29 January 2014

KISAH SEDEKAH – DUA KEPING ROTI

KISAH SEDEKAH – DUA KEPING ROTI

Renungan buat semua....

Ini merupakan kisah ajaib yang terdapat dalam Kitab Al Birr wa As Silah oleh Imam Ibn Al Jawzi. Maka hayatilah apa yang diriwayatkan oleh Al Imam daripada `Ikrimah rahimahullah:

Seorang raja pada masa silam telah berkata kepada rakyatnya: “Sesiapa yang bersedekah dengan sesuatu nescaya saya akan potong kedua tangannya!”

Maka datang seorang lelaki kepada seorang wanita lalu berkata: “Bersedekahlah kepadaku.”

Wanita itu menjawab: ” Bagaimana aku akan bersedekah sedangkan raja akan memotong tangan orang yang bersedekah.”

Dia lalu berkata: “Aku memohon kepada engkau demi Wajah Allah agar bersedekah kepadaku.”

Wanita itu pun bersedekah dengan dua keeping roti dan akhirnya raja mengetahui akan kejadian tersebut. Raja pun menghantar orang kepada wanita itu lalu memotong kedua tangannya.

Tidak berapa lama kemudian raja menyatakan hasrat kepada ibunya agar menunjukkan kepadanya seorang wanita cantik untuk dikahwininya. Ibunya pun menyebut tentang seorang wanita yang kecantikannya tiada taranya namun dia memilki suatu kecacatan yang teruk iaitu kedua tangannya telah terpotong.

Raja pun pergi untuk melihat wanita tersebut dan apabila dia melihatnya dia menjadi kagum lalu terus melamarnya. Wanita itu bersetuju dengan lamaran tersebut lalu mereka pun berkahwin. Raja pun tidur dan melakukan hubungan dengan wanita tersebut.

Apabila tiba keadaan perang dan raja pun pergi berperang dengan musuh maka orang yang dengki telah mengadu kepada raja bahawa isterinya telah curang lalu melahirkan seorang anak. Raja lalu mengutus surat memerintahkan agar wanita tersebut dipukul, dihalau dan ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir.
Semasa lalu di sebuah sungai dan ingin minum maka bayi itu terjatuh daripadanya ke dalam sungai lalu lemas.

Wanita itupun menangis dan ketika itu datang dua orang lelaki yang berkata kepadanya: “Apa menyebabkan kamu menangis?”
Dia berkata: “Anak saya telah jatuh ke dalam air lalu lemas.”
“Adakah kamu suka jika kami mengeluarkannya bagi kamu?” ujar kedua lelaki tersebut.
“Ya. Demi Allah,” jawab wanita tersebut.
Maka mereka berdua berdoa kepada Allah dan anaknya pun keluar daripada air tersebut lalu mereka berkata: “Adakah kamu ingin kami kembalikan tangan kamu?” “Ya,” jawab wanita itu lalu mereka berdua berdoa kepada Allah dan tangannya pun kembali seperti sediakala lalu berkata, “Adakah kamu tahu siapa kami?” “Tidak,” jawab wanita tersebut. Mereka berkata: “Kami adalah dua roti yang kamu sedekahkan dulu.

Daripada Abi Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah `alayhi wasallam bersabda: Tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu:
1. Pemimpin yang adil.
2. pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah).
3. seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan salat jamaah di dalamnya).
4. dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah.
5. seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah.
6. seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya.
7. seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya.
(Dikeluarkan oleh Al Bukhari dalam Az Zakaah 1423 dan Muslim dalam Az Zakaah

Pada insan insan yang berhati mulia,yang pernah membantu saya,saya doakan semoga diberikan kesihatan yg baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang berlipat ganda,diberikan kesejahteraan dunia akhirat,dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah Taala.amin.Semoga mendapat dan ganjaran dariNya.Sesungguhnya setiap kebaikan dan pertolongan yang dihulurkan hanya Allah sahaja yang dapat membalasNya.amin.

20 January 2014

Pesan mama




Jangan lupa niat dalam hati 'Sahaja aku masuk sekolah untuk belajar kerana Allah Ta'ala."

