Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb ... Ya! Allah! Dengan rahmat & kasih-Mu, kau sembuhkanlah penyakitku ini Sesungguhnya aku hamba Mu ini, Ya Allah,aku memohon pertolongan Mu agar Kau berikanlah kesihatan padaku... Lindungilah aku dan sembuhkan penyakitku Ya Allah. amin.
.Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Kesihatan yang masih lagi menguji tapi alhamdulillah..moga diberi kesembuhan dari Allah.
Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...
Sungguh Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani...Di sebalik derita ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi...Kasih sayang Allah amat luas...
Tiada kata yang dapat di luahkan melainkan jutaan terima kasih yang tiada terhingga pada insan insan yang berhati mulia yang sudi mendoakan,bertanya khabar,sokongan,nasihat dan bantuan.Hanya doa yang dapat saya kirimkan,saya doakan pada mereka semua semoga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga di bulan yang mulia ini mendapat pahala,ganjaran,rahmat,keberkatan dan keredhaan dari Allah Taala.amin.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.
Walau mengharungi kepayahan dan kesukaran dan masih lagi berjuang dan bertarung dengan kesihatan tapi saya amat amat bersyukur,tersentuh dan terharu dengan keperihatinan insan insan yang berhati mulia...Cuma keadaan saya yang sebelum ini teramat lemah membataskan segalanya.Dengan doa,sokongan dan bantuan yang di hulurkan menerbitkan satu harapan yang positif dalam diri..Terima kasih yang tiada terhingga..
Moga ada sinar di penghujung ramadhan....Harapan seorang ibu yang sedang bertarung dengan kesihatan...Ujian dari Allah...
Assalamualaikum wbth...
ReplyDeletesaya doakan akan di berikan kesihatan......
Salam perkenalan dari
TiranaAduka...
Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..
From TiranaAduka.....: Mengenali TiranaAduka - kesihatan.
Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....
From TiranaAduka.....: Bila diri Tirana Dicintai....tanpa ku sedari
Wasalam..
Ikhlas,
TiranaAduka...
Salam perkenalan,amin.insyaallah.terima kasih byk2 kerana perihatin dan mendoakan.insyaallah...
Deleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteYa Allah...kurniakan sahabatku ini kesabaran dan sembuhkan penyakitnya, sesungguhnya Engkau Penyembuh segala Penyakit..aamiin
w'salam,amin.insyaallah..Allah Maha Mendengar dan Maha pengasihani.insyaallah.
DeleteYani, teruskan perjuangan ini....tabahkan hati...Sesungguhnya ALLAH ada bersama dengan kita...Yakinlah dengan janji-janjiNYA. Yani bertuah kerana dipilih untuk diuji OlehNYA..Sesungguhnya DIA menyayangi yani....Sabar ek...
ReplyDeleteamin.insyaallah.terima kasih byk2 kerana perihatin dan sokongan yang di berkan..insyaallah.
DeleteTeruskan kak..insyaAllah ramai yang mendoakan kebeikan untuk akak & keluarga...
ReplyDeleteamin.insyaallah.terima kasih byk2 dik kerana perihati dan sokongan dari adik.insyaallah.
DeleteYa Allah..sembuhkanlah dia Ya Allah..Kasihanilah anak2nya Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin.
ReplyDeleteamin.insyaallah.terima kasih byk2 kerana perihatin dan sudi mendoakan.insyaallah.
Deletesalam perkenalan dr sy,dila..mg awk terus tabah n kuat semangat mlalui hari2 yg pnh dg dugaan..sy bsimpati dgn nasib awk..mg allah sembuhkn awk n beri awk kekuatan dlm mbesarkan anak2..insyaallah pelangi akan muncul kembali..bertabahla wahai sahabat..
ReplyDeletesalam perkenalan dila...amin.insyaallah.ujian Allah pada hambanya berbeza...terima kasih byk2 kerana perihatin ,mendoakan dan sokongan.insyaallah.
DeleteSalam Ramadhan & Syawal yg bakal menjelma buat kak yani sekeluarga. Dibulan yang penuh keberkatan ini sy mendoakan agar kesihatan akak bertambah pulih dgn izin Allah SWT. Semoga anak2 akan terus merasai belaian dan kasih sayang seorang ibu selamanya.. Tabahkan hati & ingatlah apa yg berlaku adalah dugaan dr Allah terhadap hambanya.
ReplyDeleteSalam aidilfitri,maaf lambat reply,amin.insyaallah.terima kasih byk2 kerana perihatin,sudi mendoakan dan sokongan.insyaallah.
Deletesalam syawal buat yanie dan anak-anak
ReplyDeleteSalam aidilfitri Irfa...
DeleteAskm yanie,
ReplyDeleteSemoga Allah mendengar doa yanie dan semoga cepat sembuh ya.
Salam lebaran juga dari akak. Nanti Email alamat rumah kat akak ya ruse_nrk@yahoo.com.
w'salam..
