20 March 2011

Menongkah arus tanpa batasan

Hari rabu saya ke sempadan Thai untuk mendapatkan barangan niaga,walau hanya sedikit tapi sekurang kurangnya saya masih cuba.Aiman sentiasa disamping ibarat sumber tenaga dan kekuatan untuk saya terus bertahan dan bertahan.Walaupun dengan keadaan kesihatan yang membataskan,cuba berpegang pada kekuatan semangat semata-mata walaupun pandangan kabur dan terasa berpinar.Bertahan dan cuba bertahan..Walaupun sering dianggap negatif..Biarlah, hanya saya yang berada dan mengalami serta menghadapi ujian ini.


wajah aiman yang penuh harapan,hanya pada harapan ada kekuatan,hanya pada kasih ada kesungguhan...


"teman istimewa" yang sentiasa setia menemani.....


rakan bersama anaknya sewaktu dalam perjalanan ke sempadan

Purse

RM 25
RM 25
RM25
RM25
Rm 40
RM35
RM35
Rm35
RM40
RM40
RM40

16 March 2011

Sebuah kesabaran....


Moga dapat diberikan ketabahan dan kekuatan yang luar biasa....
Menempuhi tiap rintangan
Menelan getir setiap kepayahan,keperitan, cemuhan
Walau terhiris dan beku air mata...
Masih tersimpan harapan...

09 March 2011

DIsebalik pandangan Mata

Adakah mata hakim pada setiap yang dilihat?kenapa memandang dengan sinis dan angkuh atas kesengsaraan insan lain walhal kita sepatutnya menjadikan ianya sebagai satu renungan yang boleh menguatkan kita di masa hadapan.Kini kita terlalu mudah mentafsir dan menilai serta menghukum hanya berdasarkan pada pandangan mata.Ibarat mata adalah hakim segala galanya.Kadang kadang kita lihat orang yang tak bermaya atau pun susah dengan pandangan negatif serta menilai perkara2 negatif dengan apa yang kita lihat.Sedangkan dia mempunyai sebab musabab yang tersendiri yg hanya dia sendiri mengetahuinya tanpa kita cuba menyelami akan situasi yang sebenar dihadapinya...mungkin lumrah kini dimana sesiapa jua akan beranggapan negatif.Kita terlalu mudah memandang dan menilai negatif insan-insan disekeliling kita kerana setiap apa yang insan-insan ini lalui mungkin sebagai satu renungan bersama buat insan sejagat.

Tiada suatu kebahagiaan pun yang lengkap bagi seseorang dan tiada suatu kebaikan pun yang sempurna bagi seseorang...

Usirlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allah yang bergantung padaNya segala sesuatu dan hindari serta jauhilah hawa nafsu yang melenakan.....

Sesungguhnya anda keliru bila beranggapan bahawa hidup ini harus sepenuhnya melayani keinginan anda.Sebab perkara ini tidak akan tercapai melainkan hanya di Syurga.Sedangkan,di dunia ini seluruh urusan itu bersifat tidak mutlak.Segala yang anda inginkan tidak mungkin semuanya tercapai.Anda harus menyedari bahawa di sana pasti ada bencana,sakit,musibah dan ujian yang menimpa.

Jadilah wanita yang sentiasa bersyukur ketika senang dan bersabar ketika tertimpa musibah.Jangan bermimpi hidup di alam khayalan,yang tidak ada sakit,tidak ada kemiskinan,tidak ada kesedihan,suami yang tiada cela dan tanpa aib.Perkara seperti itu tidak akan tercapai selamanya.

Oleh tu pejamkanlah pandangan anda terhadap perkara perkara negatif,kekeliruan dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain dan tunjukkanlah pandangan anda hanya pada sisi sisi positif lagi baik yang ada pada mereka.Tetaplah anda berbaik sangka,berpura pura tidak mengerti dan berpegang teguh hanya pada Allah.Jangan sampai sampai anda berpegang pada manusia,kerana sesungguhnya mereka tidak layak untuk dijadikan pegangan dan sandaran dalam menyelesaikan urusan Allah S.W.T..

Jangan biarkan ada sudut gelap dalam kehidupan anda,kerana cahaya itu sudah ada dan anda hanya perlu memicit suis untuk menyalakannya.


07 March 2011

Bersabarlah..

