08 October 2011

Apa itu Glaukoma



Semalam ke Husm,pening makin menjadi.semalaman kesakitan,bila tak dapat tahan barulah nak ke hospital.Bila pendarahan bermula,bahaya jika hb rendah.Mata ni makin tak boleh tengok cahaya,kena pakai cermin mata hitam.Silau dengan cahaya.Kalau tengok cahaya lama sikit,mata akan berpinar2 dan boleh pitam.Mata sebelah kiri ada masalah,ada satu titik hitam bulat.Dah hampir 2 tahun.Doktor suspect "glukoma".Mata kabur,kadang2 nak rebah bila nampak titik hitam dalam mata dan cahaya yang terang..

Result hb walau masih rendah tapi tidak memerlukan transfius,tapi tetap kena berwaspada.Hb tak stabil..Wbc pun sama.Bila nak buat bone marrow biopsy.Sepatutnya semalam dijadualkan masuk wad di Husm,9/10 ni nak kena repeat Endoscopy,Colonoscopy dan barrium.Masih lagi terpaksa tunda atas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan.Moga dapat bertahan buat sementara waktu.


Apa Itu Glaukoma ?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang penglihatan tanpa disedari. Sekiranya ia dapat dikesan pada peringkat awal, kehilangan penglihatan / kebutaan kekal dapat dielakkan.

Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah mata.

Terdapat banyak jenis Glaukoma. Namun kebiasaannya, Glaukoma yang sering dihidapi pesakit adalah 'Glaukoma Sudut Terbuka'. Glaukoma jenis ini biasanya berlaku tanpa disedari oleh pesakit.

Bagaimana ia terjadi ?

Dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang berkitaran menerusi bahagian depan mata dan keluar melalui salur 'Canal of Schlem'.

Dalam Glaukoma, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan dirembeskan ke bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.

Apabila tekanan meningkat lebih dari paras biasa, ia akan menyebabkan kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang menyambungkan mata ke otak. Kesannya ialah medan penglihatan akan terjejas sedikit demi sedikit dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.

Siapakah sasaran Glaukoma ?

  • Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
  • Umor 40 tahun ke atas
  • Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi
  • Pengambilan ubat Steroid

Apa Itu Glaukoma Kronik ?

Tanda-tanda :

  • Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan
  • Sakit kepala atau rasa senak pada mata
  • Buta tanpa sebarang tanda awal

Apa Itu Glaukoma Akut ?

Tanda-tanda :

  • Sakit mata secara tiba-tiba
  • Mata merah
  • Kabur penglihatan
  • Sakit kepala
  • Loya dan muntah-muntah

Apakah rawatannya ?

  • Ubat titis mata
  • Ubat Pil
  • Pancaran laser
  • Pembedahan

Apakah tindakan anda?

Dapatkan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :

  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma
  • Berumor lebih dari 40 tahun
  • Mempunyai tanda-tanda Glaukoma
  • Menghidap Diabetes / Darah Tinggi

PERINGATAN

RAWATAN DAN SUSULAN BAGI PESAKIT GLAUKOMA DIPERLUKAN SEUMUR HIDUP. PASTIKAN RAWATAN DIAMBIL MENGIKUT NASIHAT DOKTOR.

SAYANGILAH MATA ANDA

No comments:

Post a Comment