Apabila solat ditinggalkan
Atau solat dengan kejahilan
Atau solat di dalam kelalaian
Hubungan hamba itu dengan Khaliq (Pencipta)nya
Sangat cacat atau terus terputus
Kutuk dan laknat pun berlaku ke atasnya
Oleh Allah,para malaikat,seluruh makluk Allah
Kecuali jin dan manusia
Kalau begitu apalah erti kekayaan
Tiada erti lagi kebesaran dan kekuasaan
Nama dan glamour tiada berguna
Bintang kehormatan akan menempa kecelakaan
Dirikanlah solat di atas waktunya
Di awal waktunya
Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya,hadirkan hati,
fahamkan maksudnya
Hayatilah tuntutan-tuntutanNya
Rasailah kehebatan ALLAH
Menghina dirilah di hadapanNya
Agungkan dan besarkan ZatNya
Hilangkan segala yang ada
Hanya kewujudanNya sahaja yang kita rasa ada
Ingatlah,solat adalah amalan
Yang mula mula diperiksa
Dirikanlah solat
Jangan hanya solat
Agar seluruh malam kita diterimaNya
setiap waktu
No comments:
Post a Comment