27 October 2011

Suami isteri saling memerlukan

PASANGAN adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka atau duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Begitulah diibaratkan pasangan suami atau isteri pasti saling memerlukan antara satu sama lain ketika ditimpa masalah.

Bagi seorang suami, ia memerlukan isteri di sisi bukan sahaja untuk menyokongnya, malah sebagai kawan dan juga penasihat kepada diri suami.

Dalam kehidupan suami isteri, pastinya suami akan mencari isteri untuk berkongsi cerita, tidak kisah yang pahit mahupun yang manis, sebab itu dalam berumah tangga isteri dianggap sebagai kaunselor peribadi suami.

Dalam situasi sedemikian, suami sangat mengharapkan isteri boleh membantu menyelesaikan keadaan.

Sanjungan isteri setulus hati adalah kunci untuk memikat hati suami dalam membina keyakinannya untuk berkongsi masalah.

Namun dalam situasi begitu ada juga suami yang kecewa apabila isteri hanya akan menentang kelemahan tindakan suami itu.

Menurut penceramah bebas, Dr. Fatma El Zahra, isteri yang solehah akan bertindak sebagai kawan rapat kepada suami tidak kira ketika dalam apa jua masalah.

Wanita berketurunan Arab ini menjelaskan, sebab itu wanita sebenarnya memang dikurniakan dengan kelebihan dan satu anugerah dapat membaca dan merasai sesuatu yang unik mengenai pasangannya.

"Isteri juga sebenarnya mempunyai perspektif terhadap kehidupan suaminya yang tidak dimiliki orang lain. Isteri itu sangat dekat dengan kehidupan suaminya, sebab itu apabila suami kelihatan gelisah dia suka mengetahui sekiranya suaminya itu sedang menghadapi masalah,'' ujarnya semasa Diskusi Keluarga, Bagaikan Cinta Khadijah di hati Rasulullah SAW, di Putrajaya, baru-baru ini.

Katanya, sebagai isteri yang prihatin kepada suami, jangan tambah permasalahan dengan rungutan dan sindiran kepada suami sebaliknya cubalah menjadi kawan dan pendengar terbaik.

"Dekatilah diri si dia, tanya dengan lembut, pasti suami akan rasa selamat dan bersedia untuk berkongsi masalahnya,'' ujarnya yang memberikan tip untuk berkongsi masalah.

Bagaimanapun, dalam situasi ini jangan pula si isteri melebih-lebih memberi idea kepada suami sebaliknya jadilah pendengar yang boleh meredakan masalah kepadanya.

"Hanya sesekali berilah pendapat supaya komunikasi yang berlaku menjadi dua hala tetapi dalam masa yang sama jangan sesekali bertindak ibu kepada suami dengan memberikan perintah kepadanya untuk mengikut cadangan kita,'' ujarnya serius.

Bagaimanapun tambahnya lagi, berikanlah kebebasan kepadanya untuk menyelesaikan masalah itu dengan caranya sendiri.

Jelasnya, dalam menyelesaikan masalah, isteri boleh membantu suami memperbetulkan dirinya dengan memberikan kebebasan kepadanya.

"Dengan itu, fikirannya boleh berfungsi tanpa diganggu dan semangatnya akan berkobar-kobar,'' katanya.

Jelasnya lagi, isteri sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kelakuan suami, sebab itu sebagai isteri kita jangan sesekali melukakan ego dirinya, sebaliknya jadilah penyelamat kepada suami pada saat-saat dia menghadapi masalah dan kekalahan.

"Jika suami gagal dalam keadaan ini dan terus meruntuhkan imej suami, kesan terhadap personalitinya adalah serius dan menjejaskan keseluruhan kejayaan dalam hidupnya,'' katanya.

Bagaimanapun jelasnya, apa yang lebih bahaya ialah perasaan dendam suami terhadap isteri yang sering menjatuhkan harga dirinya.

"Sesungguhnya, isteri itu sangat penting dalam hidup seorang suami, isteri sebenarnya berperanan membina atau meruntuhkan imej seseorang lelaki.

"Bagi seorang lelaki, apabila harga dirinya telah dilukai berulang kali dia akan membina tembok atau dinding pemisah di sekelilingnya yang menjadi masalah besar dalam perkahwinannya.Bersyukurlah jika memiliki seorang suami yang penyayang,bertanggungjawab,pandai2lah mengambil hati mereka..

"Dalam perkahwinan yang bahagia tidak sepatutnya ada tembok antara suami dan isteri. Seharusnya, suami dapat meluahkan perasaannya dengan bebas tanpa khuatir disakiti hatinya," katanya.

4 comments:

  1. jenjalan ziarah yanie,

    apa2pun hanya kasih dan pertolongan Allah yang kekal abadi.

    ReplyDelete
  2. Ahp..terima kasih,benar.tiada yang abadi melainkan Kasih dan pertolonganNya.

    ReplyDelete
  3. salam yanie..terima kasih atas doa & nasihatnya kpd k.atie.Insallh,berkat doa semua adik & Ayah k.atie akn sembuh spt sediakala.
    Semoga yanie juga diberikn kekuatan & kesihatan yg baik...kesabran yg tinggi menempuh dugaan ini.
    Maaf la xdpt membalas msj di hpone..kredit habih :D.K.atie amat menghargai msj2 yyg yanie kirimkn.Terima kasih

    ReplyDelete
  4. w'salam kak.insyaallah,amin.dapat ke msg yg hantar kat phone tu.dh byk kali send tp failed.alhamdulillah,moga kita semua dalam lindungan dan penjagaan Allah Taala.amin.

    ReplyDelete