Dalam zaman kini bila seseeorang diuji dengan musibah penyakit kronik,kita sering bergelut dengan pelbagai persepsi negatif,bersedialah untuk menerima hentaman lisan atau dilabel dengan pelbagai tohmahan walau majoritinya dari kaum keluarga yang terdekat.Terkadang,ada nilaian baik yang cuba kita tegakkan,namun dipandang serong sehingga disalah ertikan.Segelintir daripada mereka itu pantang dicabar kewibawaan,seolah olah tercalar reputasinya jika kemampuannya ditegur atau cuba diperbertulkan .
Orang lain tidak pernah tahu tentang diri kita.Hanya kita yang memahami dan tahu siapa kita yang sebenarnya.Biarkanlah setiap ulasan yang mengundang cemuhan atau kata nista yang tidak diperlukan itu,menjadi asam garam yang memperteguh pendirian dengan izin ALLAH.
Serangan daripada pelbagai sudut dan ruang daripada mereka yang tidak memahami tentang diri kita atau yang faham sebahagian,walau beberapa kali kita cuba jelaskan,atau mereka yang terang pendiriannya dengan bahasa penghinaan yang dihias syaitan atau juga mereka yang diam tetapi menjalankan pelbagai propaganda menghentam perjuangan kita meneruskan langkah juga sekadar suka suka untuk memperhebat diri yang disangka penuh dengan kemuliaan.Biarkan mereka dengan apa yang menjadi objektif kehidupan yang diingini.
Sesungguhnya tidak sedikit pun penghinaan itu mampu mengubah fizikal dirimu.hidung kita tidak akan tercabut kerananya.Wajah kita tidak akan menjadi cacat kerana bicaranya.Tiada yang kurang dalam diri seseorang tatkala dihentam denagn bahasa yang jijik dan nista.Percayalah...Kekuatan akan terbit nanti..
Dan bersabarlah (Wahai mUhammad) dan tidaklah kesabaranmu melainkan dengan pertolongan ALLAH dan janganlah engkau sedih denagn (kekafiran) mereka dan jangan pula bersempit dada atas tipu daya mereka. - Surah An-Nahl:127)
Benar...hati akan terluka dengan kata kata nista yang dilemparkan.Namun,kesakitan yang membekas akan menjadi parut sementara yang akan hilang jika dilupa dan tidak dibalas.Berdoalah untuk kebaikan,bukan menyimpan dendam yang berpanjangan.
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menetangnu), dan jauhkanlah dirimu daripada mereka denagn cara yang baik.- Surah Al Muzzammil:10)
Adapun hamba-hamba TUHAN yang Maha Pengasih itu adalah orang yang berjalan di atas muka bumi dengan kerendahan hati dan apabila orang jahil menyapa mereka,maka mereka (mengucapkan perkataan yang)sejahtera.-Surah Al Furqan:63)
Di sebalik setiap dugaan,ada tersimpan satu hikmah.Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan ALLAH SWT.Apa yang pasti,setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar cinta -NYA terhadap kita.
Apa yang penting,teruskanlah perit perjuangan walau di mana sahaja dengan penuh yakin dan tawakal kepada ALLAH.Usah memandang rendah terhadap insan yang kita bersangka akan kelemahannya atau terselah ciri fizikal yang tidak kita suka.Bahkan,jangan sesekali ada lintasan untuk menyatakan bahawa kita ini lebih baik daripadanya.Bersabarlah...sesunggunya sabar itu separuh daripada iman.
No comments:
Post a Comment