17 October 2011

Mengharungi kehidupan...


Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidupmu tak selalu bahagia,
Sedekahkanlah senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Kukuhkanlah Iman walau hari-harimu di penuhi dugaan
,Hiduplah di dalam limpahan kasih Ar-Rahman walau org menyisihmu,
dan Berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan…Bukti kasihNYA ~ kita wujud di dunia yg hanya pinjaman,
Ada sebab & hikmah apabila berlakunya sesuatu perkara suka mahupun duka,
dan Yakinilah DIA menguji setiap hambaNYA yg beriman kepadaNya.
Jgn terlalu banyak berkhayal utk jadi yg terbaik kerana hidup tak semudah itu,
Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai sebuah pengabdianyg hakiki lagi abadi..
.Moga lelahmu dihargai Ilahi ~ Walaupun jemu dicemuh insan

2 comments:

  1. t kasih,
    barangkali itulah yang namakan beza mereka yang berjiwa kecil atau besar.
    perjuangan mesti teruskan selagi terdaya mengikut cara masing2.

    moga sahabat sabar & tabah selalu.
    anak2 ceria dan sihat, insya-Allah...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ahp,insyaallah.ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.doa dari saya sentiasa mengiringi sahabat..

    ReplyDelete