27 July 2012

Jutaan terima kasih yang tiada terhingga,hanya doa yang dapat dikirimkan..

Syukur alhamdulillah pada Allah Taala,deraian air mata dan kekhusyukan merintih di setiap malam, moga diberikan kesembuhan dan keajaiban dari Allah.Walaupun tika ini kaki masih teramat sakit dan semakin lemah.Pendarahan tiada hentinya.Kaki yang semakin lebam tanpa jawapan dari doktor.Meniti hari dengan seribu kepayahan dengan kaki yang tidak berdaya dan badan yang semakin lemah.


Terkedu,deraian air mata,betapa bersyukurnya yang tiada terhingga kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Benar benar bersyukur pada Allah kerana mengerakkan hati dan membuka pintu hati insan insan yang berhati mulia untuk mendoakan,membantu menolong,dan menghulurkan bantuan.Allah Maha Mendengar,betapa kasih sayang Allah amat luas.Semoga Allah menambahkan pahala,rahmat,ganjaran dan keberkatan di bulan ramadhan ini pada insan insan yang berhati mulia yang sudi membantu saya dan anak anak.Semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga berjaya dunia akhirat.amin.


Sungguh amat terkedu,terkejut dan amat berterima kasih yang tiada terhingga dengan doa doa,sokongan dan bantuan bantuan yang di hulurkan pada saya dan anak anak..Saya doakan dan akan sentiasa doakan pada insan insan yang berhati mulia ini.Moga Allah membalas setiap doa,sokongan,bantuan yang di hulurkan dan setiap kebaikan..Amat amat saya dan anak anak hargainya.


Terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga pada semua sahabat sahabat yang mendoakan,sokongan ,kesungguhan membantu dan bantuan yang di hulurkan.Subhanallah..sesungguhnya anda semua berhati mulia dan moga akan mendapat pahala yang lebih,rahmat,ganjaran,keredhaan,keberkatan di bulan mulia ini.amin.


Moga ada sinar untuk saya dan anak anak di bulan mulia ini.amin.


Sesungguhnya,Allah Maha Mendengar setiap rintihan hamba hambaNya.Syukur alhamdulillah.Terima kasih Allah.

30 comments:

  1. "Ya Allah ! jangan Kau cuba aku,melebihi batas kemampuanku dan sanggupku"..

    "Ya Allah! bila memang Kau cuba aku, aku pun percaya Kau sayang pada ku"...

    Sesungguhnya jln ke Syurga itu bknnya mudah.Tapi Allah menyanyangi kita, di uji-Nya kita utk memudahkan kita ke sana.

    Akak pun tak sekuat mana ni,bila baca blog Alia mencari kekuatan di sini..Akak sentiasa mendoakan semoga Alia sembuh dgn segera dan dipermurahkan rezeki Alia dan anak2..Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah.terima kasih byk2 kak kerana mendoakan,perihatin,dan sokongan.maaf lambat reply,kesihatan sy kak..

      Allah Maa Mendengar...insyaallah.bertabahlah kak dengan ujian Allah.tiada dan kekuatan melainkaan dengan bantuan Allah.

      Delete
  2. Kuatkan semangat demi anak-anak ye alia.. teruskan menulis.. kami sentiasa mendoakan mu sekeluarga.. moga ada sinar bahagia untuk alia sekeluarga di hari mendatang.... Allah tempat kita merayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah.terima kasih byk2 krn mendoakan,perihatin dan sokongan.insyaallah..moga ada sinar suatu hari nanti.

      Delete
  3. Be strong Alia..InsyaAllah kami akan cuba membantu sedaya mungkin.Kami sentiasa doakan yang terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah.jutaan terima kasih yang tiada terhingga kerana bersungguh sungguh membantu.setiap bantuan dan pertolongan hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.Amat2 saya argainya.Pertolongan yang dihulurkan pada insan yang dalam kesusahan dan kesakitan moga mendapat pahala,rahmat dan ganjaran serta keberkatan di bulan ini.amin.janji Allah itu pasti.

      Delete
  4. kuatkan semangat ye sis..
    saya doa kan yang terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah.terima kasih banyak banyak dik kerana mendoakan,perihatin dan sokongan..

      Delete
  5. Semoga tabah sis...dugaan adalah tanda kasihNya...insyaAllah nnt sy transfer ke akaun rhb apa yg sy mampu. Takde sedara ke jaga anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.terima kasih banyak banyak dik.hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan..tak da sesiapa melainkan ibu akak yang juga uzur..