Apa pun yang menimpa diri kita,bersabarlah.Pepatah Jepun ada menyebut,biarlah jatuh sebanyak tujuh kali tetapi bangunlah sebanyak lapan kali.Ingatlah...jangan kita terlalu takut dengan bayangan kehidupan masa hadapan yang tidak pasti.Tetapi,bimbanglah dengan kegagalan kita memanfaatkan masa yang ada untuk membina bekalan buat hari kemudian.
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah,dan barang siapa yang beriman kepada Allah,nescaya DIA akan memberi petunjuk kepada hatinya.Dan Allah Maha Mengetahui ke atas segala sesuatu.- surah At Taghabun 11.

Bersangka baik sesama manusia....

Bersangka baik la, baru hati anda bersih, jiwa anda tenang dan muka berseri.
Bersangka baik la …..
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik… ada sangkaan buruk
…Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud dan hina
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong atau tidak suka
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka lupa diri
Orang menegur, menasihat yg benar, pun disangka buruk sangka
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah atau menarik diri
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu cergas cerdasnya
Mana tahu yang menegur, menasihat itu jujur dan ikhlas nawaitunya…

02 March 2011

Syukur PadaMu....


Mari kita hayati bersama seni kata nashid dari kumpulan raihan......

Subhanallah Alhamdulillah
Syukur pada ALLAH yang menciptakan kita

Seluas lautan
Yang tidak pernah ada tepinya
Itulah nikmat kurnia-Nya selama ini

Sesekali diri diuji
Hingga tak berdaya langkahku
Itu sebenarnya
Nikmat kasih sayang dari-Mu padaku

Di dalam hati yang keresahan
Memberi sinar penuh harapan

Di dalam hati yang kekosongan
Kau isikan kasih-Mu
Agar jadi panduan meneruskan kehidupan

Doa ikhlas silih berganti
Di hati

Subhanallah Alhamdulillah
Syukur pada ALLAH yang menciptakan kita

Terima dengan syukur
Segala pemberian-Nya
Pasti ada kemanisan yang tersembunyi

Sentiasalah bersyukur.....Kasih Sayang Allah tiada batas pada hamba2nya...

01 March 2011

BARAH USUS-terapi khusus boleh kecutkan ketumbuhan

TUBUHNYA memang tampak kurus sekali. Sekali pandang, sesiapa pun dapat mengagak dia ada masalah kesihatan. Dengan wajah sedikit pucat dan sentiasa menyarungkan baju sejuk meyakinkan lagi telahan.

Bagaimanapun, selepas diperkenalkan, terjawab segala yang bersarang pada fikiran. Ibu beranak dua dan hanya mahu dikenali sebagai Lau Yan, sebenarnya menghidap penyakit barah kolorektal yang dikesan sejak enam tahun lalu.

Lebih mengejutkan, beliau diberitahu doktor ada ketumbuhan dalam usus yang merebak ke hati.

Lau Yan adalah antara pesakit pertama di Malaysia yang menjalani rawatan terapi khusus bagi barah kolorektal dan baru diperkenalkan di negara ini. Beliau turut didiagnos menghidap barah hati dan usus peringkat 3b.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan, Lau Yan mendapat khabar gembira daripada doktor memberitahu rawatan terapi khusus berkenaan berjaya mengecutkan ketumbuhan dihidapi iaitu sebelum beliau menjalani pembedahan bagi membuangkannya sepenuhnya.

Kali pertama bertemu, terbit perasaan simpati dalam diri penulis tetapi pada masa sama turut mengagumi ketabahan dilalui wanita ini. Realitinya, derita barah kolorektal ditanggung banyak mengubah kehidupannya, tetapi tidak mematahkan semangat Lau Yan untuk terus hidup.

Walaupun pelbagai kesengsaraan dan ujian getir dihadapi, wanita itu masih mampu mengukir senyuman serta ramah bercerita pengalaman serta rawatan dilalui ketika bertemunya di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Duduk di sisi Lau Yan ialah suami yang sentiasa setia menemaninya sepanjang pertemuan itu. Melihat hubungan erat pasangan suami isteri berkenaan, berkata dalam hati betapa bertuahnya beliau kerana mempunyai suami yang penyayang dan sama-sama mengharungi kepayahan ditanggung.

“Memang saya bertuah kerana keluarga sentiasa memberi sokongan. Suami sanggup melakukan apa saja untuk saya. Begitu juga dua anak lelaki dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sentiasa memberikan kata semangat, di samping bantuan wang ringgit untuk membantu menyembuhkan penyakit saya.

