26 August 2011

Beberapa kes demam denggi di area kubang kerian

Ketika insan2 lain sedang membuat persiapan raya,berapa ramai yang sedang mengharungi dugaan2....Cukuplah dikurniakan kesihatan dan kesempatan untuk menikmatinya.Dalam beberapa hari lepas,aiman demam yang agak tinggi.Bila bawa ke klinik kesihatan,doktor ambil darah untuk buat full blood count untuk check platlet.Nak check sama ada demam tinggi atau tidak.Result darah tak berapa elok.Platlet ok tapi hemoglobin rendah.Apa yang mengejutkan aiman juga mengalami anemia,kekurangan darah merah.Terkedu sekejap,apa punca pula anemia?Adakah akibat pendarahan di kepala tempoh hari?Berbagai persolan yang merisaukan.Moga dijauhkan dari penyakit yang merbahaya.Risau dan memohon agar anak2 dijauhkan dari penyakit2.Berikanlah kekuatan yang luar biasa untuk menghadpi segala ujian dan dugaan...

Sekarang ni kat area rumah ada 5 kes demam denggi.Minta jauhlah.Kalau anak2 sakit,risau sangat.Kalau diri sendiri sihat lainlah,apa apa pun segala ketentuan hanya Allah yang tahu..

Risiko Penerimaan darah...

Adakah risiko blood transfusion? Nauzubillah,moga tiada kesan sampingan dari penerimaan darah.

Darah kemungkinan tercemar dengan kuman/virus lain

Walaupun dipastikan darah yang dipindah itu selamat digunakan, namun ujud kemungkinan darah tersebut dicemari dengan kuman/virus lain yang tidak dikenali yang boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada pesakit yang menerima darah tersebut. Ini kerana pihak hospital lebih memberi keutamaan bagi ujian-ujian mengenalpasti virus yang membahayakan iaitu Virus HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan Siflis.

Oleh itu penderma yang baru dijangkiti kuman/virus sesuatu penyakit dan menderma darah ketika waktu window period, ujian darahnya kemungkinan besar menghasilkan keputusan negatif (kehadiran kuman/virus gagal dikesan).

Dalam keadaan tersebut, walaupun ujian darah menunjukkan darah yang didermakan itu bebas dari jangkitan kuman/virus, risiko penderma tersebut merebakkan kuman/virus kepada penerima melalui pemindahan darah wujud.

http://www.emocutez.comDarah yang dipindahkan tidak sesuai dengan sistem daya tahan badan penerima

Kadang-kadang darah yang dipindahkan boleh menyebabkan penerimanya mengalami kesan sampingan walaupun ujian keserasian menunjukkan darah penderma dan darah penerima adalah serasi. Ini kerana Sistem Daya Tahan Badan (immune system) penerima tidak dapat menerima darah tersebut dan dengan itu mengakibatkan kesan sampingan selepas pemindahan darah

18 August 2011

Kisah di sebalik tuntutan wang ihsan kecemerlangan Upsr

Ingin saya kongsikan di sini satu kisah.Saya ke pejabat UMNo bahagian yang tertentu kerana menuntut wang ihsan kecemerlangan pelajar UPSR anak saya yang tergendala,apa yg menyedihkan,saya tidak mendapat layanan yang sepatutnya.Wang ihsan ini di agihkan di dewan di Sekolah dalam daerah Kelantan.Oleh kerana fator kesihatan yang amat tidak mengizinkan,saya tidak dapat menunggu lama di sekolah tersebut.Saya memohon agar dapat mengambil wang ihsan tersebut di pejabat adun tersebut.

Wajarkah atas apa yg disuarakan bahawa rakyat harus terbela..mungkinkah suara rakyat ini hanya kedengaran bila pilihanraya makin hampir.Walaupun nisbah RM100 tidak seberapa bagi segelintir org namun bagi insan yg diraikan,ianya adalah satu suntikan semangat untuk lebih berdaya maju di masa akan datang.

Tidak seharusnya bagi badan ini yg katanya bekerja demi rakyat memberikan layanan atau tindak balas yg agak sukar diterima..kadang-kala terdetik juga bahawa mungkin mereka-mereka ini tidak memahami situasi rakyat2 sebegini dan mungkin mereka ini tidak akan sesekali memikirkan situasi rakyat yang harus di titik beratkan.

