31 January 2011

Kenapa perlu cemuh?

Hari ni berlaku satu situasi yang amat mendukacitakan dan persoalan kenapa masih bermain2 dalam fikiran ni..Saya rasa amat tak bermaya mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar Husm.Tetapi situasi yang berlaku amat memeranjatkan dan mendukacitakan.Bila saya cuba meluah apa yang saya rasa dan kesakitan yang saya alami ibarat satu bebanan dan tekanan pada Doktor yang bertugas.Salah ke saya mendapatkan rawatan yang saya pasti sememangnya hak saya.Kenapa doktor sendiri seperti acuh tak acuh dan cemuh dalam memberikan perkhidmatannya kepada saya?Kenapa perlu angin je?Nak marah2 je.Sedangkan apa yang saya tanggung dan hadapi adalah merupakan satu tanggungjawab bagi dirinya..

Sabar,bertahan..setiap kali apa yang menimpa,saya hanya berbisik pada diri sendiri sabar dan bertahan semampu mungkin..Apa pun apa pandangan orang pada diri saya,biarlah apa sekali pun kata2 orang,biarlah apa sekali pun sinisnya orang,saya berpijak di bumi nyata.Bernafas dalam kehidupan seharian,meniti hari demi hari dan saya yakin Allah Mengetahui apa yang terbaik dan mendengar setiap rintihan hamba2Nya.


Innallah hama'ana

Di mana Had kesabaran?

Ini merupakan satu pertanyaan yang sering muncul ketika manusia sedang membicarakan tentang kesabaran.Saya sudah bersabar,tapi bukankah kesabaran itu ada hadnya?Di mana sebenarnya had kesabaran itu?Tentu saja kesabaran itu ada hadnya dan had kesabaran adalah kemampuan seseorang dalam menanggung suatu beban dugaan dan kesusahan .Oleh kerana daya tahan dan kemampuan setiap orang berbeza antara satu sama lain,maka had kesabaran setiap manusia juga berbeza-beza.Akan tetapi,Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kemampuan yang dimilikinya.Allah tidak akan menimpakan sesuatu yang melampaui kemampuan seseorang dalam menanggungnya.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."(al-Baqarah:286)

Oleh kerana itu,sudah tentu kesukaran yang dihadapi setiap orang tidak akan pernah melampaui had kemampuannya untuk bersabar.Dengan demikian,kita tidak perlu berasa khuatir akan adanya suatu dugaan yang menimpa dalam hidup kita yang begitu besar sehingga kita tidak mampu bersabar terhadapnya.

Semua dugaan dan kesukaran yang kita hadapi insyaAllah masih berada dalam had kemampuan kita untuk bersabar.Kerana itu,jangan pernah hilang keyakinan dan jangan pernah cepat berputus asa di saat kesusahan datang.Yakinlah,bahawa kita mampu menghadapinya dan percayalah bahawa kita mampu bersabar terhadap semua beban yang kita hadapi itu.

30 January 2011

Hargailah kehidupan

Hargailah kehidupan yang masih ada,bersyukurlah atas segala nikmat yang masih dimiliki..Walaupun betapa susah atau deritanya,bersabarlah kerana kita insan2 yang terpilih..Setiap kepayahan dan kesulitan yang dilalui banyak memberikan kesedaran dan keinsafan.Jangan mudah mengeluh kerana terlalu ramai lagi yang lebih derita..Kita masih memiliki banyak nikmat....Bersyukurlah...


Hasad dan Dengki

"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)

Betapa indahnya hidup yang Allah swt anugerahkan buat hamba-hambaNya yang beriman kerana tidak ada satu gerakan hati dan fizikal pun yang berakhir dengan sia-sia. Semuanya bermakna.

Sungguh rugi mereka yang tidak mampu memahami indahnya hidup dalam persaudaraan iman.

1. Ada kebencian dalam hati.

2. Ada permusuhan dalam diri.

3. Ada dengki yang tiba-tiba mendominasi.

Ada Pembangkangan Di Sebalik Dengki

Jika diteliti sekilas lalu, dengki menunjukkan wujudnya ketidakberesan antara seseorang dengan orang-orang tertentu.


Kesan itu sedemikian kuatnya terutama dari para pelaku dengki bahkan mungkin ia pun tidak sedar kalau dirinya sedang dengki. Padahal, dengki bukan hanya urusan antara manusia melainkan juga dengan Allah swt.

Inilah yang tidak disedari oleh para pendengki. Tanpa sedar, orang yang dengki sebenarnya sedang menafikan sebuah kebijaksanaan Yang Maha Bijaksana. Ia tidak puas dengan turunnya nikmat Allah kepada orang tertentu. Seolah-olah ia ingin mengajukan protes kepada Allah swt.,

"Kenapa mesti dia yang dapat nikmat, bukan saya!"

Rasulullah saw menggambarkan perkara ini dalam sebuah hadits :

"Sesungguhnya pada nikmat Allah Ta'ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya, "Siapakah musuh-musuh itu, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Mereka ialah orang-orang yang dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah."

Jadi, seorang yang sedang dengki sebenarnya bukan sekadar melakukan kesalahan terhadap rakan, saudara atau sesiapa pun yang ia kenali.
Ketika dengki itu mulai berkobar, ia sebenarnya sedang melakukan pembangkangan terhadap kebijaksanaan Allah swt.

Ada Kerisauan Yang Tidak Putus Bersama Dengki

Salah satu kunci bahagianya sebuah kehidupan adalah lahirnya ketenangan dalam hati. Ketenangan inilah yang menjadikan aliran darah normal. Jantung tidak berdenyut secara mendadak. Dari situ, fikiran terasa segar, fizikal tidak lagi sibuk melawan bermacam penyakit.

