23 August 2012

Salam Aidilfitri..




Salam aidilfitri buat semua sahabat sahabat,pengunjung blog,insan2 perihatin dan buat semua umat islam..Pohon jutaan maaf dan ampun jika ada terkasar bahasa,salah silap dan sering menyusahkan.
Maaf juga kerana lambat mengucapkan.Kesihatan saya tidak menentu dan masih belum stabil tapi alhamdulillah berbanding sebelum ni yang lebih lemah,insyaallah.

Sambutan raya bagi saya dan anak anak ala kadar dan amat sederhana.Bersyukur kerana masih di beri peluang untuk bersama anak anak di aidilfitri.

Syukur alhamdulillah pada Allah Taala..Buat insan insan yang perihatin dan sudi membantu saya,saya kirimkan doa moga di berikan kesihatan yang lebih baik,di anugerahkan usia yang berkat,di murahkan rezeki yang melimpah ruah,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga di bulan Syawal ini,mendapat pahala,ganjaran,rahmat,keberkatan dan keredhaan dan keredhaan dari Allah Taala.moga aidilfitri memberi seribu kenangan manis.amin.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

Jutaan terima kasih yang tiada terhingga pada insan insan yang amat perihatin ini yang sudi mendoakan,sokongan dan sudi membantu saya dan anak anak.

Sesungguhnya hati benar benar terharu dengan keperihatinan dari semua insan insan ini..Sungguh kasih sayang Allah amat luas.Di bukakan pintu hati insan insan yang berhati mulia untuk membantu.

Jutaan terima kasih yang tiada terhingga pada Eriqayzz.com,abangensem.com,hazrilhafiz.blogspot.com.kerana bersungguh sungguh membantu saya dan pada semua blogger yang membuat entry dan memanjangkan entry mengenai saya.terima kasih banyak banyak yang tiada terhingga.Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan.

Saya cukup cukup tersentuh dan terkedu bila mendapat tahu mengenai En Jejai,teratak karmo.com,juga sedang di uji Allah dengan penyakit kanser tahap 4.Menitis air mata mengenangkan beliau,sungguh tidak saya ketahui mengenai penyakitnya.Beliau pernah membantu saya berkali kali dan pernah bersungguh cuba membantu memanjangkan kisah saya.Betapa mulianya hati beliau,dalam keadaan diri sendiri juga sedang menghadapi ujian Allah tapi masih bersungguh sungguh membantu saya dan merahsiakan apa yang sedang di hidapi..Anak anak yang masih kecil amat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari bapa ini yang amat penyayang.Ya Allah,Ya Tuhanku kau ringankanlah penyakit yang dideritainya,berikanlah kesihatan yang lebih baik padanya,anugerahkanlah usia yang berkat padanya,kau sembuhkanlah penyakitnya dengan keaijaiban dariMu Ya Allah Ya Tuhanku.Sesungguhnya Engkaulah yang aku sembah,Engkaulah yang aku memohon pertolongan,hanya Engkau yang Maha Mendengar,hanya Engkau yang Maha Mengetahui.amin ya rabbal alamin.

Ujian Allah pada hambanya...Bersabarlah sahabat,kuatkanlah hati,kentalkan jiwa,usah gentar,ajal maut di tangan Allah,selagi nafas masih ada bertarung dan terus berjuanglah.Renungan mata anak anak pembakar semangat.Moga kesembuhan milikmu sahabat...Ingat Allah sentiasa.Sesungguhnya kasih Sayang Allah itu luas.Berpegang teguh dan berpautlah dengan Allah.Merayu.mengadu,merintih dan memohonlah padaNya.Insyaallah.Kuasa Allah,kehendak Allah,Pemberian Allah.

13 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Selamat Hari Raya Idul Fitri
    Maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata..
    Moga Allah kurniakan sahabat kesembuhan pada penyakit yang dilalui...aamiin

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya..saya doakan agar akak sihat dan semoga akak terus tabah dengan ujian ini.Allah Maha Penyayang.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wbth....

    salam lebaran jua maaf zahir batin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..

      sy doakan smga akk cpt sembuh n diberi kekuatan, ketenangan, kesabaran n keajaiban yg luar biasa dlm mghadapi dugaan ini..ssungguhnya Allah telah memilih insan yg mampu n sesuai dgn ujianNya..mudah2an berkat doa kwn2 n sahabat handai, akk diberikan kesihatan yg cepat..

      kak, ingatlah...

      Bila Allah cepat makbulkan Doamu,Maka DIA menyayangi,
      Bila DIA lambat makbulkan doamu,Maka DIA ingin mengujimu,
      Bila DIA tidak makbulkan Doamu,
      Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
      Oleh itu sentiasalah bersangka Baik pada ALLAH dalam apa jua
      keadaan pun..Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului

      sy doakan smga Allah menyembuhkan sgala pyakit yg ada dlm diri akk...dan selalulah amalkan ayat Bismillah 5..insy mudah2an Allah perkenankan

      Delete
  4. sedih dan pilu semoga diberi kekuatan..saya juga ada kisah duka sama seperti awk,

    berkongsi cite di blog ni,cuma disini saya dapat luahkan

    http://kasihnyamama.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Salam yanie...Selamat hari raya aidil fitri.Semoga insan2 yg sudi membantu sentiasa dimurahkn rezeki & sentiasa dilindungi oleh Allah.
    Aminnn

    ReplyDelete
  6. dtg ziarah yanie w.pun cuma dalam blog ;)

    ReplyDelete
  7. Salam. Nk tanya saya dpt email dgn details no akaun yanie : maybank 164034266923 dan rhb 16213900067447 atas nama haryani binti mat hussin. Info ni betul dan sohih ke atau ada org lain guna utk kepentingan sendiri. Boleh ke guna no akaun ni utk salurkan bantuan? Wassalam

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah,

    lama yani tak update blog..

    ReplyDelete
  9. Salam....Sabar itu istana Iman. As-Syabbur(Maha Penyabar)adalah sifat al-husna Allah SWT yg ke-99(yg penghabisan). Cuba sdri Alia baca kalimah AS-SYABBUR sebanyak 99 kali(dengan mengunakan tasbih) pada waktu siang dan malam kerana dengan berbuat demikian maka terhindarlah ia daripada bersusah hati atau dukacita. Wasallam.


    -drp hamba Allah yg daif-

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...lama yani tak update blog...apa keadaan yani sekarang yer?...

    ReplyDelete
  11. salam...yani dah lama menyepi...saya msg pon reply...sedikit risau...........

    ReplyDelete