Dengan hanya rm 100 saya di beri layanan yang tidak memuaskan hati,di berikan pelbagai alasan,dan tidak mengambil berat langsung seolah2 wang Rm 100 ringgit sebagai hadiah pelajar cemerlang lebih bernilai pada undi yang mereka tuntut.Adakah pemimpin hanya pandai bersuara tapi tidak merealisasikan apa yang dinyatakan.Walaupun Rm 100 itu tidak sebesar mana untuk masa kini namun bagi seseorang kanak2 yang di raikan amat bermakna.Kadang2 nilai yang kecil pada sesetengah insan tapi ia amat besar dan bernilai di mata insan lain.Pemimpin bersikap wajarlah pada rakyat dan bertindak adil.Dengarlah aduan dan bertindak saksama.Jangan hanya bersandiwara di hadapan tapi bila bersemuka melarikan diri dengan pelbagai alasan.Janganlah kerana jawatan yang di sandang ibarat menongkah langit,tidak selamanya mampu bertahan di atas.Pusingan dan perjalanan hidup tiada siapa tahu ketentuan di masa akan datang.Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.

Nasihat doktor

Alhamdulillah,dapat keluar wad tadi.Walaupun kesihatan yang masih lemah tapi kena kuatkan diri.Terdengar2 lagi kata doktor,kenapa awak tak fikirkan diri awak sendiri?Kenapa dan sampai bila awak nak tunda untuk test2 ni?Kalau saya,atau awak ni ahli keluarga saya,saya akan paksa awak untuk bersetuju menjalani bone marrow biopsy dan test2 lain."kata pakar perubatan tadi.Dalam hati ni berkata,kalau doktor duk tempat saya mungkinkah doktor akan buat perkara yang sama?Dah banyak kali saya menjalani test2 cuma bone marrow biopsy saja belum lagi.Yang lain repeat test untuk tengok yang terkini.

Doktor,saya risaukan anak2 saya,dan segala kemungkinan ke atas diri saya.Saya takut saya makin lemah,saya perlu kuat walaupun saya sakit tapi sekurang2nya walau saya begini,walau kesihatan saya teruk tapi saya masih mampu bergerak walau terbatas.Maksud saya,saya takut dan risau jika saya makin lemah,saya kena kuat untuk anak2 saya.Saya perlu kuat,nasib anak2 saya bergantung harap pada saya.Saya ingin nasib anak2 terbela satu hari nanti.Amat perit kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Sekarang ni semua nak kena guna duit.Walau nak minta pertolongan tenaga orang pun nak kena hulur duit.Saya tidak mengeluh tapi saya perlu berusaha.

Benar kata doktor sampai bila saya begini,selagi punca penyakit saya belum di ketahui,berbagai kemungkinan juga boleh terjadi.Kata doktor,awak dah macam drakula,masuk darah,kejap dalam beberapa hari,darah dah tak ada.Punca anemia belum di ketahui.Dalam hati penuh persoalan,kerisauan,ketakutan tapi saya perlu gagah.Saya masih tidak mampu untuk fokus pada rawatan diri.Hanya cuba bertahan.Bila rasa teruk sangat barulah ke hospital..Namun saya yakin dan redha pada ujian Allah dan amat2 yakin yg Allah itu dekat dan Maha Mengasihani.

Aktiviti Aiman ketika menemani di hospital

Masa ni kat wad kecemasan Husm

Sempat pula nak susun colour kat sini

Tekun mewarna buku
Masa ni dah bosan sangat...sabarlah sekejap.Doakan mama sihat ya..

17 August 2011

17 ramadhan,17 ogos

Hari ni genap 17 hari umat islam berpuasa,hari ni juga adalah hari nuzul al-quran.Pada hari ini juga ialah hari lahir saya dan hari ini juga saya telah di masukkan ke wad dari petang semalam kerana tranfuse darah namun masih cuba berkongsi hari-hari yg masih ada.Cuba bertahan dari di masukkan darah lagi tapi hemoglobin makin kurang.Semoga di bulan rahmat ini beroleh semangat, dan keberkatan agar lebih tabah dalam menempuh ujian dan rintangan kehidupan.

"mama darah dah nak habis,kejap lagi boleh balik"keluh aiman... seronok dia tengok bila dah hampir selesai transfuse.Lepas tu,nurse sambung masukkan drip pula,dia duk perhatikan je air drip tu,mama nanti habis air boleh balik.Kesian setiap kali melihat reaksi anak2,apa yang aiman faham atas apa yang sedang di lalui oleh ibunya..






14 August 2011

Sayangilah isteri anda

Penderitaan seorang isteri yang menghidap penyakit kronik,bila diperhatikan ramai yang mengalami nasib yang sama.Bila ditimpa dugaan yang amat hebat,si suami mula menjauhkan diri serta mula menarik diri.Bukankah susah dan senang bersama.Bila ditimpa musibah dihina,di maki cerca.Bukankah ini ujian dari Allah Taala.Tugas seorang suami bukankah melindungi seorang isteri?Manakah lagi tempat untuk isteri bergantung nasib?Bila senang isteri dapat membantu sama tetapi bila isteri dah tiada nilainya dipandang sepi,amarah sahaja yang dapat.Kuat manakah isteri untuk bertahan dengan sikap suami yang sebegini dalam mengharungi ujian Allah yang lain?

Bukankah sakit itu penghapus dosa,tugas suami juga membimbing seorang isteri agar ditetapkan iman,diberikan kesabaran.Ya Allah,hanya Allah sahaja Yang Maha Mengasihani ke atas segalaNya.Suami tidak lagi tempat untuk bergantung nasib.Ya Allah berilah petunjuk,cahaya dan hidayah pada suami yang mempunyai sikap2 begini.Tidakkah suami yang begini terfikir yang suatu hari nanti juga tidak mustahil jika diuji dengan nasib yang sama.Tiada siapa yang dapat mengelak dari ujian Allah.Jangan takbur dan bongkak di atas dunia yang sementara.

Sayangilah isteri2 anda,janganlah bila mereka ditmpa miusibah atau ujian dari Allah,mereka dicemuh,dihina..Bantulah mereka kerana Allah Taala.

Sayangi Kaum Hawa... Sayangi isteri Anda...

Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja
dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.
a untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja
bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa
suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis
ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia
tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah
lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak
derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia
dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada
kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat
dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di
sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha
illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa
ilaaha
illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini
kepada rakan-rakan anda. Bayangkan betapa
besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit
ini.



13 August 2011

Luka di kepala


Masa ni darah dah berhenti mengalir laju nampak kecil tapi dalam.Apa2 luka di kepala memang boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak.

Aiman oh aiman,jangan buat mama risau lagi..Hanya anak2 kekuatan diri.Peristiwa yang agak mengejutkan juga.Aiman bermain di atas kerusi malas tiba2 jatuh terhantuk kerusi batu yang tajam,terdiam sejenap.Bila tengok di kepala pendarahan yang banyak.Mengalir macam air paip.Hati ni dah tak tahu nak cakap apa.Badan dahlah tak bermaya,tapi kekuatan tu datang tiba2,aiman terus didukung dengan dibantu kakak angkat.Sejak aiman berumur 2 tahun lebih saya memang dah tak mampu dukung aiman.

Secepat mungkin bawa aiman ke klinik berdekatan tapi dah tutup.Ketika tu jam dah hampir 11 malam.Tangan tak berhenti pekup darah yang mengalir.Nasib baik darah berhenti mengalir tapi nampak aiman pucat dan lembik.Mungkin terkejut dengan darah dan sakit.Oleh kerana klinik dah tutup terus bawa ke hospital Husm.Tapi sedihnya menunggu hampir 2 jam kerana banyak kes2 yang amat mengerikan dan menakutkan.Bermacam dugaan yang dapat dilihat di jabatan kecemasan di bulan puasa.

Akibat terlalu lama menunggu tanpa dijenguk oleh doktor yang bertugas,ada seorang ibu yang membawa anaknya yang teruk luka di bahagian muka akibat kemalangan ke Hospital Pakar Perdana.Tak tahan dan tak sanggup melihat anak menahan dan mengerang kesakitan.Pada yang mampu bolehlah bertindak demikian.Pada yang tak mampu hanya dapat menahan tangis dalam hati.Ibu mana yang sanggup melihat anak2 dalam kesakitan.

Pening dan badan makin terhuyung hayang,tapi apakan daya bila anak pula sedang menahan kesakitan.Cuba bertahan dan kuatkan semangat.Luka aiman agak dalam walau nampak kecil tapi nasib baik tak jahit.Cuma doktor meletakkan cecair pelekat untuk menutup luka.Aiman tertidur dalam ketakutan sambil menahan sakit.Moga Aiman tabah dan kuat,jadikan setiap peristiwa satu pengajaran.Pada yang mampu jangan lupa dapatkan insurans perlindungan diri untuk anak2.Malang tidak berbau.

Dugaan datang tiba2,sentiasa menguji diri,moga dapat bertahan dan mampu menghadapinya dengan penuh sabar.Anak2 jagalah dengan penuh kesabaran dan sayangilah mereka.Jangan buang mereka atau jauhkan diri dari anak2.Mereka adalah zuriat yang dikurniakan sebagai amanah dari Allah Taala yang akan menjadi saham kita di akhirat kelak..




10 August 2011

Wanita...akal senipis rambutnya???

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Ujian itu rahsia Allah S.W.T

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


05 August 2011

Senang belum tentu bermaksud Allah syg. Susah bukan pula bermaksud Allah benci. Adakala Allah berikan kita kesenangan utk menduga kita sehingga lupa beribadah kpd-Nya. Kadang2 Allah berikan kita kesusahan utk meningkatkan lagi martabat kita di sisi-Nya. Susah senang bukan ukuran kasih syg-Nya. Yang dihitung ialah sejauh mana kita bersyukur & redho dgn setiap kurniaan-Nya.

Bila Allah menduga kita

Hidup ini umpama lembah dan bukit yang terhampar di hadapan kita, jalan yang naik dan turun. Hidup tidak pernah terlalu sempurna sehingga kita selalu berada di atas, tidak pernah terlalu sempurna sehingga menawarkan jalan yang rata tanpa lubang sama sekali. Namun, hidup juga tidak pernah terlalu buruk sehingga menenggelamkan seseorang terus menerus di dasar jurang kehidupan.

Dalam hidup, kita tidak boleh lari daripada takdir. Setiap perkara yang berlaku adalah ketentuanNya dan setiap yang berlaku itu juga adalah untuk kebaikan diri kita sendiri.

Sebuah kisah yang di petik daripada buku Bila Allah Menduga Kita.

Seorang anak sedang bermain di atas lantai sambil melihat ibunya yang sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil menyulam. Dari bawah si anak itu melihat sangat hodoh hasil sulaman si ibu. Apa yang dia lihat hanyalah sulaman benang yang tidak mencorakkan apa-apa melainkan hanyalah benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat. Si ibu lalu memanggil anaknya untuk bangun dan melihat sulamannya dari atas. Apabila dilihat dari atas, barulah si anak nampak betapa cantik dan indahnya sulaman si ibu. Ianya memang sangat-sangat berbeza dengan apa yang dilihat dari bawah.

Begitulah perumpamaan ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, kita berasa sedih dan marah. Kita berasa tidak gembira dengan ujian dan dugaan yang diberikan Allah kepada kita. Tetapi dari 'atas', Allah melihatnya sebagai satu kebaikan untuk diri kita. Mungkin ujian itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil agar kita terlepas daripada seksaan api neraka. Mungkin juga ujian yang diturunkan itu adalah untuk menguatkan lagi keimanan kita kepadaNya. Hanya kita sahaja yang tidak sedar dan memahaminya.

03 August 2011

Satu Kisah Iktibar Untuk Semua Ibu dan Bapa


Mari kita renungkan bersama...

Subhanallah...Sanggupnya seorang ibu....Anak2 adalah anugerah dan amanah dari Allah Taala..Permata hati pada ibu dan bapa...Mereka tetap istimewa kerana lahir dari rahim seorang ibu...

Sebuah kisah dari Ireland Utara yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Harus menjadi iktibar semua insan bergelar ibu dan ayah.

SAYA IBU TERJAHAT DI DUNIA INI

Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini…, sebelum ajal menjemput ku…

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu.

Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah…

Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Eric dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya

Hinggalah le satu malam… Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak…

Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali… Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata, “Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!”

Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, “Tunggu…, saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?”

“Nama saya Eric, makcik.”

“Eric…? Eric… Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???”

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati…, mati…, mati…

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya Eric, mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!…

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,

“Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?”

“Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu,” Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak…

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.

Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Eric.. Eric… Di manakah engkau?

Saya meninggalkan Eric di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu… Gelap sekali… Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul… Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric setiap hari…

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu… Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali.

Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

“Heii…! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!”

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, “Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?”

Ia menjawab, “Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus menunggu ibunya dan memanggil, ‘Mama…, mama!’ Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu…”

Saya pun membaca tulisan di kertas itu…

“Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi…? Mama marah pada Eric, ya? Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Eric. Bye, mama…”

Saya menjerit histeria membaca surat itu. “Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap…!!!”

Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

“Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Eric sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana… Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini… Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!”

Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com

01 August 2011

Serunding ikan


Betapa gigihnya makcik ni,salah seorang pembekal dan pemborong di pasar Siti Khadijah Kota Bharu,Kelantan.Rumah makcik ni amat berdekatan dengan rumah saya.Mini popia yang berintikan serunding ikan ni memang sedap.Rm 25 sekilo...Alangkah indah dan nikmatnya memiliki nikmat kesihatan,berbagai2 hasil boleh diusahakan dengan kudrat sendiri seperti makcik ni.Apa2 pun segalanya ketentuan Illahi..Bersyukurlah walau dapat melihat kerana ianya juga adalah satu nikmat dan anugerah dari Allah Taala.Hidup jangan pernah mengalah..Moga diberi kekuatan,kesempatan untuk berusaha membesarkan anak2 dengan titik peluh sendiri.




"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".amin ya rabbal alamin.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak