adalah peluang dan terlalu berharga.Fikirkan lagi tentang ini. Peluang ini. Masih terbuka luas peluang untuk kita cuba mengubah keadaan dan lebih mendekatkan diri padaNya. InsyaAllah. Allah akan membantu kita.
Jangan hilang keyakinan dalam hidup. jangan hilang keyakinan terhadap takdir dan ketentuan Allah. Ambil setiap peluang itu. Ambil. Dan jangan hanya terduduk, mengalah pada manusia. Jangan hanya terdiam, takut pada yang tak sepatutnya. Dan jangan hanya bisu, tunduk pada cinta.Berpegang teguhlah pada Allah..


Terima kasih Allah di atas peluang kehidupan yang masih Allah berikan..Ia amat2 bernilai...


"Ya Rahman Ya Rahim.. permudahkanlah langkah kami agar sentiasa ingin dekat denganMu. Berikanlah kami kekuatan dan kesihatan untuk sentiasa sujud kepadaMu.. Agar terdidik hati ini untuk sentiasa bersyukur dengan limpah RahmatMu. Jadikanlah jiwa ini sentiasa rindu dengan sentuhan kasih sayangMu. Jadikanlah lidah kami lembut dan tiada jemu menyebut namaMu malah rasa terhibur dengan membaca alunan kalamMu."
"Ya Allahu Ya Kareem.. Istiqamahkanlah setiap apa yang telah kami persembahkan... Engkau redhailah setiap apa yang telah kami lakukan.. Ampunilah segala dosa yang telah kami perbuatkan serta masukkanlah kami di kalangan mereka yang Engkau Rahmati dan Redhai.. Sungguh tiada daya kami melainkan Engkau yang Maha Pengampun jua Maha Pengasih."Amin.

12 December 2012

Hargailah....

Hargailah kehidupan dan bersyukurlah di atas segala nikmat dan rahmat dari Ilahi.Setiap detik yang di lalui terlalu bernilai dan berharga.

"Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, maka ia banyak berdoa." Surah al-Fushshilat: 51


Sifat manusia yang mudah lupa. Lalai dengan kehidupan dunia yang seketika. Apabila muhasabah diri kembali, hati yang rindu pada kesyahduan kasihNya...

Imam Ghazali ada berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” 

Hidup cuma dalam 2 nafas: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. 


Hidup cuma ada 2 pilihan: Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. 
Hidup yang abadi cuma ada 2 tempat: Syurga atau neraka. 

Ingatlah..........Peluang kehidupan yang Allah masih berikan...

10 December 2012

Rabiatul Adawiyah...

Renungan bersama...

Ya Allah Ya Tuhanku, Ya Allah Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, ku mohon kepadamu Ya Allah sesiapa pun yang membaca blog ini engkau rahmatilah mereka, berilah hidayah kepada mereka, bukalah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalan yang benar kearah jalan yang diredhai oleh mu. Amin Ya Allah....





Renungan..


Rabiatul Adawiyah,salah seorang seri kandi Islam

Lahirnya pada kurun ke 2 hirah
Dipinggiran terpencil Kota Basrah
Sejarah telah menukirkan langkahnya
Menuju Allah bermula dgn payah
Kemiskinan keluarganya terlalu mencengkam
Menjadikn dia hampir tenggelam
Dialah gadis yg bernama Rabiatul Adawiyyah
 Adawiyah
Takdir mengatasi takdir
Ketika tiba-tiba pintu hidayah terbuka dia menjadi tersentak

Kembara cintanya pun bermula
Dari gelap dia menuju cahaya
Bukan kerana pahala tetapi kerana cinta
di kedinginan malam dia berkata
Tuhanku bintang-bintang telah menjelma indah
Mata manusia terlena sudah
Ketika semua pintu telah tertutup
Tatkala unggas malam sahut menyahut
Dan inilah aku..inilah aku
Duduk dihadapanMu mengadu cintaku
Yang selalu terganggu
Mengintai kasihMu diperdu rindu

Demikian rintihan hati Rabiatul Adawiyah
Lalu ditemuinya keindahan & ketenangan
Di hamparan kasih sayang Tuhan


Ya Allah...Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu

Ini wajahku yang menghadap -Mu dengan rasa kehinaan
air mataku, sujudku , tanganku dan wajahku
ini sebagai saksi diakhirat........Bahawa aku pernah
merintih keampunan daripada-Mu
Jadikanlah air mataku , sujudku ,tanganku , dan
wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik
di Padang Mahsyar...Sesungguhnya tidak tertanggung olehku
akannya.Jadikanlah air mataku , sujudku , tanganku ,
dan wajahku ini sebagai
pemberat ketika amalanku ditimbang. Sesungguhnya
terlalu gentar hati ini apabila
air mataku sujudku , tanganku , dan wajahku
ini sebagai
penyelamat ketika dihumban ke dalam neraka-Mu......
Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk
menyelamatkan diri.

Tuhan.........Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna
kepada-mu...kerana kebaikanku telah ditembusi
kejahatanku.Melainkan hanya ini yang yang
harapan......air mata penyesalan ,sujud seorang hamba,
tangan yang sentiasa mengharap rahmat-Mu dan wajahyang malu memandang-Mu.

Meskipun rayuan setinggi gunung,namun......kesangsian
datang di celah harapan.
Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata
penyesalan Nabi Adam
selamai 200 tahun
hingga bumi terbelah menjadi sungai ?
Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yang
merintih hingga dini hari ?
Apakah tanganku ini menadah serta bermohon
tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi ?Apakah wajahku yang
mengadap-Mu ini seperti RabiatulAdawiyah
yang mengadap-Mu dengan rasa kehinaan ?Semua kesangsian ini

Ya Allah
mendatangkan kegentaran
di dada untuk mengadap-Mu....Tetapi .....hanya ini yang ada padaku..



Nama ini sinonim dalam sejarah dunia . Rabi'ah binti Ismail
al-Adawiyah terkenal dalam sejarah Islam.
Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah
di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi
kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula
hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan
menggunakan sampan.

Aku tertarik dan ingin berkongsi rintihan Rabi'ah sewaktu kesunyian di
ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada
segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada
segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

"Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur
nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di
hadapan-Mu.

"Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran
pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan
burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada
tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan
melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan
menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

"Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik
maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di
hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya
yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat
kepada-Mu."

Dan ini raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

Dan ini raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian
kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang
mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.
Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang
terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang
berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab
Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."

Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing,
Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.
Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya
aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan
takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau
menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika
Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak
bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."

Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk
berkahwin dengan alasan:

"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik
Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."

Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu
dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai
tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah
mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada
akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di
hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada
suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain
Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada
penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah
ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai
Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk
membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman dengan
menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah
diluahkannya:

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang
mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut
kepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk
beroleh syurga Allah semata-mata.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka
bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak
kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku
menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan
yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha
Mulia itu."

Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji
dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia
pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga
Allah meredainya, amin!

Allahuakhbar....
Abdikanlah diri padaNya..
Merintihlah hanya PadaNya..
Jika kita serahkan seluruh jiwa raga kita kepadaNya sebagai hamba di muka bumi ini. Kita tidak akan mengeluh sedikit pun apa yang berlaku kepada kita. Bermunajatlah denganNya..Wallahua'lam..semoga kita dapat muhasabah diri dan mendapat manfaat dari perkongsian ini..

Ya Ilahi Rabbi,berikanlah ketabahan yang luar biasa pada Hamba...
Terima kasih Allah di atas segala ujian ini..Walau ujian ujian ini membuatkanku sering tersungkur tapi Sesungguhnya Engkau tidak pernah meninggalkanku walau sedetik..Engkau sentiasa ada bersamaku..Hanya Engkau yang Maha Mendengar,Hanya Engkau yang tidak pernah jemu mendengar setiap tangis dan rintihanku..Syukurku tiada terhingga padaMu,kasihMu padaKu tiada batasNya..Engkau sering menyelamatkanku..Aku tidak lagi gentar mengharungi segala perit kehidupan yang penuh liku..Ada Allah,Ar Rahman Ar Rahim....


28 November 2012

Meniti hari..

Ya Allah,jadikan aku penyabar dan bersabar di atas setiap dugaan dariMu..Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala sesuatu..Kurniakanlah aku sifat kesabaran dan ketabahan yang luar biasa yang teguh dalam meniti hari seterusnya...Ujian tiada hentinya,sungguh aku lemah tanpa petunjukMu..Ya Ilahi Rabbi,sungguh kasih sayangMu amat luas pada hambaMu.Hanya Engkau yang sering mendengar rintihan hati hamba..Betapa bersyukurnya kerana masih diberikan peluang meniti kehidupan bersama anakanda tercinta..Keajaiban dariNya untukku terus melangkah..Sungguh hamba bersyukur...

Masih menyepikan diri...Detik dan masa yang masih ada terlalu bernilai..

Wahai hati,dugaan tidak akan berhenti selagi bernafas..... Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.

Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.
Sesungguhnya aturan Allah itu amat bijaksana..
Dalam meniti hari,dugaan yang silih berganti..Aiman makin memahami erti perjalanan kehidupan yang ditempuh bersama mama..Hati menahan segalanya dalam sendu...Tersungkur,terjatuh..terkapar kapar...Tapi ada Allah yang sentiasa mendengar..Yang memegang hati ini..

Kehidupan adalah satu nikmat bagi yang menyedari dan menghargainya...
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan?




30 October 2012

Salam Aidiladha

KeranaMu ya Allah..

Salam Aidiladha.Bersama kita menghayati erti pengorbanan. Semoga kita mendapat keberkatan di hari yang mulia ini.

Pada sahabat, pemimpin dan saudara,saudari yang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang paling sumpurna.  

Pada mereka yang melakukan banyak pengorbanan ke arah kebaikan demi bangsa,agama dan negara, semoga mendapat pembalasan baik dari Allah di dunia juga di akhirat. Yang penting, segala ibadah yang kita lakukan dengan niat kerana ALLAH, akan di terima olehnya.

Pada yang pernah membantu saya,saya doakan  semoga mendapat ganjaran,pahala dan rahmat dari Allah.amin.