“Keluarga juga selalu berpesan, mereka sedia menghulurkan bantuan jika kami kesempitan wang untuk rawatan. Semua inilah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus berjuang melawan penyakit barah kolorektal yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Bagi Lau Yan, menghidap penyakit kronik seperti barah bukan bermakna hidup akan berakhir. Harapan sentiasa ada selagi berusaha. Begitulah yang ditempuhi Lau Yan dan terpaksa menepis satu persatu dugaan dihadapi.

Beliau berkata, hatinya runtuh ketika kali pertama doktor memberitahu dirinya menghidap penyakit itu. Bermula dari situlah kehidupan keluarganya berubah. Selain berulang alik ke hospital untuk mengesahkan penyakit dihidapi dan mendapatkan rawatan, Lau Yan terpaksa menanggung pelbagai kesakitan.

Katanya, sepanjang rawatan enam tahun beliau terpaksa menjalani enam kali kimoterapi dan lebih 20 sesi radioterapi. Itu belum lagi menghitung beberapa pembedahan lain yang mesti dibuat apabila mengalami komplikasi sehingga menjejaskan dan membahayakan kesihatannya.

“Saya mula mendapat gejala penyakit ini pada 2002. Sakit perut menyerang selepas tempoh haid habis. Mulanya saya tidak kisah tetapi pada Mei 2003 saya tidak tahan lagi dan berjumpa pakar onkologi. Saya membuat ujian ultra bunyi dan mendapati tiada masalah besar yang perlu dibimbangkan.

“Bagaimanapun, sehingga Disember 2003 saya masih sakit. Sejak itulah saya mula membuat beberapa siri rawatan untuk mengetahui jenis penyakit sebenar dihadapi,” katanya yang ketika itu turut terpaksa membatalkan hasrat bercuti di luar negara bersama keluarga.

Lau Yan berkata, sudah beratus ribu ringgit duit yang habis untuk menanggung kos rawatan dan membeli ubat-ubatan. Malah, soal kewangan antara bebanan utama yang mesti difikirkan selain daripada menanggung kesakitan, diburu mimpi ngeri dan perasaan sedih setiap kali mengenangkan nasib dua anak yang masih kecil serta memerlukan perhatiannya.

Ada ketika hatinya juga berasa begitu terharu kerana memikirkan suami terpaksa menanggung bebanan kewangan besar dan mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga serta menguruskan rumah tangga.

Kedua-dua anak mereka turut menunjukkan beberapa perubahan sikap dan seolah-olah berasa tertekan dengan penderitaan dihadapi Lau Yan.

“Semua ahli keluarga bimbangkan kesihatan saya. Anak pula setiap kali saya masuk wad, mereka akan bersedih tetapi gembira jika saya berada di rumah. Suami ada beritahu, setiap kali saya dimasukkan ke wad, anak bongsu kami akan berdoa setiap hari.

“Melihat pengorbanan suami dan anak itulah membuatkan saya berazam untuk terus berjuang dengan penyakit dihadapi dan lakukan satu persatu apa yang perlu dibuat. Selalu berfikiran positif secara tidak langsung memberi kekuatan kepada saya,” katanya turut memberitahu berat badannya kini bertambah sedikit berbanding beberapa tahun lalu.

Lau Yan turut mengakui, penyakit yang dihadapi turut ada hikmah di sebaliknya. Paling nyata ialah hubungan lebih erat dan kasih sayang yang terbina dalam ikatan keluarganya malah, masing-masing saling menghargai antara satu sama lain. Selain itu, kedua-dua anaknya kini lebih berdikari dan boleh diharapkan untuk membantunya membuat kerja di rumah.

Katanya, walaupun belum ada jaminan beliau bebas sepenuhnya daripada barah kolorektal, hatinya puas dan gembira dapat berada di sisi keluarga hingga ke hari ini.

Barah kolorektal (Barah Usus)

Barah kolorektal adalah istilah merujuk kepada barah yang bermula dalam usus atau rektum (bahagian akhir usus besar yang menyimpan bahan buangan sebelum ia dibuang sebagai najis).

Barah kolorektal, barah ketiga biasa di dunia dan menyebabkan kematian utama selepas barah paru-paru dan payudara.

Dianggarkan, kira-kira 3,500 kes baru setiap tahun di negara ini. Dianggarkan juga lebih 50 peratus pesakit yang didiagnos barah kolorektal akan mati akibat penyakit ini dan ia adalah barah paling biasa di negara membangun.

Simptom

Berak berdarah

Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis)

Perut berasa memulas.

Berasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu)

Perut berasa tidak selesa (kembung atau senak)

Muntah dan hilang selera makan

Tanpa alasan tertentu sentiasa berasa penat.

Pada keadaan serius, pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar.