05 July 2010

Tabiat Positif Ke arah Kesihatan Payudara Yang Baik


Pengesanan awal adalah lebih baik


Langkah pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara(SBE) secara rutin iaitu sebulan sekali adalah amalan positif yang harus dilakukan oleh setiap individu kaum hawa sebaik sahaja mencecah usia 18 tahun.

Sekiranya anda sudah pun mencecah usia 40 tahun, selain daripada melakukan pemeriksaan payudara secara sendiri, anda haruslah mendapatkan pemeriksan payudara secara klinikal yang dilakukan oleh pengamal perubatan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun. Untuk mereka yang berusia diantara 20 hingga 39 tahun pula, pemeriksaan klinikal bolehlah dilakukan setiap tiga tahun sekali.

Dikebanyakan negara, amalan pemeriksaan saringan mamografi seringkalinya disyorkan kepada wanita yang usianya melebihi umur 50 tahun. Namun, adalah lebih baik jika penggunaannya diperluaskan kepada mereka yang sudah pun mencecah usia 40an. Langkah ini adalah elok terutamanya di negara-negara yang menunjukkan peningkatan kes barah payudara khususnya di kalangan wanita sebelum menempuh usia menopos. Pendapat serta syor ini turut mendapat sokongan Persatuan Kanser Amerika Syarikat. Persatuan tersebut mencadangkan amalan pemeriksaan saringan mamografi untuk kaum wanita sebaik sahaja mereka mencecah usia 40 tahun. Institut Kanser Kebangsaan di Amerika Syarikat turut mensyorkan cadangan yang sama seperti yang disyorkan oleh Persatuan Kanser Amerika Syarikat

Berjumpalah dengan pengamal perubatan untuk menentukan profail risiko anda. Keperluan untuk mamografi tidak semestinya hanya bergantung kepada umur anda. Ia lebih tergantung kepada terdapatnya faktor risiko serta simptom penyakit payudara.

Paling pentingnya adalah jika sekiranya anda merasai ada sesuatu yang tidak kena pada payudara anda, pastikanlah anda berjumpa dengan pengamal perubatan secepat yang mungkin. Jangan sekali melengah-lengahkannya. Andalah yang sebenarnya bertanggungjawap terhadap kesihatan serta kewalafiatan diri anda.

KAUM LELAKI! MEREKA JUGA TIDAK TERKECUALI

Penyakit barah payudara ini tidak juga mengecualikan kaum lelaki daripada menjadi mangsanya. Biarpun kadar serta nisbah penghidap barah payudara adalah jauh lebih rendah daripada kaum hawa, namun risiko penghidapannya sentiasa wujud.

Kepada kaum lelaki yang mempunyai sejarah penghidapan penyakit pada ahli keluarga lelakinya seperti ayah ataupun adik-beradik lelakinya, pemeriksaan payudara haruslah dilakukan dengan kerap yakni setiap bulan. Sekiranya anda mendapati ada kelainan serta perubahan pada payudara, eloklah anda berjumpa dengan pengamal perubatan secepat yang mungkin. Sentiasa beringat bahawa pengesanan awal mempunyai peluang yang lebih besar dalam usaha pemulihan dan perawatannya.

Amalan Strategi Pengesanan Tiga Sendi Untuk Melakukan Pengesanan Awal. Mengapa Ianya Dilakukan?

Mungkin anda bertanyakan mengapakah amalan ini dilakukan? Jawapannya ialah sekiranya kaedah pengesanan dilakukan dengan hanya menggunakan salah satu kaedah sahaja, kemungkinan untuk mengesan secara sempurna (100%) tidak dapat dilakukan. Langkah terbaik adalah menggunakan gandingan ketiga-tiga kaedah tersebut. Untuk mengetahui sebab dan mengapa, rujuklah kepada rumusan yang disediakan di bawah.

Berikut adalah rumusan yang diambil daripada pelbagai rencana pada tapak Web ini mengenai kemampuan serta pendekatan setiap kaedah pengesanan barah payudara.

Fakta Utama/Mesej Utama

  • Apabila melakukan pemeriksaan payudara secara sendiri, seseorang individu itu akan hanya dapat mengenal pasti lesion yang puratanya berukuran 2 cm. Namun, sekiranya ianya dilakukan oleh para pengamal perubatan yang berpengalaman, mereka akan dapat mengenali lesion yang ukurannya adalah separuh daripada ukuran 2 cm.
  • Namun, adalah tidak praktikal serta menjimatkan sekiranya anda membiarkan tugasan pemeriksaan bulanan dilakukan oleh para pengamal perubatan. Anda berupaya untuk melakukannya sendiri. Lagipun bukankan anda yang lebih mengetahui mengenai payudara anda?
  • Manakala, jika anda adalah individu yang termasuk dalam kumpulan penghidap yang dikenal pasti sebagai usia yang disyorkan untuk melakukan pemeriksaan mamografi, eloklah anda melakukannya. Ini adalah kerana dengan melakukan pemeriksaan sedemikian, lesion yang saiznya sekecil sebiji beras pun akan dapat dikesan serta dikenal pasti, iaitu, sebelum ia dapat dikesan dengan pemeriksaan menggunakan “tangan sendiri”.

No comments:

Post a Comment