Diriwayatkan Rasulullah SAW hampir setiap hari memberi dan menyuapkan makanan kepada seorang pengemis buta beragama Yahudi yang mengemis disebuah pasar. Ketika menyuap makanan kepada pengemis tua ini. Yahudi tua ini tidak pernah putus putus mencerca akan Rasulullah SAW dan menghina agama Islam. Namun Nabi tidak pernah memarahinya malah Nabi dengan sabar terus menyuap makanan kepada Yahudi tua yang buta ini. Hampir beberapa lama peristiwa ini berlaku sebegitu. Yang akhirnya apabila Rasulullah telah wafat, kerja mulia ini telah diambilalih oleh Abu Bakar. Itupun setelah mendapat arahan dan nasihat dari Fatimah sebagai menyambung kerja mulia Rasulullah SAW.
Setelah disuapi, Pengemis buta Yahudi ini telah membentak kepada Abu Bakar dan mengatakan bahawa engkau ini bukanlah orang yang sering menyuapkan makanan kepadaku setiap hari. Abu Bakar berkata bahawa akulah yang menyuapkan kamu pada setiap hari. "Tidak" kata pengemis tua itu dan manyambung dengan berkata "orang yang sering menyuapkanku itu memang ada kelainan daripada kamu. Ia menyuapkan aku dengan lembut dan ikhlas sekali, Makanan yang keras dilembutinya terlebih dahulu sehingga ianya menjadi lembik dan mudah aku menelannnya. dan cara suapannya amat selesa dan disenangi sekali. "Engkau bukan orangnya" marah pengemis buta kepada Abu Bakar. Akhirnya mengakulah Abu Bakar bahawa selama ini yang menyuapkan makanan itu adalah orang lain. Pengemis bertanya " Dimanakah orang mulia itu " Jawab Abu Bakar, beliau telah wafat. Bertanya lagi pengemis buta ini. Siapakah yang sebenarnya orang yang telah menyuapkan aku selama hari ini. Kata Abu Bakar : Yang menyuapkan makanan pada setiap hari kemulutmu itu adalah Nabi Muhammad SAW. Pengemis tua ini menangis teresak resak dan amat menyesal atas perbuatannya kerana telah menghina dan mencaci Nabi, sedangkan orang yang dihina itulah yang telah menyuapkan makanan kepadanya pada setiap hari. Asabab ini, ia telah memeluk agama Islam atas kagumnya terhadap akhlak mulia Nabi Muhammad SAW, yang sanggup menyuapkan makanan kepada orang yang menghinanya pada setiap hari. Fikirkan2lah Bayangkan seorang manusia agong sanggup menyuap makanan kepada pengemis tua yang hina ini, yang tidak ada pertalian darah, pertalian saudara maupun pertalian agama , tetapi kerana sifat kesihan kepada insane malang yang buta ini, Rasulullah sanggup melakukannya.
Apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari Kisah Rasulullah SAW menyuapkan makanan kepada Yahudi ini?
No comments:
Post a Comment