Inilah di antara ciri khas peribadi seorang mukmin, "(Iaitu) Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (QS Ar-Ra'd : 28)

Namun, ketika dengki menyelinap ke dalam hati, suasana menjadi lain. Ada hembusan panas yang tiba-tiba mengepung hati.

Seorang ulama hadits, Abu Laits pernah mengatakan,

"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada dengki. Seorang pendengki akan terkena empat bencana sebelum dengkinya berhasil, iaitu

1. Risau hati yang tidak putus-putus

2. Musibah yang tidak berpahala

3. Tercela yang tidak baik

4. Murka Allah swt

Seorang hamba Allah sebenarnya sudah teramat sibuk dengan urusan peribadinya mahupun urusan keimanan, kesihatan, pendidikan, ekonomi, dakwah, keluarga dan umat. Semua urusan itu silih berganti mengambil perhatian dan kesibukannya.

Bayangkan, jika urusan peribadi itu ditambah dengan dengki. Terlebih pula jika dengki yang lahir bukan pada satu orang tapi pada beberapa orang. Tentu akan ada beban yang teramat berat buat fikiran dan emosi pendengki dan beban itu akan menumpukkan kegelisahan yang tidak pernah habis.

Ada Kesia-siaan Setelah Dengki

Setiap hamba Allah menginginkan semua amalnya bernilai tinggi. Ada tabungan pahala untuk hari pembalasan namun tidak semua hamba Allah menyedari jika suatu ketika amalnya berkurangan secara drastik dengan satu sebab dan sebab itu adalah kesibukan dengki yang tidak pernah selesai. Rasulullah saw mengingatkan perkara ini seperti yang tercatat pada hadits di permulaan tadi.

Ada kesia-siaan yang diperolehi oleh para pendengki. Tanpa sedar, amalnya terus berkurang dan berkurang berkadaran dengan kedengkiannya. Pengorbanannya di jalan dakwah menjadi tidak bererti. Susah payah ibadahnya menjadi tidak berpahala, Nau'dzubillahi Min Dzaalik.

Ada Hawa Permusuhan Dalam Dengki

Ada ciri khusus seorang mukmin dalam interaksinya dengan sesama mukmin. Itulah yang digambarkan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadits.

Beliau saw bersabda, "Tidak beriman seorang dari kamu sehingga dia mencintai segala sesuatu bagi saudaranya yang dia cintai bagi dirinya." (HR Al-Bukhari)

Kadang-kadang, ciri tersebut hilang bersamaan dengan munculnya dengki. Ia tidak lagi sedar bahwa seorang mukmin mempunyai ciri cinta. Lebih menyedihkan lagi bahwa ia tidak lagi berhak menyandang posisi istimewa sebagai orang yang beriman.

Dengki bukan hanya melepas jalinan cinta antara sesama mukmin. Lebih dari itu, dengki memunculkan hawa permusuhan.

Ada jarak batin ketika dua hamba Allah yang dijangkiti dengki itu bertemu. Tatapan antara keduanya menjadi sebuah kecurigaan dan senyum menjadi sesuatu yang hambar.

Bahkan, panasnya permusuhan begitu terasa hanya kerana nama orang yang didengki tersebut disebut orang. Lebih-lebih lagi ketika penyebutan berkenaan dengan keistimewaan atau kemuliaan orang itu di mana dengki itu terus memainkan peranan menggiring hati dan fikiran secara optimum bagi mengolah reaksi terhadapnya.

Ketika itu, tidak ada setitik kebaikan pun terlihat dari kacamata dengki. Semuanya buruk.

Imam Ibnu Sirin pernah berkata :

"Aku tidak dengki dengan seseorang ke atas sesuatu yang berkaitan dengan dunia, kerana jika dia di kalangan ahli Syurga maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia dan dia sedang menuju ke Syurga. Jika dia di kalangan ahli Neraka maka bagaimana aku dengki terhadapnya sedangkan ianya berkaitan dengan urusan dunia lantas dia sedang melalui jalan ke Neraka. Iblis telah berkata kepada Nuh as, `janganlah kamu sesekali berdengki, sesungguhnya ianya telah menjadikan aku seperti sekarang ini.'"

Alangkah indahnya hidup tanpa dengki. Siang memberi kekuatan fizikal untuk giat berkarya manakala malam pula mententeramkan hati untuk lelap beristirehat.

Sungguh indah nasihat Rasulullah saw buat generasi penerus :

"Janganlah kamu saling mendengki, saling memfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling mengikat transaksi orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula memperlecehkannya. Taqwa tempatnya adalah di sini –seraya Nabi saw menunjuk ke dadanya tiga kali." (HR Muslim)

Fitnah dalam hadis di atas merupakan salah satu cara yang digunakan oleh para pendengki dan ia menyerupai sihir kerana ianya mampu menceraikan rasa cinta di antara dua orang sahabat dan mengubahnya menjadi permusuhan dengan cara yang sangat halus dan menipu.

Fitnah mampu merosakkan jati diri orang-orang yang jujur seperti kegelapan malam yang boleh menyesatkan orang yang tengah berjalan di kegelapan itu.

Tidak mudah bagi seseorang untuk berhati-hati agar tidak terkena fitnah apabila ia disebarkan kerana seringkali ucapan dari para penyebar fitnah kelihatan benar sehingga amat sukar untuk didustakan.

Oleh itu kita memerlukan kekuatan yang lebih besar dari kekuatan diri kita sendiri iaitu kekuatan Allah swt. Sayugianya kita memohon perlindungan dari Allah swt dari bahaya dengki dan para pendengki sebagaimana yang diajar oleh Allah dalam ayat berikut :

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki." (QS Al Falaq : 5)

1. Siapakah berani menikam orang yang meminta perlindungan kepada Allah swt?

2. Siapakah berani menghiris jiwa orang yang memohon penjagaan Allah swt?

3. Siapakah berani menuang racun ke dalam minuman seorang hamba yang dekat dan rapat dengan Tuhannya?

4. Siapakah yang berani sedangkan Allah swt bersama kita?

Begitulah kekuatan surah Al-Falaq yang menggambarkan kekuatan Allah swt, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita lakukan sebagai mujahadah terhadap dengki :

1. Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, maka kita ucapkan selamat kepadanya dan sebaliknya apabila dia tertimpa kesusahan maka kita menumpang sedih juga atas apa yang menimpanya serta menghiburkannya.

2. Sanjung, sebut dan pujilah kebaikan serta keistimewaan orang yang kita dengki di belakang dia dan kalau ada keburukannya kita rahsiakan. Doakan kebaikan untuknya.

3. Sering-seringlah bersilaturahim serta memberi hadiah kepada orang yang kita dengki tersebut.

4. Kalau ada orang yang berusaha menjatuhkan orang yang kita dengki itu, berusahalah untuk membelanya. Jangan melayani syaitan yang hendak merosakkan mujahadah kita dengan mendorong kita untuk ikut mengumpatnya.

5. Berdoa kepada Allah agar dimudahkan usaha untuk membuang penyakit dengki yang ada dalam diri kita.

Ya Allah, kami memohon perlindunganMu dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki. Cabutkanlah dari dalam hati kami hembusan panas dan hawa permusuhan yang diakibatkan oleh rasa irihati dan dengki kerana sesungguhnya ianya berasal dari hembusan syaitan. Selamatkanlah hamba-hambaMu yang ikhlas dan jujur dari kejahatan dengki serta teguhkanlah iman dan kesabaran kami dalam menghadapi mehnah dan fitnah hasil dari kedengkian manusia.

Ameen Ya Rabbal Alameen

29 January 2011

Sihir,Pukau Dan Santau

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.

2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).

Sebab-sebab:

  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.

Kesan-kesannya:

  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:

  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.

4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:

  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.

5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:

  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.

6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:

  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:

  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:

  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:

  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

Peminta sedekah hina ke mereka?

Ada satu peristiwa yang bagi saya menyayat hati,ketika tu nak ke Husm.Seorang Makcik tua mendukung cucu yang masih kecil dan membawa beberapa cucu bersama masuk ke dalam kedai makan.Kedai makan ni berhadapan dengan Hospital USM.Makcik ni cuba meminta bantuan dari beberapa orang yang sedang makan dalam kedai tu.Tapi tiada seorang pun yang sanggup membantu atau menghulurkan sedikit bantuan.Memandang pun mereka tak sanggup.Bagi mereka makcik ni tak lebih hanya meminta sedekah.

Benar,meminta2.Kalau tak kesian kat makcik tu,kesianla pada budak2 yang masih kecil..Salah ke kalau menghulurkan seringgit dua.Luak ke duit tu,kalau kita ikhlas,bukankah akan bertambah nanti?Bila lihat raut wajah makcik tu,memang nampak macam perit sangat.Cuba renung dan duduk tempat makcik tu,kalau ada pilihan lain nak ke makcik tu meminta sedekah,tak malu ke dia?Tak semuanya sindiket ..Ada yang benar2 susah..Susah sangat ke untuk menyelami penderitaan insan lain?Kalau tak dapat membantu wang ringgit,tak dapat ke membantu dengan memberi makanan ke,seteguk air ke pada budak2 tu?

Ramai yang buat tak tahu,bila nampak peminta sedekah..Renunglah wajah mereka,tak semuanya sindiket atau sengaja mencari jalan senang...Macam makcik ni,mungkin beliau tiada jalan lain.Saya memandang dari situ..Cukup kecewa..Benar setiap orang ada pendapat masing2 cuma bagi saya salah ke cuba menyelami??

Penyakit umat

Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Set tilam baby Rm 85


Terdapat berbagai colour

Set Bakul Baby Rm180...

Set bakul baby,setiap set didatangkan dengan 3 bakul dan 1 set tilam...Ada satu bakul besar beroda,1 bakul bertangkai,1 bakul kecil.Terdapat berbagai dalam pelbagai pilihan warna yang menarik khusus untuk si comel...





27 January 2011

Jangan bersedih Kerana rahmat Allah melimpah

Firman Allah S.W.T di dalam surah Yusuf,ayat Yusuf 87:

.....sesungguhnya tiada putus asa dari rahmat Allah kecuali orang kafir..
Sehingga apabila para Rasul tidak mempunyai harapan lagi ( tentang keimanan mereka ) dan menyakini bahawa mereka telah didustakan,datanglah kepada para Rasul itu pertolongan kami...(Yusof:110)
....maka Kami telah memperkenankan doanya dan dari kedukaan.Dan demikianlah Kami selamatkan orang yang beriman (Al Anbiya:88)
....dan Kamu menyangka kepada Allah dengan bermacam-macam prasangka.Disitulah diuji orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat dasyat.(Al-Ahzab 10-11)

26 January 2011

Adakala tubuh menjadi sihat dengan datangnya penyakit baru

Seorang ahli otobiologi menyebutkan bahawa pernah ada seorang lelaki menderita lumpuh yang membuat dirinya terpasung di dalam rumahnya.Sakitnya itu sudah berlangsung sekian tahun,hingga membuatnya putus asa.Para doktor sudah menyatakan tidak mampu untuk mengubatnya.Mereka menyampaikan berita itu pada keluarga dan anak anaknya.

Pada suatu hari ada seekor kala jengking jatuh dari atap rumahnya tepat di atas tubuhnya dan dia tidak mampu mengusirnya kerana memang tidak boleh bergerak dari tempat duduknya.Kala Jengking itu hinggap ke atas kepalanya dan menyengatnya beberapa kali.Setelah itu secara mengejut,badannya dapat digerakkan mulai dari telapak kai hingga kepala.Darah mula mengalir ke dalam semua organ tubuh dan kesembuhan menjalar ke seluruh jasad.Orang itu pulih dan sihat kembali.Dia berdiri di atas kedua belah kakinya,berjalan jalan di dalam bilik tidurnya,membuka pintu dan menghampiri keluarga serta anak2nya.Pada saat dia berdiri mereka tidak percaya melihat apa yang terjadi.Mereka terkejut bukan kepalang.Dan kepada mereka,dia menceritakan apa yang telah terjadi.

Maha Suci Allah yang telah memberikan kesembuhan kepada orang itu melalui cara seperti ini.

Diceritakan perkara ini kepada salah seorang doktor,maka dia mempercayai berita tersebut dan dia menyebutkan bahawa pada kala jengking memang terdapat racun,jika toksidnya dikeluarkan secara kimia,maka serum itu boleh menjadi ubat untuk orang yang menderita lumpuh.

Maha Mulia Zat Yang Maha Baik itu,Yang tidak menurunkan satu penyakit pun kecuali Dia juga yang juga menurunkan penawarnya.

Bernilainya Kasih Sayang

Ada kisah yang saya nak kongsikan bersama...Kenapa bila waktu senang ramai yang boleh menerima diri kita?Tapi bila susah atau dalam waktu yang sukar,susah untuk kita mengenali mana satu kawan dan saudara..Dulu ketika saya sedang menerima rawatan dalam wad di Husm,wad ni wad neuro surgery/neuro medical..kebanyakan pesakit barah,tumor otak.Ada satu malam,ada seorang makcik yang agak lewat usia meraung2,merapu2 akibat penyakit yang dideritai.Agaknya mungkin beliau dah lama menderita sakit.

Malam tu makcik ni asyik merapu2 yang bukan2,apa yang dikata memang agak memalukan dan tanpa disedarinya.Makcik ni menghidap tumor otak dan akan dibedah beberapa hari selepas tu..Nurse dah hampir 2 kali dalam masa beberapa jam,memberikan ubat tidur pada makcik tu.Agaknya ubat lambat berkesan..Makcik masih lagi merapu2,ramai pesakit agak terganggu tapi kesian dekat makcik ni...Mungkin dia dah tak sedar apa yang dia merapu...

Apa yang saya nak kongsikan,anak makcik ni rasa malu dan lari keluar meninggalkan ibu yang sedang menanggung kesakitan..Malu kerana ibu melaung2.Malu kerana bising..Malu????Ibu menderita sakit,malu?Bukan nak cuba menyelami derita rasa ibu dan berdoa agar diringankan.Kita hanya melihat orang sedang menderita sakit,tapi kita tidak mengalami dan merasai derita itu...Satu hari kita mungkin rimas dan bosan melihat sakit yang tidak baik2,tapi jika berada di diri pesakit itu,mampukah kita bertahan?

Keikhlasan kasih sayang lahir dari hati yang tulus..Kasih sayang seseorang insan itu umpama madu dalam hempedu,ibarat penawar dalam racun,ibarat ubat segala penyakit,ibarat kekuatan dalam kelemahan,ibarat penenang dalam kekusutan.......kasih sayang mampu membuat dan memungkin apa sahaja.......seseorang insan itu boleh berada di puncak dunia dan juga berada jauh dalam lembah kehancuran hanya kerana CETUSAN dari kasih sayang...

Sayangilah selagi ada,sayangilah selagi berkesempatan dan sayangilah tanpa sebarang taraf mahupun keadaan kerana KASIH SAYANG sentiasa dalam KEUTAMAAN............

25 January 2011

Badan ni dah ibarat bahan kajian...


Semalam jumpa doktor pakar..ambil darah lagi untuk check full blood count dan dua jenis darah lagi.Potassium pun rendah..Dulu bila ambil darah,tak dela sakit sangat.Tapi semenjak akhir2 ni bila ambil darah atau nak set line,sakitnya berganda2.Agaknya sebab terlalu kurus sangat kut.Dah tak ada isi...tinggal tulang je..Tabahla wahai hati..

Beginilah bila dah sakit,nak buat treatment yang terbaik pun kena fikirkan anak2 dan sekeliling..Sebab kos rawatan bukan sedikit..Mana yang perlu diutamakan?Dapat ke bertahan sakit ni?Terutama bila kekurangan darah,walau bertahan macam mana sekali pun...berisiko..Kesihatan penting,tapi anak2 juga penting...Fikiran ni sentiasa serba salah,apa yang perlu diutamakan..

Bawa bekal makanan,lepas ambil darah mudah penat,pening...Tak macam orang lain...Dah sakit lama,zat makanan pun tak ada.Terhuyung hayang.Kadang2 rasa takut je,takut pitam atau pengsan tiba2,takut dah tak sedar lagi..kesian kat aiman..




23 January 2011

treatment untuk hari ini

hari ni buat ECG TEST,degupan jantung juga tidak normal...samada berpunca dari Anemia atau faktor-faktor yang lain namun masih belum dikenalpasti walaupun telah mengambil masa yang agak lama dalam mendapatkan rawatan..Anemia dan Gastrik yang kronik masih tidak dapat diketahui sebab yang khusus,pemakanan juga semakin terjejas kebelakangan ini..mata juga agak kabur samada disebabkan penyakit saraf GBS atau penyakit lain yg belum dikenalpasti.Kalau apa yang dilihat pada simptom-simptom yg ada,doktor pernah syak adanya kanser namun masih belum dapat diberikan sebarang kepastian.
Doktor hendak masukkan saya dalam wad 1TD dimana wad ini kebanyakannya untuk pesakit yang menjalani kemoterapi dan telah diketahui bahawa ubat kemoterapi ini amat-amat berbahaya lebih-lebih lagi pada kanak-kanak,saya minta untuk ditempatkan di wad yang lain,namun diberitahu bahawa tiada kekosongan dan terpaksa menandatangani surat atas risiko sendiri bila pulang..dalam waktu yang sama bob mengalami kecederaan di kaki,doktor telah menjalankan prosedur x-ray dan alhamdulillah hanya ligamen sahaja terkoyak dan mungkin sukar berjalan dalam 2 atau 3 hari..semoga tidak bertambah serius...

Jangan bersedih kerana kesulitan yang bertubi tubi

Kita tidak perlu bersedih ketika kesulitan menimpa,berbagai masalah menimpa bertubi-tubi,dan berbagai rintangan datang menghadang.Kita hanya perlu bersabar dan bertahan,kerana pertolongan Allah sudah hampir.Sesungguhnya kesabaran itu lebih memberikan kedamaian daripada kesedihan dan ketabahan lebih memberikan perkara-perkara yang positif daripada kelemahan.dan orang yang dengan kesedarannya sendiri tidak bersabar,maka keadaanlah kemudian yang akan memaksanya bersabar.

Al-Muntanabbi mengatakan:
Masa telah melemparkanku pada mala petaka
hingga hatiku terasa bagai tertikam anak panah.
Hancur lebur hatiku hingga berkeping keping
saat anak panah itu menghujam ke dadaku.
Tidak pernah lagi ku ingat bencana itu
kerana bagiku semua itu tidak bermanfaat.

Abul Muzhaffar Al Abyurdi berkata:
Waktu datang menyamar.
Dia tidak mengerti aku lebih mulia
dan zaman terbaru yang datang melambat.
Masa masih terus memandangiku
bagaimana aku melawannya
dan aku masih memandangnya dengan sabar.
Yang terjadi,terjadilah.

22 January 2011

Moga anak2 berjaya kelak

Gambar kenangan pelajar2 yang mendapat 5A


Riang tawa anak2 menghiburkan hati..walaupun kesihatan yang makin tidak menentu.Cuba gagahkan diri seperti insan normal yang tidak menghidapi penyakit.Mata yang makin kabur dan mudah berpinar2 bila menghadap cahaya,tetap digagahi juga.Teriakan dan gelak tawa anak2 cuba membangkitkan semangat dan kekuatan hati ni.

Anak2 dah mula sekolah dah hampir 3 minggu,anak yang sulung Alia Erissha dapat bersekolah di Sekolah pilihan,alhamdulillah Upsr dapat 5 A.Atas kegigihan nenek yang tak pernah mengenal erti jemu dan penat lelah dalam memastikan yang terbaik.Moga Alia Erissha terus berjaya juga ikhtisyam dan aiman.Moga berjaya kelak..amin.

Walaupun sakit dan serba kekurangan,setiap manusia ada impian...Pohon sangat untuk sihat dan dipanjangkan umur untuk membesarkan anak2...






20 January 2011

ujian

\Hari ni sepanjang hari di wad,masuk drip...5 kali kene cucuk masa nak cari line...saraf mudah membengkak dan agak sukar untuk masuk line
Badan pun rasa lain sangat lately ni,rasa sakit tika masuk line tu berganda-ganda dari kebiasaan.

Toto Narita

Harga rm 58 tidak termasuk kos penghantaran..Kos untuk penghantaran Rm 10
Total Rm 68









19 January 2011

suntikan semangat

Dulu pernah saya buat tentang satu entry berkisarkan seorang auntie yang kuat semangat dan memberikan kata2 semangat pada saya,auntie diataslah yang saya maksudkan,secara kebetulan saya berjumpa dengannya ketika saya ada appointment dengan doktor manakala auntie ni pula meneruskan rawatan diabetes dan kemoterapi.

Atas apa yang diberitahu kepada saya,auntie ini sebatang kara...tiada sesiapa disisi,tidak pernah berkahwin...jauh sekali mempunyai anak,tiada adik-beradik mahupun saudara-mara...Setiap hari cuba menjalani kehidupan walaupun menderita sakit kanser payudara dan diabetes berbekalkan semangat semata-mata kerana padanya,selagi ada nafas,apa sahaja keadaan harus dihadapi.

Pertama kali auntie ini menegur saya tatkala melihat saya menangis di atas katil wad,saat itu hanya Aiman disisi..dia menegur saya dan berkata bahawa saya harus kuat semangat kerana saya ada anak sedangkan auntie sendiri kuatkan semangat untuk diri sendiri demi meneruskan hidup..Saya rasa kagum dalam waktu yang sama saya rasa lebih berkeyakinan dalam melawan penyakit yang dideritai demi anak2..................insyaAllah....

16 January 2011

Kawal pernafasan dari perut

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.abdullatib@kosmo.com.my: 30 Disember 2008

SEBAIK saja keluar dari bilik mesyuarat, kepala Zaril mula berserabut dengan pelbagai tugasan baru yang diberikan oleh ketuanya.

Nafas yang dihembus, tersekat-sekat, seolah-olah ada yang menekan dadanya tatkala melihat timbunan kerja di atas mejanya.

Zaril segera bangun lalu cuba mengatur semula pernafasan sambil menenangkan diri. Beberapa minit kemudian kepalanya yang terbeban terasa ringan.

“Tekanan kerja, persekitaran malah dalam keadaan biasa pun, ramai orang yang sering terlupa bagaimana perlunya bernafas dengan betul,” ujar seorang pakar pernafasan, Dominique Lonchant.

Jelasnya lagi, pengawalan pernafasan yang betul dapat memastikan pembukaan saluran udara yang sempurna serta kapasiti udara yang memasuki paru-paru adalah maksimum.

“Pengawalan pernafasan mempunyai empat bahagian utama iaitu di bahagian perut, tekak, sisi dada dan pernafasan secara keseluruhan,” katanya sambil menunjukkan cara yang betul menghembus dan menarik nafas menggunakan hidung.

Menurut Dominique, kebanyakan kita gemar ‘menelan’ nafas yang sekali gus menyebabkan banyak elemen negatif masuk ke dalam tubuh.

“Pernafasan yang perlahan juga membuatkan udara yang disedut tidak sampai ke paru-paru ketika proses menyedut dan menghembus

Kerana itu, Dominique menegaskan pengawalan pernafasan harus diketahui oleh semua orang, terutama dalam keadaan yang tertekan.

“Sebagai contoh, pernafasan yang dikawal melalui perut mampu membetulkan sistem pencernaan, buah pinggang, hati serta perjalanan darah,” katanya.

Di samping itu, pernafasan clavicular iaitu pernafasan yang memberi tekanan di bahagian bawah ketiak juga dibuktikan dapat mencegah kanser payu dara di kalangan wanita.

“Manakala pengawalan yang dilakukan menerusi tekak pula membantu memulihkan sistem jantung termasuk menguatkan organ tersebut,” kata Dominique yang berasal dari Perancis.

Cerita Dominique, pengalamannya mengajar beberapa orang penyanyi mengenai pernafasan yang betul telah banyak membantu mereka dalam sesuatu persembahan.

Bukan sekadar itu, bagi amalan biasa, aturan pernafasan yang betul juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada perasaan malas terutamanya pada waktu pagi.

“Kadar oksigen yang kurang pada waktu pagi menyebabkan rasa kemalasan itu cukup tinggi dan menerusi senaman pernafasan ini, aliran darah serta oksigen akan lebih pantas bergerak,” katanya.

Jelas lelaki yang berpengalaman hampir 28 tahun mengajar teknik ini di seluruh dunia, penyakit seperti asma, gemuruh dan sesetengah alahan berpunca daripada cara bernafas yang salah.

Lebih daripada itu, emosi juga dapat dikawal dengan lebih baik sekiranya aturan pernafasan seseorang itu berada dalam keadaan sempurna.

“Sekiranya kita sukar untuk bernafas, tidak selesa dengan udara yang keluar masuk ke dalam tubuh, secara tidak langsung, ia turut mengganggu mood dan emosi. Ini akan membuatkan seseorang itu mudah marah, rasa tertekan dan bermacam lagi,” ujarnya.

15 January 2011

Anugerah dalam kehidupan

apa yang saya cuba kongsikan disini adalah sekadar renungan untuk kita bersama dalam menuju dan menjalani kehidupan seharian dan apa yang saya coretkan adalah dari rona-rona kehidupan saya sendiri.......................

Tika saya menerima rawatan dan ditempatkan di dalam wad yang kebanyakannya pesakit tumor dan kanser,ada beberapa rentetan kejadian yang saya cuba selami dan jadikan pedoman agar saya berada pada jalan dan beroleh kekuatan sebaik mungkin...
Boleh dikatakan saban hari ada katil jenazah diusung keluar dari wad,setiap hari saya mendengar tangisan insan-insan yang kehilangan orang tersayang....saya terkedu pada satu kejadian dimana anak-anak kehilangan ibu dalam sekelip mata...anak-anak ini kehilangan ibu mereka akibat pendarahan dalam otak,anak-anak yang masih kecil meraung memanggil "UMMI" bertalu-talu..saya cuba menenangkan diri dan terpana seketika,andai itu terjadi pada saya,dimana anak-anak saya,bagaimana keadaan anak-anak saya,adakah mereka akan mampu menerima kenyataan dan ujian sedemikian,.....

''YA ALLAH,aku rela selamanya dalam kekurangan asal dapat hidup bersama anak-anak,memegang dan melihat mereka membesar bersama adalah satu anugerah yang bernilai''


Kehidupan ini,kasih sayang dan ujian dalam hidup..

Kesihatan lately ni amat-amat tak stabil,still tak dapat dikenal pasti dimana punca yg menyebabkan kesihatan makin worst dari hari ke hari sedangkan sudah berusaha sedaya upaya mungkin untuk kembali sihat dan cuba untuk berfikiran positif agar diri mampu menanggung kesakitan dan bebanan yang dirasakan makin berat dari hari ke hari.

Namun,walau seringkali ke HUSM dengan harapan agar mampu pulih dan setiap kali doktor beri pendapat untuk sebarang ujian ke atas diri atau keperluan untuk dimasukkan ke wad,saya akan terdiam dan terpaku seketika.Pada siapa saya nak luahkan?Apa yang harus saya pentingkan dulu?Buat masa ini terpaksa lagi saya tolak ke tepi atas faktor anak-anak dan beberapa masalah yang telah cuba saya elakkan.