Wahai permata hati mama...Aiman,belajarlah  rajin-rajin, Hanya pelajaran yang dapat membantu mengubah nasib kita."

Aiman begitu seronok dan bersemangat masuk sekolah.Moga Aiman berjaya dunia akhirat..

Ya Allah,aku mohon kepadaMu..
Selamatkan anakku walau di mana kakinya melangkah
walau di mana langit di junjung 
hapuskanlah kerisauan yang berombak di hati ini
Keran ku yakin Kaulah Yang Maha Pelindung 
Kau jua sebaik baik Pemelihara...
Engkau telah memelihara Rasulullah...
Sehingga dirinya menjadi manusia teragung..
Maka,pelihara dan pimpin anakku Allah...
KepadaMU aku bertawakal dan berserah diri..
Amin..



05 January 2014

Kasih sayang ibu membawa ke Syurga

Kasih sayang ibu membawa ke Syurga...Kasih sayang ibu terhadap seorang anak sukar di gambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah SWT kepada seorang wanita yang bergelar ibu.segala penderitaan ibu dari mula mengandung sehinggalah melahirkan kita,hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa beratnya bebanan yang ditanggungnya...

Wahai permata hati mama,hayatilah luahan mama ini...Semoga akan lahir aura dari dalam diri yang akan mengalir dalam diri saudari anak anak..Anak anak mama,maut tidak mengenal siapa.Sihat atau sakit,senang atau susah,ia pasti datang menjemput sesiapa yang menjadi pilihan Allah terlebih dahulu.Anak anak mama kurnia termahal yang direzekikan Allah buat mama.Hargailah setiap detik masa yang masih ada.

Mama amat bersyukur ke hadrat Allah kerana tika ini mama masih ada lagi..Dalam setiap kesusahan,penderitaan dan segala yang mama tempuhi,terasa mengalir kasih sayang Allah ke dalam tubuh mama.Bersama air mata yang sentiasa mengalir menemani mama,mama perlu bertahan untuk menempuh segalanya.

Wahai permata hati mama,mama doakan anak anak mama berjaya dunia akhirat.Moga anak anak mama menjadi insan yang berguna kelak.Anak anak mama,ketika Allah masih lagi meminjamkan kepada kita sedetik nafas,gunakanlah ia sebaik mungkin dalam mencapai redha Illahi.Jadikanlah ia anugerah termahal yang pernah dikurniakan olehNya untuk mencapai matlamat.Ingatlah,kita hanya hamba yang tidak memiliki apa apa kecuali kurniaan daripada Allah,kekuatan daripada Allah,kasih sayang Allah,kehendak Allah,kemuliaan daripada Allah,dan keampunan Allah..

Anak anak mama..berusahalah agar detik kembali kepada Allah menjadi saat yang terindah..Kita semua datang dari Allah,maka Allahlah yang menjadi tujuan dan matlamat kita.Ingatlah,kepada juaNya jua kita kembali.

Bertabahlah dengan segalaNya,teguhlah berpegang pada kalimah Allah...Anak anak mama,kita menumpang di dunia hanya sementara..Bertahanlah..Moga segala pahit derita yang di tempuhi dengan redha menjadi bekal untuk kita nanti...Destinasi abadi kita bukan di sini..Perit hanya sementara..Ingat sentiasa pesan mama,walau sederita mana,bertahanlah...

Lailahaillallah...Ingat Allah sentiasa...Walau jatuh berkali kali,tersungkur,dan terus tersungkur,merangkak,walau sesukar mana sekali pun..mama sayangkan anak anak mama....Ujian Allah itu tidak akan berhenti selagi bernafas...

Anak anak mama,solat ialah tiang hidup kita...Perjalanan hidup akan stabil dan kukuh apabila dipacakkan
tiangnya..Jika kukuh tiangnya,maka sempurnalah perjalanan menuju kehidupan abadi dan hakiki kelak..

Solat itulah yang dapat membantu kita...Jaga solat...Teguhkan tiangnya...Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. amin..