Deleteamin.insyaallah.maaf lambat reply..moga bahagia dn ceria di aidilfitri.
Assalamu'laikum Yani,
ReplyDeleteSabar dan redhalah dengan ujian Allah. Sesungguhnya ujian adalah tanda kasih sayang Allah terhadap hambanya. Ingatlah janji Allah benar, akan ada kesenangan selepas kesusahan....akan ada keindahan dari rasa kesabaran.
Berdoalah tanpa jemu dan mintalah doa kesembuhan dari anak anak justeru doa dari mereka yang masih suci tidak ada hijabnya. Solat jgn ditinggalkan, amalkan surah al Baqarah ayat 102 dan surah Hud ayat 52 bermula dari ayat 'wayazidkum quwwatan ilaquwwatikum walatatawallau mujrimin'. Baca 3x, selawat 3x dan tiup diatas tapak tangan dan sapukan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap waktu atau selepas solat. Kita usahakan apa yang mampu selain dari bertawakal kepada Nya.
InsyaAllah doa akak akan terus mengiringi kehidupan yani dan anak anak.
salam yanie...saya baru terjumpa blog yani.... kesabaran yang sangat tinggi bagi seorang ibu utk menjaga ketiga2 org anak secara sndirian...saya x boleh bayangkan bagaimana yani uruskan anak-anak....bersabarlah yanie
ReplyDeletekak Yani...kuatkan semangat,jangan mengalah.pasti ada kemanisannya pada setiap ujian yg diterima :-)
ReplyDeleteAssalamualaikum, kak yani,
ReplyDeletesaya dah lama melihat blog kak yani, tetapi terhenti bila nak mengomen, takut komen saya bukan menceriakan hati, tetapi menyusahkan hati kak.
Di saat ini, saya cuma berharap kak Yani gembira dan senyum selalu walau di mana berada. Dijauhkan dari bersedih dan berduka. dijauhkan dari penindasan orang... amalkan selalu doa al mathurat itu kak, ia senang. Kuatkan hati untuk solat, sebab saya tau ia susah bila kita tidak bertenaga, tetapi saya doakan kak kuat selalu. Jangan rungsing-rungsing, kak. Hidup miskin, hidup kaya, perjalanan hidup kita, jodoh, semua ketentuan Allah. Sakit juga ketentuan Allah...
Senjata kita cuma doa dan kasih sesama Mukmin...
Amin atas semua doa akak..Saya juga mengharapkan sinar Aidilfitri yang akan tiba ini memberikan akak sinar bahagia dan kesembuhan.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak.Maaf kalau ader kater2 saya sebelum nie yang menyakiti hati akak tanpa saya sedar..*hug*
Selamat menyambut lebaran, Alia.
ReplyDeleteSemoga Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terus memberikan kekuatan buatmu Dik. InsyaAllah.
Assalamualaikum wbth.....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf zahir batin sepanjang perkenalan kita di alam maya inidari Tirana Aduka Sekeluarga....
Salam perkenalan,amin.insyaallah.terima kasih byk2 kerana perihatin dan mendoakan.insyaallah...
ReplyDeletesemoga awak di antara orang yang bersabar menghadapi dugaan hidup...sy tau mmg agak sukar nak merealisasikan kesabaran itu...hope Allah memberikan kesembuhan..aminnn
ReplyDeletePuan yg hamba hormati...Allah menjadikan kehidupan didunia ini dengan berpasangan. Setiap sesuatu itu akan mencari pasangannya yg ideal. Gelap akan mencari pasangannya iaitu cahaya, lemah akan mencari pasangannya iaitu ubat kuat, jiwa yg tidak kuat akan mencari semangatnya yg ertinya jiwa pasangannya adalah semangat, dll....Memang betul kata Puan setiap yg menharungi kegelapan ada sinar cahaya dipenghujungnya, setiap yg mengharungi kepahitan akan ada kemanisan dipenghujungnya, setiap kesakitan yg Puan harungi selama ini pasti ada penyembuhnya iaitu kesembuhan dari kuasa Allah SWT. Di-sini hamba berdoa seiklas hati hamba supaya Puan dapat dipermudahkan untuk sampai kepenghujungnya iaitu kesembuhan, kerahmatan, keselesaan dan keselamataan dari Allah Yang Maha Esa.....Amin3x.
ReplyDelete-Drp hamba Allah yg daif- :)
Lama Alia senyap dari sebarang update di blog. Bagaimana ya dengan keadaan Alia sekeluarga sekarang ini? Tertanya-tanya juga, bimbang kalau2 Alia ditimpa sesuatu... Saya minta Allah jauhkan Alia daripada sebarang musibah yang tidak diingini...
ReplyDeletesalam, saya dah cuba menghubungi beliau sebelum ni tapi tak dapat tapi alhamdulillah hari ni dpt call, beliau beransur baik, syukur. beliau x dapat nak updat blog lagi. doakan beliau agar sembuh
ReplyDelete