Dipetik dari sumber yang tertentu....Buat panduan kita bersama..
Berikut ini saya ceritakan kepada anda perjalanan hidup kawan.Dia memang seorang yang soleh dan rajin beribadah.Tetapi dia sedang menghadapi ujian getir kerana mempunyai seorang isteri yang menghidap penyakit barah.Mereka sudah dikurniakan tiga orang anak.Dunia nampak sedemikian sukar kerana derita itu dan bumi seolah olah gelap dalam pandangan matanya.
Ada seorang ulama menasihati kawan saya itu supaya mengerjakan sembahyang malam dan berdoa menjelang Subuh,kemudian beristigfar dan membacakan sesuatupada air zam zam sebagai ubat isteri tersayang.Nasihat itu ia amalkan.Tidak berapa lama kemudian Allah menggerakkan atinya ketika berdoa agar isterinya mandi dengan air zam zam disertai bacaan tadi.Ia duduk bersamanya dari sembahyang fajar hingga terbit matahari dan dari waktu sembahyang Maghrib sehingga waktu sembahyang Isyak.Ia sentiasa beristighfar dan berdoa,maka Allah pun mengabulkan permintaannya.Isterinya sembuh semula dan diberi kulit yang lebih baik dan rambut yang lebih elok.Ia sembuh kerana sentiasa bergantung pada istighfar dan sembahyang malam.
Maha Suci Allah yang telah menyembuhkan dan membuatnya sihat semula.Tiada Tuhan selain Allah dan tiada tiada pemelihara selain Dia.
Oleh itu,jika anda sakit bersegeralah bertaqarrub kepada Allah.Perbanyakkanlah istighfar dan doa serta bertaubatlah.Bergembiralah dengan apa yang menggembirakan anda.Sesungguhnya Allah Maha mengabulkan setiap permohonan,menghilangkan kesedihan dan kebimbangan.
"Siapa yang memperkenankan (doa) orang dalam kesusahan apabila ia berdoa kepadaNya." (Surah An Naml:62)
Pedoman hidup
Renunglah semula masa lalu dan masa depan anda.Insaflah bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti,orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat itulah yang menang.
"Dia (Allah) Maha Mengasihani kepada orang-orang yang beriman".
No comments:
Post a Comment