14 December 2012

Masa itu emas..

Moga termakbul impian untuk ke sana sebelum terpejam selamanya...Moga ada keajaiban dariNya..

"Ya Rahman.. Berkatilah usia kami agar sentiasa dalam ketaatan. Rahmatilah hidup kami agar sentiasa dalam keampunan. Sampaikanlah salam penuh kerinduan buat nabi junjungan serta jadikanlah kami teman... Yang berada di sisi Rasul-Mu di taman kenikmatan."amin.

"Masa itu adalah emas". Perumpamaan yang sudah lama kita dengar, dan tentu sekali kita sudah pun tahu apakah maksudnya? Masa sentiasa bergerak ke hadapan. Berjalan dan terus berjalan tanpa menunggu kita.Walau dalam bentuk apa sekali pun kepayahan dan keperitan hidup,hidup perlu diteruskan.


"Setiap saat adalah peluang".  Setiap saat yang diberi untuk kita, sebenarnya, ia adalah peluang. Tetapi peluang untuk apa? Peluang untuk menghargai masa yang masih ada dalam membekalkan diri untuk ke destinasi yang kekal selamanya.


Sahabat ku, mari kita  fikirkan semula. Kenapa kita masih hidup sampai hari ini? Kerana Allah mahu kita kembali padaNya. Mahu kita untuk dekat denganNya. Dan DIA memberikan kita setiap saat itu, setiap peluang itu sebagai ruang untuk kita kukuhkan cinta padaNya, menyesali segala dosa, dan melangkah untuk berjalan menuju ke syurgaNya.
Ya. Mustahil untuk manusia bersifat sempurna, tetapi tidak mustahil untuk mencuba dan berubah. Renungkan kembali, atas sebab apa kita dihidupkan. Kenapa kita diberi nyawa?
Hanya satu sebabnya. Sebagai hamba Allah S.W.T.  Dan setiap saat yang menjadi peluang untuk kita, adalah peluang untuk kita mencari seberapa banyak "tiket" untuk menetap di penempatan yang kekal selamanya. Sama ada syurga, ataupun neraka. Kita sendiri yang membuat pilihan, melalui transit kehidupan yang bergelar kehidupan dunia.
Setiap saat adalah peluang dan terlalu berharga.Fikirkan lagi tentang ini. Peluang ini. Masih terbuka luas peluang untuk kita cuba mengubah keadaan dan lebih mendekatkan diri padaNya. InsyaAllah. Allah akan membantu kita.
Jangan hilang keyakinan dalam hidup. jangan hilang keyakinan terhadap takdir dan ketentuan Allah. Ambil setiap peluang itu. Ambil. Dan jangan hanya terduduk, mengalah pada manusia. Jangan hanya terdiam, takut pada yang tak sepatutnya. Dan jangan hanya bisu, tunduk pada cinta.Berpegang teguhlah pada Allah..


Terima kasih Allah di atas peluang kehidupan yang masih Allah berikan..Ia amat2 bernilai...


"Ya Rahman Ya Rahim.. permudahkanlah langkah kami agar sentiasa ingin dekat denganMu. Berikanlah kami kekuatan dan kesihatan untuk sentiasa sujud kepadaMu.. Agar terdidik hati ini untuk sentiasa bersyukur dengan limpah RahmatMu. Jadikanlah jiwa ini sentiasa rindu dengan sentuhan kasih sayangMu. Jadikanlah lidah kami lembut dan tiada jemu menyebut namaMu malah rasa terhibur dengan membaca alunan kalamMu."
"Ya Allahu Ya Kareem.. Istiqamahkanlah setiap apa yang telah kami persembahkan... Engkau redhailah setiap apa yang telah kami lakukan.. Ampunilah segala dosa yang telah kami perbuatkan serta masukkanlah kami di kalangan mereka yang Engkau Rahmati dan Redhai.. Sungguh tiada daya kami melainkan Engkau yang Maha Pengampun jua Maha Pengasih."Amin.

5 comments:

  1. moga tercapai seru utk kesana.amin

    ReplyDelete
  2. mudah2an dipermudahkan segala urusan. :)

    ReplyDelete
  3. salam yanie.Apa kabar?Lama k.atie xdgr berita ttg yanie,...k.atie pon jarang update sbb biasa la bila anak2 blk bercuti,masa ibunya depan laptop trbatas.
    Rindunya nk dgr citer ttg yanie...& anak2 semua.Semoga kesihatan yanie semakin baik ya.Aminnnnnn

    ReplyDelete