Lama menyepi dari update blog,banyak yang nak di coretkan di sini..Sungguh dan amat bersyukur padaNya di atas limpah Kasih SayangNya pada hambaNya..Kaki saya semakin sembuh..Keajaiban dariNya..

Kasih Sayang Allah itu amat hebat..Terima kasih Allah..Hidup dan matiku moga dalam iman..Ingin terus melangkah,kentalkanlah jiwa hamba dalam perjalanan yang penuh liku menuju destinasi...Anak anak mama,sama samalah kita hargai peluang yang masih ada..Mama teramat amat sayang pada anak anak mama semua..

Saya pohon maaf banyak2,saya tidak lagi menggunakan nombor yang lama..Nombor baru saya,01116909868.Phone dan sim card hilang..



10 October 2012

Kita hanya hamba..

Kita hanya hamba..Sentiasa diuji.Hidup ibarat satu pelayaran,ombak tidak selalu tenang..Ujian dalam kehidupan tidak akan berhenti selagi bernafas.Lama menyepi dari mencoret sesuatu di sini.Hanya Allah yang Mengetahui segala sesuatu.Syukur alhamdulillah yang tiada terhingga pada Allah,di atas segalanya.Alhamdulillah,kaki saya bertambah baik..

Pohon maaf banyak banyak,ada mesej yang tak berjawab,email tidak reply.Harap sangat faham keadaan saya tika itu.Saya benar2 dan amat2 berterima kasih yang tiada terhingga pada semua yang perihatin pada keadaan saya.Hanya doa yang dapat saya kirimkan.


Ada sinar di penghujung ramadhan dari Allah pada saya..Sesungguhnya DIA Maha Mendengar setiap rintihan hamba hambanya.Terima kasih Allah..Moga peluang yang masih di berikan dapat lebih mendekatkan diri pada pencipta dan mama dapat membesarkan anak anak mama.


Kini,aiman pula sedang diuji.Sedang berada di Husm akibat sakit perut yang teramat sangat.Beberapa hari sebelum sakit,aiman kurang makan.Langsung tak berselera untuk menjamah makanan.Sama ada apendiks atau usus tersumbat.Minta jauh pada semua penyakit tu.Dah 2 malam di sini.Risau mama dan teramat sayu melihat aiman melawan kesakitan.Mengalir air mata mama melihat anak melawan kesakitan.Setiap kali sakit,nama Allah yang di sebut sebut.Allah.Allah..Lailahaillallah...Ingat Allah sentiasa wahai anakanda...


Ternyata anak mama aiman,anak yang kuat..Bersabarlah anakanda..Tiada kata yang dapat di luah..Aiman cukup sabar.


Saya masih belum meneruskan Bone Marrow Biopsy untuk mengetahui punca penyakit kurang darah merah,anemia..

Walau dunia tidak seindah syurga,syukurlah dalam meniti kehidupan..Ombak harus di redah ...Hidup ini penuh ujian.Diuji bersendirian,berteman..Ujian tiada persamaan namun pengakhirannya itulah yang aksn dinilai Tuhan.Ingatkah peringatannya,tiada teruji iman seseorang andai belum di duga.Jangan di kata dikau beriman,andai ditewas perasaan,dihina keyakinan,disisih ketakwaan(Al-Ankabut).











03 October 2012

Hanya Engkau Yang Mengetahui segala sesuatu..

Lama menyepi dari meluahkan sesuatu di blog,harapan dan doa buat sahabat semua agar sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah Taala.Ya Allah Ya Tuhanku,sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu.Terima kasih Allah di atas kasih sayangMu pada hambaMu,syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi..Terima kasih Allah,terima kasih Allah..

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala rintihan dan luahan hati hamba hambaMU,peluang peluang yang masih Engkau berikan padaku dan sesungguhnya Engkaulah sebaik baik penjaga dan pemelihara.Ya Allah,teguhkan hati dan ketaqwaan hamba ,tetapkan iman dan kentalkan jiwa hamba..



Ya Allah Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu..

23 August 2012

Salam Aidilfitri..




Salam aidilfitri buat semua sahabat sahabat,pengunjung blog,insan2 perihatin dan buat semua umat islam..Pohon jutaan maaf dan ampun jika ada terkasar bahasa,salah silap dan sering menyusahkan.
Maaf juga kerana lambat mengucapkan.Kesihatan saya tidak menentu dan masih belum stabil tapi alhamdulillah berbanding sebelum ni yang lebih lemah,insyaallah.

Sambutan raya bagi saya dan anak anak ala kadar dan amat sederhana.Bersyukur kerana masih di beri peluang untuk bersama anak anak di aidilfitri.

Syukur alhamdulillah pada Allah Taala..Buat insan insan yang perihatin dan sudi membantu saya,saya kirimkan doa moga di berikan kesihatan yang lebih baik,di anugerahkan usia yang berkat,di murahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga di bulan Syawal ini,mendapat pahala,ganjaran,rahmat,keberkatan dan keredhaan dan keredhaan dari Allah Taala.moga aidilfitri memberi seribu kenangan manis.amin.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

Jutaan terima kasih yang tiada terhingga pada insan insan yang amat perihatin ini yang sudi mendoakan,sokongan dan sudi membantu saya dan anak anak.