      Delete
  6. Alhamdullilah, amin...
    akak rindu kt kau yanie. raya ni akak kt melaka, kalau blk kelantan bleh gak akak g jenguk kau kt sana :(

    ReplyDelete
  7. smeoga terus tabah :) moga segala bantuan dari kwn2 blogger (wpun kita tak kenal) dpt meringankan sedikit beban yg alia tanggung, Insya Allah :) salam ukhuwwah fillah..be strong ok, kami semua sentiasa mendoakan alia

    ReplyDelete
  8. Yani dok mana skarang? Rasa nak sgt jumpa yani. Semoga yani tabahkan hati dlm menempuhi masa2 sukar ini.

    ReplyDelete
  9. Alhamdullillah,syukur pada Allah.Itulah yang saya harapkan saat pertama kali sy menulis entry pasal akak.

    Akak MESTI terus kuat dan jangan putus berdoa k.Sy juga takkan berhenti mendoakan kesihatan akak,InsyaAllah.

    *hug*

    ReplyDelete
  10. harap puan tabah dan sentiasa ingat Allah SWT..
    insyaallah dengan pertolongan rakan2 semua..
    pohon rakan2 yg ada FB share kan di wall masing2...

    ReplyDelete
  11. salam dear.. account maybank dah x blh transfer.. minta tolong sapa2 utk update ye..
    Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lagi sekali..pagi td saya dah buat mcm 2 jgk..kali kedua buat baru berjaya..moga puan haryanie sembuh dan boleh menjaga anak2nya seperti sediakala...Allahhuakbar saya xmampu kata apa2 bila baca blog ni..walaupun xseberapa saya harap dapat ringankan beban puan haryanie.

      salam sayang
      hamba Allah

      Delete
  12. Semoga akak terus bersabar dan tabah menghadapi semuanya ini.... semoga ada sinar menanti dihadapan.... Insya allah.... doa saya sentiasa utk akak n anak2..walau tak kenal...walau tak penrah bersua muka...saya amat2 rasa ingin dekat dan mengenali akak.... Insya Allah..Allah Maha Mengetahui segalanya....redha dan sabar...kami2 di luar ni sentiasa mendoakan akak n anak2... Jaga diri Semoga cepat sembuh...
    http://mrsfadhil.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. salam..

    semoga lebih tabah dan jgn mngalah
    sy melihat anda memberi kekuatan juga
    pada saya

    ReplyDelete
  14. kak alia..

    insyaallah.. saya pasti ada ganjaran yang tak terhitung di akhirat kelak untuk akak.. kuatlah , kak.. demi anak2.. semoga Allah permudahkan segala2nya untuk akak.

    insyaallah.. doa dari kami x pernah putus untuk akak.. :)

    ReplyDelete
  15. Salam yanie.

    Alhamdulilah,masih ramai insan2 baik & berhati mulia didunia ini.Semua itu adalah rezeki dari Allah kpd Yanie sekluarga tp melalui kami(rakan2 alam maya) yg membantu yanie sedaya mampu.

    Semoga yanie semakin tabah Dik...jgn berputus asa.Pandang wajah setiap anak yanie.Mereka memerlukn belaian & perhatian dr yanie.Jadikn mereka pencetus semangat buat yanie tuk kembali sihat spt dulu..

    Jgn berhenti berdoa...semoga satu hari Allah perkenankn doa2 yanie...doa2 kami tuk melihat yanie sembuh.Aminnnnn

    ReplyDelete
  16. Salam sejahtera,
    semoga puan dan anak2 sabar dan tabah menghadapi dugaan ini..
    semoga puan sembuh.

    ReplyDelete
  17. Semoga Yani tabah dan semoga ALlah mempermurahkan rezeki untuk Yani sekeluarga

    ReplyDelete
  18. semoga tabah melalui dugaan ini

    me folo..

    ReplyDelete
  19. sis...kuatkan semangat..InsyaAllah setiap yg berlaku pasti ade hikmahnya...

    ReplyDelete
  20. saye dah pn transfer kew acc maybank akak sebanyak yang sy termampu...semoga dapat meringankan beban akak...

    ReplyDelete
  21. Salam Ramadhan..
    Moga puan terus tabah, sabar dan redha. Moga syurga menantimu kelak.. aameen.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

    Whatsapp(0196135660)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.

    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.

    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.

    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.

    Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir

    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.

    Whatsapp(0196135660)

    ReplyDelete