19 October 2011

Derita sakit itu bahagia..

Senyumlah padaku,
Tahanlah gulanamu,
Sabarlah sewaktumu pada dunia
Yang bakal berlalu.

Sakit deritamu bukan hukuman,
Bukan pula juri dendam,
Yang membunuh kebahagiaan,
Bukan ditakutkan dengan kematian,
Ia adalah permulaan bahagia,
Berjuma Ar-Rahman.

Jangan diseka kedamaian lalu yang telah luput,
Atau kecewa mengimbau keindahan
Hidup yang kian surut,
Atau mengeluh kesal dengan sihat,
Yang telah larut.

Kebahagiaan hakiki bukan di sini,
Keindahan yang diharap
Tidak selamanya
Akan abadi.

Bersyukurlah...
Bahawa derita sakit itu tanda kasih sayang daripada Allah,
Mengangkat taraf insan dengan keampunan dan rahmah,
Penghapus kealpaan diri yang terleka,
tentang zikir,doa dan pasrah.

Bahagialah dalam sakit derita,
Kilas pahala dan keampunan
Tidak terhenti berganda,
Darjatmu diangkat buat melupuskan
segala kesalahan dan dosa.

Bahagialah dalam sakit derita,
Aku juga menumpang pahala,
MenziarahiMu dengan senyum dan gelenang kasih air mata.
Aku bahagia dalam Kasihmu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...

No comments:

Post a Comment