Kadang kadang saya terfikir adakah saya mampu tempuhi ujian yang sedang saya hadapi ?Amat berat walaupun tak terdaya,walau teramat perit,walau teramat sakit,walau tanpa sesiapa yang memahami dan walau tanpa sebarang sokongan,apa yang pasti saya tiada pilihan,kerana anak2 masih dan amat2 memerlukan saya.Dan saya masih memerlukan dan teramat2 memerlukan mereka di samping saya.

Walau tanpa kudrat,walau tak bertenaga dengan kepala yang ibarat kosong,saya cuba cekalkan semangat untuk terus lagi berjuang.Air mata memang peneman sepi dan bukan untuk pinta simpati.Hanya sekadar luahan hati yang jika disimpan lagi memakan diri.Walaupun tekanan ini amat2 merbahaya buat saya,saya terima...Walau sepahit hempedu,hanya berharap adanya sinar di kemudian hari.

Walau sehebat mana yang saya lalui,tapi masih ada lebih ramai lagi yang derita...Ujian dan dugaan sebenarnya untuk mematang dan menjadikan kita lebih kuat di kemudian hari.Dan untuk kita lebih mendekati Yang Maha Esa.

Walau siapa pun kita,walau di mana pun taraf kita,jangan kita letakkan harapan dan sepenuh kepercayaan pada insan yang kita sayangi yang belum tentu menyayangi diri kita sepenuh hati kerna ianya mungkin boleh menghancurkan diri kita sendiri di kemudian hari..Sayangilah seadanya sahaja.Sesungguhnya hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang tersurat dan disebalik apa yang tersirat.


13 January 2011

Temujanji di Husm

hari ini "temujanji" di HUSM,dah berapa lama asyik dok ulang-alik sini saja tanpa ada sebarang peningkatan yang positif,rawatan dan ujian lanjut belum dapat diteruskan namun saya masih berharap untuk kembali sembuh dan jauh sekali timbul rasa putus asa atas ujian yang dihadapi.....setiap kali memandang renungan mata anak-anak,setiap kali itulah terasa ada kekuatan yang minta untuk saya terus bertahan dan bertahan asalkan dapat berada dan bersama mereka.

12 January 2011

Zinnirah penyeri Firdausi


Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan.

Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Kesengsaraan itu penuh hikmah


Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga,sehingga harus dibenci.Kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru akan mendatangkan kebaikan bagi seseorang.Jangan takut dengan penderitaan dan jangan khuatir dengan kesengsaraan kerana terkadang penderitaan itu justeru memberikan kekuatan bagi kita dan akan menjadi sebuah kenikmatan pada suatu hari nanti.Jika kita hidup dengan hati yang membara,terbakar dan jiwa yang bergelora kerana penderitaan,akan lebih baik dan lebih terhormat daripada hidup dengan perasaan yang dingin,semangat yang layu dan jiwa yang lemah.

GBS(Guillain Barre Syndrome) rangkaian penyakit Autoimune Diseases


Autoimmune disease symptoms are many, from headache to skin rashes, they inflict every possible torture on the human soul. The list of symptoms is huge, because the list of autoimmune diseases is enormous. Here is a list of autoimmune disease symptoms, which tries to cover all the diseases along with their common symptoms.

Before starting with the symptoms of autoimmune diseases, let us understand what an autoimmune disease is. An autoimmune disease is a disease which is caused when the immune system of the body goes kaput or becomes very sensitive for some reason. Normally, the job of theimmune system is to protect and guard the human body against all types of antigens and external factors that harm it. But under certain circumstances, this system starts malfunctioning and becomes over sensitive. It starts by over reacting to external conditions which are otherwise normal, and with time starts causing diseases in reaction.

So, in simple words, autoimmune diseases are the diseases that our body itself manufactures for us. These diseases are both genetic disorders and acquired, and a person with this condition has to be very careful with his lifestyle. This problem is not just seen in adults, as autoimmune disease symptoms in children have also been found. There are many diseases that have been clubbed in the list of autoimmune diseases and there are many that are being researched to understand their cause and hence, remain in the list of suspected autoimmune diseases. Following is the list of autoimmune disease symptoms which cover both the confirmed and unconfirmed diseases.

Symptoms of Autoimmune Diseases
Listed below are a number of autoimmune diseases and their symptoms.

Disease NameSymptomsOrgans/Glands Affected
Acute Disseminated Encephalomyelitis (ADEM)Fever, Drowsiness, Headache, Seizures and ComaBrain and Spinal Cord
Addison's DiseaseFatigue, Dizziness, Vomiting, Muscle Weakness, Anxiety, Weight Loss, Sweating, Mood and Personality SwingsAdrenal Gland
Alopecia Areata (Read Alopecia Areata Treatment)Bald Patches, Tingling Sensation, Pain and Hair FallBody Hair
Ankylosing SpondylitisPeripheral Joint Pain, Fatigue and NauseaJoints
Antiphospholipid Antibody Syndrome (APS)Deep Vein Thrombosis (blood clots), Stroke, Miscarriage, Pre-Eclampsia and Still BirthPhospholipid (cell membrane substance)
Autoimmune Hemolytic AnemiaFatigue, Anemia, Dizziness, Breathlessness, Pale Skin and Chest PainRed Blood Cells
Autoimmune HepatitisEnlarged Liver, Jaundice, Skin Rashes, Vomiting, Nausea and Loss of AppetiteLiver Cells
Autoimmune Inner Ear DiseaseProgressive Hearing LossCells of Inner Ear
Bullous PemphigoidSkin Disorders, Itching, Rashes, Mouth Sores and Bleeding GumsSkin
Coeliac DiseaseDiarrhea, Fatigue and FTT (Failure to Thrive)Small Intestine
Chagas DiseaseRomaña's sign, Fever, Fatigue, Body Aches, Headache, Rash, Loss of Appetite, Diarrhea, Vomiting, Damage to Nervous System, Digestive System and HeartNervous System, Digestive System and Heart
Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)Shortness of Breath, Tiredness, Persistent Cough and Chest TighteningLungs
Crohns DiseaseAbdominal Pain, Diarrhea, Vomiting, Weight Loss, Skin Rashes, Arthritis and Inflamation of EyesGastrointestinal Tract
DermatomyositisSkin Rash and Muscle PainConnective Tissue

Diabetes Mellitus Type 1
Frequent Urination, Nausea, Vomiting, Dehydration and Weight LossBeta Cells in Pancreas
EndometriosisInfertility and Pelvic PainFemale Reproductive Organs
Goodpasture's SyndromeFatigue, Nausea, Difficulty in Breathing, Paleness, Bloody Cough, and Burning Sensation while UrinationLungs
Graves' DiseaseExophthalmos, Edema (Read What is Edema), Hypothyroidism, Fatigue and Muscle WeaknessThyroid Gland
Guillain-Barré SyndromeProgressive Weakness in the Body and Respiratory System FailurePeripheral Nervous System
Hashimoto's DiseaseHypothyroidism, Muscle Weakness, Fatigue, Depression, Mania, Sensitivity to Cold, Constipation, Memory Loss, Migraine and InfertilityThyroid Cells
Hidradenitis SuppurativaBig and Painful BoilsSkin
Kawasaki DiseaseHigh Fever, Conjunctivitis, Chapped Lips, Strawberry Tongue, Joint Pain, and IrritabilityVeins (Skin, Blood Vessel Walls, Lymph Nodes and Heart)
IgA NephropathyHematuria, Skin Rashes, Arthritis, Abdominal Pain, Nephrotic Syndrome, Acute Renal Failure and Chronic Renal FailureKidney
Idiopathic Thrombocytopenic PurpuraLow Platelet Count, Bruises, Blood from Nostrils and Gums and Internal BleedingPlatelets
Interstitial CystitisPain While Urination, Abdominal Pain, Urinary Frequency, Pain during Sexual Intercourse and Difficulty in SittingUrinary Bladder
Lupus ErythematosusJoint Pain, Skin Rash, Kidney, Heart and Lung DisorderConnective Tissue
Mixed Connective Tissue Disease/Sharp SyndromeJoint Pain and Swelling, Malaise, Raynaud Phenomenon, Muscle Inflammation, and SclerodactylyMuscles
MorpheaPatchy Hardened SkinSkin
Multiple Sclerosis (MS)Muscle Weakness, Ataxia, Problem in Speech, Fatigue, Pain, Depression and Unstable MoodNervous System
Myasthenia GravisMuscle Weakness (Facial, Eyelid and Swallowing)Muscles
NarcolepsyDaytime Sleepiness, Cataplexy, Automatic Behavior, Sleep Paralysis and Hypnagogic HallucinationsBrain
NeuromyotoniaMuscle Stiffness, Vibration and Twitching in Muscles, Cramping, Increased Sweating and Delayed Muscle RelaxationNeuromuscular Activity
Pemphigus VulgarisSkin Blisters and Skin DisintegrationSkin
Pernicious AnaemiaFatigue, Hypotension, Brain Fog, Tachycardia, Frequent Diarrhea, Pallor, Jaundice and Shortness of BreathRed Blood Cells
PsoriasisAccumulation of Skin around Elbows and KneesSkin
Psoriatic ArthritisPsoriasisJoints
PolymyositisMuscle Weakness, Dysphagia, Fever, Thickening of Skin (Fingers and Hands)Muscles
Primary Biliary CirrhosisFatigue, Jaundice, Itchy Skin, Cirrhosis and Portal HypertensionLiver
Rheumatoid ArthritisInflammation and Immobility of JointsJoints
SchizophreniaAuditory Hallucinations, Delusions, Disorganized and Unusual Thinking and Speech and Social IsolationNervous System
Scleroderma (Read Early Symptoms of Scleroderma)Hard and Tight Skin, Skin Inflammation, Red Patches, Swollen Fingers, Heartburn, Indigestion, Shortness of Breath and CalcinosisConnective Tissue (Skin, Blood Vessels, Esophagus, Lungs and Heart)
Sjögren's SyndromeDryness of Mouth, Eyes and VaginaExocrine Glands (Kidney, Pancreas, Lungs and Blood Vessels)
Stiff Person SyndromeBack PainMuscles
Temporal ArteritisFever, Headache, Tongue Claudication, Visual Loss, Double Vision, Acute Tinnitus and Sensitivity on ScalpBlood Vessels
Ulcerative ColitisDiarrhea with Blood and Mucous, Weight Loss and Blood from the rectumIntestine
VasculitisFever, Weight Loss, Skin Disorders, Nervous System, Stroke, Ringing Ear, Acute Visual loss, Respiratory Tract Disorders and Kidney DiseasesBlood Vessels
Vitiligo (Read Vitiligo Disease)Depigmentation of Skin and Skin LesionsSkin
Wegener's GranulomatosisRhinitis, Upper Airway, Eye and Ear Problems, Trachea, Lung Problems, Kidney Disorders, Arthritis and Skin DisordersBlood Vessels