Sesungguhnya hati benar benar terharu dengan keperihatinan dari semua insan insan ini..Sungguh kasih sayang Allah amat luas.Di bukakan pintu hati insan insan yang berhati mulia untuk membantu.

Jutaan terima kasih yang tiada terhingga pada Eriqayzz.com,abangensem.com,hazrilhafiz.blogspot.com.kerana bersungguh sungguh membantu saya dan pada semua blogger yang membuat entry dan memanjangkan entry mengenai saya.terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

Saya cukup cukup tersentuh dan terkedu bila mendapat tahu mengenai En Jejai,teratak karmo.com,juga sedang di uji Allah dengan penyakit kanser tahap 4.Menitis air mata mengenangkan beliau,sungguh tidak saya ketahui mengenai penyakitnya.Beliau pernah membantu saya berkali kali dan pernah bersungguh cuba membantu memanjangkan kisah saya.Betapa mulianya hati beliau,dalam keadaan diri sendiri juga sedang menghadapi ujian Allah tapi masih bersungguh sungguh membantu saya dan merahsiakan apa yang sedang di hidapi..Anak anak yang masih kecil amat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari bapa ini yang amat penyayang.Ya Allah,Ya Tuhanku kau ringankanlah penyakit yang dideritainya,berikanlah kesihatan yang lebih baik padanya,anugerahkanlah usia yang berkat padanya,kau sembuhkanlah penyakitnya dengan keaijaiban dariMu Ya Allah Ya Tuhanku.Sesungguhnya Engkaulah yang aku sembah,Engkaulah yang aku memohon pertolongan,hanya Engkau yang Maha Mendengar,hanya Engkau yang Maha Mengetahui.amin ya rabbal alamin.

Ujian Allah pada hambanya...Bersabarlah sahabat,kuatkanlah hati,kentalkan jiwa,usah gentar,ajal maut di tangan Allah,selagi nafas masih ada bertarung dan terus berjuanglah.Renungan mata anak anak pembakar semangat.Moga kesembuhan milikmu sahabat...Ingat Allah sentiasa.Sesungguhnya kasih Sayang Allah itu luas.Berpegang teguh dan berpautlah dengan Allah.Merayu.mengadu,merintih dan memohonlah padaNya.Insyaallah.Kuasa Allah,kehendak Allah,Pemberian Allah.

16 August 2012

Buat insan insan yang berhati mulia.....

 Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb ... Ya! Allah! Dengan rahmat & kasih-Mu, kau sembuhkanlah penyakitku ini  Sesungguhnya aku hamba Mu ini, Ya Allah,aku  memohon pertolongan Mu agar Kau berikanlah kesihatan padaku... Lindungilah aku dan sembuhkan penyakitku Ya Allah. amin.


.Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. 

Kesihatan yang masih lagi menguji tapi alhamdulillah..moga diberi kesembuhan dari Allah.

Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Sungguh Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani...Di sebalik derita ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi...Kasih sayang Allah amat luas... 

Tiada kata yang dapat di luahkan melainkan jutaan terima kasih yang tiada terhingga pada insan insan yang berhati mulia yang sudi mendoakan,bertanya khabar,sokongan,nasihat dan bantuan.Hanya doa yang dapat saya kirimkan,saya doakan pada mereka semua semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga di bulan yang mulia ini mendapat pahala,ganjaran,rahmat,keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala.amin.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

Walau mengharungi kepayahan dan kesukaran dan masih lagi berjuang dan bertarung dengan kesihatan tapi saya amat amat bersyukur,tersentuh dan terharu dengan keperihatinan insan insan yang berhati mulia...Cuma keadaan saya yang sebelum ini teramat lemah membataskan segalanya.Dengan doa,sokongan dan bantuan yang di hulurkan menerbitkan satu harapan yang positif dalam diri..Terima kasih yang tiada terhingga..

Moga ada sinar di penghujung ramadhan....Harapan seorang ibu yang sedang bertarung dengan kesihatan...Ujian dari Allah...


08 August 2012

Harapan masih ada..

Kudrat yang semakin lemah,pendarahan yang tiada hentinya hampir berbulan..Apa yang di tanggung tak terluah..Untuk menaip juga terlalu lemah,banyak comment yang tidak reply lagi.Keadaan kesihatan saya benar benar tidak mengizinkan...Pendarahan yang doktor tidak mengetahui punca.Bila scan tak ada apa apa.Kaki semakin lebam..Untuk gagahkan diri kali ini benar benar menguji,pening,hanyut,lemah,jantung mula berdebar debar,berpeluh peluh.kaki yang teramat sakit..Nak angkat tangan pun terasa berat..Sebak memang teramat sebak,sebab segalanya perlu di uruskan sendiri.Terkapar kapar pun perlu di teruskan...Cuba tahan tangis tapi mampukah...Tika ini kudrat adik beradik ke,suami kan...tapi inilah ujian saya...Bila ada berkata sabarlah,saya sabar tapi untuk benar benar saba dan tabah ia amat hebat..Sabar tidak mudah jika tidak bergantung dan ingat Allah....

Pada yang tak faham,sakit sakit tak habis habis sakit..sampai bila gini.Berubat dah banyak tempat..Pada yang sihat dan tidak memahami.Bukankah kesembuhan dari Allah?

Ada yang bertanya,saya hanya bertiga?Saya tinggal bersama mak dan 3 orang anak.Mak saya juga uzur dan lemah.Saya tidak boleh membebankan mak.Anak yang sulung tingkatan dua,perempuan.Alia Erisya.Belajar di sekolah cluster pilihan.Bila alia erisya balik sekolah ada membantu tapi balik pun dah lewat,penat.Kerja sekolah lagi.Alia Erisya lebihkan masa belajar dan belajar,keazaman yang tinggi bila  melihat keadaan sekelilingnya.Alia Erisya di jaga dari kecil dengan mak ketika berumur 2 tahun setengah.

Aiman dengan bobla yang banyak membantu.Tika bob dan kakak ke sekolah,aimanla yang banyak membantu.Keluarga,saudara mara,semua jauh dan mereka ada komitmen sendiri.Saya cuma 3 beradik,anak tunggal perempuan.Yang dua lagi lelaki,tidak menetap di kelantan dan masing masing ada komitmen sendiri.
Hanya bantuan kudrat anak anak saya ada,bukan senang untuk merayu kudrat..Silap merayu,di cemuh...

Tak semua yang faham derita insan lain..Walau kini hanya mampu terbaring.diam terkebil kebil menahan segalanya. harapan itu tinggi moga ada sinarnya nanti..Ujian Allah..

Hanya Allah yang Mengetahui segala sesuatu...Kuatkan hati dan diri ini ya Allah...

Sesungguhnya saya yakin dengan kuasa Allah....Berpegang teguhlah padaNya walau sehebat mana ujian..Berpaut dengan Allah..Insyaallah..

05 August 2012

Kudrat

Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuanMu Ya Allah..kudrat makin tiada.Untuk mengangkat tangan   pun lemah,apatah lagi nak buat apa apa..Hampir pitam di dapur,terkena minyak panas dan macam macamla bila tiada kudrat cuma simpati sangat pada aiman..Susah payah membantu mama,tak macam budak lain...Ya Allah,bantu hamba..Kudrat..

Memasak dalam keadaan terketar ketar,hanya nasi air dan sayur..Tak mampu berpuasa dalam keadaan begini dan di nasihatkan doktor.Walau tidak mampu berpuasa selera makan langung tiada.Kadang kadang 2 atau 3 suap..hanya sekadar mengalas perut.


Lepas masak mesti terbaring lama tanpa makan,Allahuakhbar..

04 August 2012

Ya Rabb


Ya Allah, hamba tahu hanya Engkau Yang Maha Tahu segala rahsia di sebalik tiap sesuatu ketetapan-Mu. Yang hamba tahu, segala sesuatu yang Engkau tetapkan itu pasti ada hikmah disebaliknya. Kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Bantulah hamba menjadi hamba-Mu yang redha dan sabar. Mohon dikuatkan hati hamba ini Ya Allah. Sangat lemah hamba-Mu yang seorang ini Ya Allah. Hamba tahu hati ini sedang ditempa dalam relau mehnah-Mu. Hamba tahu Engkau sentiasa rindu pada rintihan hamba justeru Engkau kirimkan ujian yang melelahkan.Hamba redha andai ini takdir yang telah tertulis untuk hamba. Cuma hamba mohon, bantulah hamba, Ya Allah. Bantu hamba untuk redha seikhlasnya. Kuatkanlah hati hamba dalam menempuh ujian-Mu ini Ya Rabb.”

Kesihatan yang semakin menguji segalanya..makin di gagahkan diri makin tersungkur dalam diam.Demam yang agak tinggi di setiap malam dengan tuala basah.Bertarung dengan kudrat yang lemah dan emosi..Emosi seorang pesakit dan seorang ibu,untuk duduk lama pun hampir rebah..Untuk memasak atau mandi apatah lagi,terkedu sendirian menghadapi ujian ini.Walau sakit segalanya tetap kena urus sendiri.Kudrat dan kekuatan mana lagi yang masih ada..ada ketikanya bila terlalu lemah,rasa ingin terbaring je di dapur tapi masih gagahkan diri walau berpinar pinar dan terketar ketar..Tiada daya,tapi apakan daya..cubala gagahkan diri selagi mampu...
Berpaut di tongkat rasa nak pitam,tersungkur di lantai..Benar sangat Ya Allah,amat memerlukan bantuan kudrat..Makin di lihat aiman dan bob bersusah payah membantu makin sebak dan hati sering menangis...Baru je aiman nak main sesuatu mama seperti seorang anak kecil yang meminta pertolongan...Seorang mama memanggil anak kecil untuk bantu di papah..Tersungkur juga dalam tangis...Laillahaillallah

Bagaimana untuk terus kuat,dengan Allah,ya benar dengan Allah..Allah sentiasa ada...cari kekuatan dengan Allah..

Bertarung dengan emosi,anak anak lihat mama semakin mudarat..tiada apa yang mama mampu kini,hanya masih mampu melihat anak anak.Entahlah,terlalu takut jika apa apa terjadi..

Ya Rabb, hati ini hati seorang ibu,
Hanya padaMu ku berpaut..


Untuk semuanya, walau apapun ujian yang Allah timpakan ke atas kita, yakin dan percayalah itu bukan untuk melemahkan kita, bahkan segala ujian itu adalah penguat kita. Segala ujian itu dititipkan untuk mengukuh iman kita. Terima dengan hati terbuka dan sangka baik dengan Allah. Kita akan temui ketenangan hati, insya-Allah. Semoga Allah redha. Sampai maut menjemput kita....

Terima kasih yang tiada terhingga pada semua sahabat sahabat dan insan insan yang berhati mulia di luar sana yang sudi membantu.Saya hanya mampu kirimkan doa,semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yg berkat,dimurahkan rezeki yg melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga di bulan yang mulia ini mendapat pahala,rahmat,ganjaran,keberkatan, dan keredhaan dari Allah Taala.amin.

Jutaan terima kasih Eriqayzz com,blog  HafizRahman,kerana sudi dan bersungguh untuk membantu akak dan anak anak.Membuat poster untuk membantu akak,tiada kata yang dapat di luahkan melainkan hanya doa.Juga sahabat sahabat yang sudi memanjangkan entry mengenai saya dan anak anak untuk membantu bermula dari blog kak azatiesayang.blogspot.Jutaan terima kash byk2 yang tiada terhingga.Kasih Sayang Allah amat luas,digerakkan hati insan insan yang berhati mulia untuk membantu.Ya  Allah,Ya Rahman Ya rahim,lindungi dan payungilah mereka dunia akhirat .Jauhilah mereka dari sebarang musibah..amin.Moga mendapat pahala,rahmat,ganjaran,keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala di bulan ramadhan ini.amin.


30 July 2012

Pohon maaf banyak banyak..,,

Pohon maaf byk2 jika ada comment yang belum reply..Untuk menaip juga saya gagahkan diri tapi saya amat 2 menghargai segala doa,sokongan.nasihat,dan bantuan..Setiap kali saya membaca comment dari sahabat sahabat,menitis air mata saya, terbit semangat2 dan kekuatan dalam diri..Terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga.Jika sesiapa yang melihat sendiri keadaan dan fizikal saya,mesti terkejut..Kini tinggal kulit dan tulang.Teramat amat kurus...tapi untuk anak anak akan cuba bangkit..Selagi bernafas,hargailah peluang yang Allah masih berikan.


Kuasa Allah belaka,moga diberikan kesembuhan dan keaijaban di bulan ramadhan ini.Ada sinarnya nanti..Amin.Munajat dalam syahdu padaMu Ya Rabb..



Di sebalik derita..

Allahuakhbar....


Kesihatan makin tidak stabil..demam yang agak tinggi dah hampir 3 hari.Kaki makin teramat sakit.Benar2 menguji untuk bergerak.Untuk naik ke kerusi roda juga amat menguji.Berapa kali terjatuh kerana tiada daya..Untuk melakukan sesuatu benar benar kena gagahkan diri..Pagi ni tersungkur di dapur bersendirian...Terkedu dan menahan segalanya dalam sendu yang tidak terluah.Pada siapa untuk di pinta membantu kudrat hanya kudrat aiman.Bila terdengar mama jatuh,berlari lari mendapatkan mama.Aiman juga kini demam,jangkit mama kut.


Sepatutnya ke Husm untuk masukkan ubat,tapi tiada daya sangat pagi ini..Untuk bangun duduk pun amat lemah..mungkin sebab demam..Luahan ini bukan meminta simpati,ini luahan hati dan rintihan hati seorang ibu dan seorang pesakit yang masih belum berputus asa untuk bertarung dengan kesihatan.Kini hanya mampu terlantar dan terbaring.Segalanya di lakukan sendiri walau dalam seribu kepayahan.Untuk memasak,mandi,solat amat menguji..kadang kadang berapa kali tersungkur bersendirian.Terkebil kebil untuk cuba bangun.Betapa bernilainya kudrat.


Untuk di keluh rugi kerana ini ujian Allah..Menangis bukan kerana tidak redha tapi cuba mencari kekuatan..Alhamdulillah dan insyaallah..


Yang menyedihkan,ada ketikanya memerlukan bantuan kudrat,terutama jika benar benar tiada daya,untuk solat...Ujian.kalau terbaring,terjatuh,segalanya kena gagahkan sendiri..Kadang kadang segalanya rasa kosong tapi masih cuba bangkit..Hati hiba dan amat sebak bila memikirkan ketidakupayaan diri.Tiada nikmat dan tiada yang lebih bernilai melainkan nikmat kesihatan dan memiliki kudrat..


Untuk di gagahkan dengan tongkat ada kalanya tidak mampu..mengengsot dan merangkak seperti anak kecil.Bertarung segalanya dengan kesakitan,emosi..bukankah sebagai insan biasa kita nak di beri perhatian,di jaga ketika sakit,.nak tenang dari segalanyakan...hati seorang pesakit ni amat amat halus sebenarnya,mudah tersentuh tapi sebagai seorang single mother dan seorang pesakit,semua itu perlu di tolak ketepi..Ketepikan emosi..Anak anak perlukan mama..


Walaupun ujian ini tak terluah tapi Allah Maha Mendengar..bantuan dari Allah dari insan insan yang perihatin dan berhati mulia di alam maya..Sungguh hati ini benar benar tersentuh dan amat amat2 menghargai dan berterima kasih..Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.Di bulan mulia ini moga mendapat pahala,ganjaran,rahmat dan keberkatan dariNya...


Yakinlah dan pergantungan terus pada Allah..


Zikir dan istiqfar jangan putus...Allah sentiasa bersama..











27 July 2012

Jutaan terima kasih yang tiada terhingga,hanya doa yang dapat dikirimkan..

Syukur alhamdulillah pada Allah Taala,deraian air mata dan kekhusyukan merintih di setiap malam, moga diberikan kesembuhan dan keajaiban dari Allah.Walaupun tika ini kaki masih teramat sakit dan semakin lemah.Pendarahan tiada hentinya.Kaki yang semakin lebam tanpa jawapan dari doktor.Meniti hari dengan seribu kepayahan dengan kaki yang tidak berdaya dan badan yang semakin lemah.


Terkedu,deraian air mata,betapa bersyukurnya yang tiada terhingga kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Benar benar bersyukur pada Allah kerana mengerakkan hati dan membuka pintu hati insan insan yang berhati mulia untuk mendoakan,membantu menolong,dan menghulurkan bantuan.Allah Maha Mendengar,betapa kasih sayang Allah amat luas.Semoga Allah menambahkan pahala,rahmat,ganjaran dan keberkatan di bulan ramadhan ini pada insan insan yang berhati mulia yang sudi membantu saya dan anak anak.Semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga berjaya dunia akhirat.amin.


Sungguh amat terkedu,terkejut dan amat berterima kasih yang tiada terhingga dengan doa doa,sokongan dan bantuan bantuan yang di hulurkan pada saya dan anak anak..Saya doakan dan akan sentiasa doakan pada insan insan yang berhati mulia ini.Moga Allah membalas setiap doa,sokongan,bantuan yang di hulurkan dan setiap kebaikan..Amat amat saya dan anak anak hargainya.


Terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga pada semua sahabat sahabat yang mendoakan,sokongan ,kesungguhan membantu dan bantuan yang di hulurkan.Subhanallah..sesungguhnya anda semua berhati mulia dan moga akan mendapat pahala yang lebih,rahmat,ganjaran,keredhaan,keberkatan di bulan mulia ini.amin.


Moga ada sinar untuk saya dan anak anak di bulan mulia ini.amin.


Sesungguhnya,Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba hambaNya.Syukur alhamdulillah.Terima kasih Allah.

25 July 2012

Ramadhan kali ini...

Ramadhan kali ini banyak menguji keimanan dan ketakwaan namun begitu mungkin akan ada satu hikmah daripada Allah swt..Moga di bulan yang mulia ini dapat memberi sinar dan keberkatan kepada diri yang sedang bertarung dengan kesakitan.Bulan yang mulia ini pasti dan yakin akan ada kuasa Allah untuk meringankan dugaan dan cubaan dari Allah..Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..


Walaupun kesihatan masih lagi pada tahap yang sama,pasti suatu hari dalam bulan ramadhan ini akan ada hidayah dan petunjuk dari Allah mengenai penyakit ini.Insyaallah..


Hari hari yang di lalui dengan mengahadapi ujian Allah yang agak hebat tapi bersyukur di atas ujian ini.Untuk di luahkan tidak terluah tapi percayalah kasih sayang Allah itu amat luas..


Hanya pada Allah saya memohon dan berserah segalanya..Janji Allah itu pasti..


Kasih sayang pada anak anak melebihi segalanya...

24 July 2012

Berjuang dan terus berjuang pada penyakit yang tidak di ketahui..

Berjuang dan terus berjuang pada penyakit yang tidak di ketahui..

Masih lemah...


Aiman kat luar tak boleh masuk bilik ni,bilik ni ada rawatan kimoterapi untuk pesakit pesakit barah..Sedih tengok insan insan yang sedang bertarung dan berjuang dengan kesihatan di bulan ini..
Sesekali aiman buka pintu bilik rawatan,mama lambat lagi ke? Cepatlah mama..

Ubat ni 500 ml selama 4 jam,sebelum ambil darah dulu,berbotol botol lagi di ambil.

Apa khabar sahabat sahabat?Semoga di berikan kesihatan yg baik dan segala amalan dan amal ibadah di bulan mulia ini di terima dan mendapat keberkatan dari Allah swt.amin.Saya masih lagi bertarung dan berjuang dengan masalah kesihatan.

Semalam appointment dengan Hemato,klinik Day Care untuk di masukkan ubat iron sucrose,venofer 500 ml selama 4 jam..Ada sedikit alahan selepas masuk ubat.Tapak kaki jadi sembab..Mengagahkan diri dengan segala ujian ini.Moga ada sinarnya nanti..Janji Allah itu pasti..

Ya Allah..Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui Segala sesuatu...Kekuatan dan ketabahan dariMu..



21 July 2012

Selamat berpuasa..

Selamat berpuasa...

Kesihatan masih lagi seperti begini mungkin Allah belum izinkan lagi,insyaallah suatu hari nanti moga penyakit saya ini mendapat pertolongan dan keizinan dari Allah..

Nikmat dan cahaya ramadhan tetap bersinar walau dalam keadaan begini..


Bulan yang mulia ini mungkin akan memberi suatu hidayah pada saya yang sedang menanggung kesakitan..Moga mendapat pertolongan Allah dan sahabat sahabat yang memahami kesakitan yang saya alami.


Pada sahabat sahabat yang memahami,moga pada bulan mulia ini mendapat rahmat dan ganjaran yang besar serta keberkatan dari Allah Taala.amin.


Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuannya...Insyaallah..Kuasa Allah,kehendak Allah,Pemberian Allah..


Terima kasih Allah di atas ujian ini...Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah aku kekuatan untuk menempuh dugaan daripadamu dan aku yakin dengan keimanan dan kekuatan daripada Allah,Allah akan memberi  kesembuhan dan kesihatan yang baik.Amin.

20 July 2012

Selamat menyambut ramadhan




Selamat menyambut ramadhan kepada semua sahabat sahabat. Semoga ramadhan kali ini lebih membawa erti kepada kita semua..


Maaf banyak banyak kesihatan masih lemah,gagah gagahkan diri untuk anak anak..

Buat semua sahabat sahabat yang sudi membuat entry mengenai saya dan bertungkus lumus memanjangkan cerita mengenai saya untuk membantu saya dan anak anak,saya ucapkan jutaan terima kasih banyak banyak banyak.Hanya doa yang dapat saya kirmkan..Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan..


Buat semua sahabat sahabat yang sudi membantu dan beberapa hamba Allah yang saya tidak ketahui membantu dalam diam,saya ucapkan jutaan terima kasih banyak banyak di atas doa,keperihatinan,sokongan dan bantuan yang di hulurkan.saya doakan semoga diberikan kesihatan yang lebih baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga dijauhi dari sebarang penyakit merbahaya dan sebarang musibah.amin ya rabbal alamin.


Terima kasih banyak banyak.Saya amat2 menghargai segala sokongan dari sahabat sahabat semua dan segala pertolongan.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.Terima kasih yang tiada terhingga...Moga mendapat rahmat,ganjaran serta keberkatan dari Allah Taala.amin.


Syaaban pergi tidak terasa,ingatan murni pada yang ada,bersihkan jiwa sabar berpuasa,ramdhan membawa pahala berganda..Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..



19 July 2012

Discharge

Minta discharge..terkejut doktor..Minta balik dulu..Merayu dengan doktor minta balik dulu kasihan anak anak.Kasihan aiman.Pesan doktor,jika keadaan makin teruk segera ke hopital kerana darah memang tak stabil takut collapse di rumah.Kaki masih tiada jawapan.Berbotol botol darah di ambil.Doktor hanya tunggu untuk buat Bone Marrow Biopsy dan Ogds semula..Saya memohon buat lepas raya..Tunda lagi.Takut selepas test test tu saya makin lemah.Kasihan anak anak..Kesihatan sejak balik dari hospital amat lemah..Minggu depan appointment dengan hemato untuk masuk ubat tambah darah.


Kaki makin tak boleh lurus,bengkok.Bila berpijak tak boleh..Anak anak yang memapah.Tongkat pun tak mampu di gunakan...


Puasa dah dekat,kasihan anak anak tapi mama nak ada dengan anak anak.Bagaimana makan minum nak berbuka?Sahur?Walau mereka cukup cukup ala kadar tapi mama mesti nak pastikan anak anak dulu walau mama tiada kudrat.Tak tahula kesihatan mama ni..Nak bangun pun anak anak yang tolong papah.Masih pening..Dan kini mama seperti bayi terpaksa memakai pampers...


Kaki makin tak boleh berpijak dengan tapak kaki,tak apala,alhamdulillah ujian dari Allah,insyaallah..


Benar benar nak kena kuatkan semangat..Tiada yang lebih bahagia bila menatap wajah2 tulus anak anak..Doa dari mama sentiasa mengiringi..

Kelu...




Kelu untuk berkata kata..kaki makin tak boleh nak berpijak tanpa di ketahui apa punca..Jadi bengkok..Tak boleh nak luruskan kaki untuk berpijak..Puasa dah dekat sangat..
Sebak dan sayu hati..inilah ujian..

Myelodysplastic syndrome

Doktor suspect penyakit ni..masalah darah yang kerap kurang.untuk confirm tetap kena buat Bone Marrow Biopsy..

The myelodysplastic syndromes (MDS, formerly known as preleukemia) are a diverse collection of hematological (blood-related) medical conditions that involve ineffective production (or dysplasia) of the myeloid class of blood cells.
Patients with MDS often develop severe anemia and require frequent blood transfusions. In most cases, the disease worsens and the patient developscytopenias (low blood counts) due to progressive bone marrow failure. In about one third of patients with MDS, the disease transforms into acute myelogenous leukemia (AML), usually within months to a few years.[1]
The myelodysplastic syndromes are all disorders of the stem cell in the bone marrow. In MDS, hematopoiesis (blood production) is disorderly and ineffective. The number and quality of blood-forming cells decline irreversibly, further impairing blood production.