19 July 2012

Discharge

Minta discharge..terkejut doktor..Minta balik dulu..Merayu dengan doktor minta balik dulu kasihan anak anak.Kasihan aiman.Pesan doktor,jika keadaan makin teruk segera ke hopital kerana darah memang tak stabil takut collapse di rumah.Kaki masih tiada jawapan.Berbotol botol darah di ambil.Doktor hanya tunggu untuk buat Bone Marrow Biopsy dan Ogds semula..Saya memohon buat lepas raya..Tunda lagi.Takut selepas test test tu saya makin lemah.Kasihan anak anak..Kesihatan sejak balik dari hospital amat lemah..Minggu depan appointment dengan hemato untuk masuk ubat tambah darah.


Kaki makin tak boleh lurus,bengkok.Bila berpijak tak boleh..Anak anak yang memapah.Tongkat pun tak mampu di gunakan...


Puasa dah dekat,kasihan anak anak tapi mama nak ada dengan anak anak.Bagaimana makan minum nak berbuka?Sahur?Walau mereka cukup cukup ala kadar tapi mama mesti nak pastikan anak anak dulu walau mama tiada kudrat.Tak tahula kesihatan mama ni..Nak bangun pun anak anak yang tolong papah.Masih pening..Dan kini mama seperti bayi terpaksa memakai pampers...


Kaki makin tak boleh berpijak dengan tapak kaki,tak apala,alhamdulillah ujian dari Allah,insyaallah..


Benar benar nak kena kuatkan semangat..Tiada yang lebih bahagia bila menatap wajah2 tulus anak anak..Doa dari mama sentiasa mengiringi..

12 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Doa mamawana agar alia haryanie makin sihat, makin tabah dan ceria bersama anak2 menyambut Ramadhan yg penuh keberkahan. Moga doa kita semua dimakbulkan Illahi. Ins'allah esok akan lebih bahagia daripada hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam

      amin.insyaallah.terima kasih banyak banyak mamawana..Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

      Delete
  2. salam Yanie.Maaf k.atie xsempat nk balas mesej cuma titipkn disini shj.K.atie paham,sebagai seorg ibu..pastinya yanie ingin menyambut Ramadhan disisi anak2.
    Jg kesihatan diri & ingat nasihat doktor...klu ada apa2,segera ke Hospital.K.atie doakn yanie sentiasa diberikn kesihatan yg baik & sentiasa dimurahnkn rezeki oleh Allah..lbh2 lg di bulan Ramadhan yg mulia yg bakal menjelang.
    Jgn lupa mkn ubat..k.atie sentiasa mendoakn yanie & kluarga dr kejauhan.
    Tabahkn hatimu Dik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Semoga pn Alia diberkati Allah & cepat sembuh.. Saya nak cadangkan Alia jangan tinggal ubat dari segala ubat .. I.e Madu ..minumlah sebanyak mungkin yg dapat dari madu yg terbaik seperti Madu Sidir, Madu Acacia atau Madu Tualang.. InsyaAllah . Satu lagi kalau berkaitan darah.. cuba dapatkan/minum vco (virgin coconut oil) atau air kelapa muda..

      Delete
    2. wsalam,kak atie..

      amin.insyaallah.terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga kak di atas segala doa,keperihatinan,sokongan dan bantuan yang dihulurkan.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

      Delete
  3. salam yanie...

    Anak2 mesti gembira bila yanie ada kt rumah di ramadhan yg mulia ini tapi jgn sesekali lupa makan ubat yer dik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,

      insyaallah..terima kasih banyak banyak di atas segala keperihatinan.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

      Delete
  4. Salam Yanie

    Akak akan masuk sedikit sumbangan untuk Yanie (mungkin petang nanti)...tak banyak pun hanya setakat kemampuan akak. Semoga Yanie terus positif ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam

      kak,insyaallah..terima kasih banyak banyak kerana sudi membantu.sy doakan semoga akak sekeluarga diberikan kesihatan yg lebih baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraaan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

      Delete
  5. Semoga yani tabah menghadapi dugaan dan di beri kekuatan...Kuatkan semangat utk anak2 yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..terima kasih banyak banyak di atas segala keperihatinan.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

      Delete
  6. Salam ramadhan yanie..
    Ina doakan sinar x penah akan padam..
    Dunia tidak selalunya gelita..
    Utk kita..
    Amin!!!!
    TC yer..

    ReplyDelete