06 July 2010

Kekuatan minda

Dipetik dari LINNCOMEL.COM

Pernahkah Anda membayangkan, seberapa kuatnya fikiran Anda dapat mempengaruhi diri Anda? Sekarang saya hendak mbercerita beberapa kisah terbaru mengenai minda. Melalui pengalaman ini, ianya membuktikan bahawa minda separa sedar mempunyai kekuatan yang besar yang dapat mempengaruhi kehidupan Anda.

Semalam, ketika saya keluar untuk makan malam, saya terjumpa dengan salah seorang pesakit yang pernah mendapat rawatan kerana mengidap penyakit kanser paru-paru. Ketika saya pertama kali menemui beliau, beliau baru saja didiagnose mengidap penyakit tersebut. 6 bulan selepas melakukan pembedahan dan rawatan kimoterapi, beliau admitted lagi di hospital tempat saya bertugas, kerana kanser tersebut telah merebak ke otak, sehinggakan beliau tidak dapat memahami setiap perkara yang beliau lakukan. Selepas didiagnose, oncologist di hospital tempat saya bertugas mengatakan beliau mempunyai hanya 6 bulan peluang untuk hidup.

Tetapi pesakit ini, tidak pernah putus asa, disebabkan tidak bersetuju dengan cara rawatan oncologist tersebut, beliau telah menukarkan rawatan ke hospital lain, dan seterusnya mendapatkan rawatan dan pembedahan neurosurgeon untuk mengeluarkan tumor yang berada di otaknya.

Selepas, menjalankan pembedahan tersebut, beliau berulang alik mendapatkan rawatan pakar di salah sebuah hospital di Singapura. Sehinggalah saya bertemu beliau semalam, hampir satu jam saya berborak dengan beliau dan isterinya.

Bagaimana dengan keadaan fizikal beliau semalam? . Sekiranya saya menemui beliau pertama kali semalam, sudah tentu saya tidak akan tahu bahawa beliau pernah mengidap penyakit kanser final stage.

Kerana beliau kelihatan sihat, dan tiada bezanya jika dibandingkan dengan orang lain. Kecuali, kepala beliau botak, kerana kesan daripada rawatan kimoterapi.

Apakah rahsianya? Beliau hanya percaya, beliau hanya boleh manaruh 30% kepercayaan kepada ubat-ubatan dan rawatan. Manakala 70% lagi, beliau percaya dengan berfikiran positif, will power, beliau akan hidup lama daripada apa yang dijangkakan oleh doktor.

Beliau juga berkata, sekiranya beliau percaya kepada jangkaan doktor, pasti beliau sudah meninggal 2 tahun lalu. Tetapi dengan kekuatan minda beliau, beliau masih lagi hidup sehingga sekarang.

Peristiwa ini juga, mengingatkan saya kepada seorang doktor, yang melakukan kebiasaan yang cukup berbeza dengan doktor yang lain. Selain memberikan preskripsi ubat, beliau juga sentiasa memberi saranan kepada pesakitnya supaya berfikiran positif dan tidak terlalu mengikut rasa sakit tersebut. Saranan tersbut, adalah salah satu alternatif untuk mempercepatkan penyembuhan, dan terbukti pesakitnya lebih cepat sembuh daripada kebiasaan.

Apakah saranan yang doktor tersebut berikan? Beliau menyuruh pesakit membuat affirmasi atau autosuggestion ‘Saya sudah sembuh, saya sihat’ untuk setiap satu jam.

Kepada Abang Azlan, iaitu pesakit yang saya temui semalam. Semoga sentiasa berfikiran positif dan hidup dengan penuh kgembiraan dan kebahagiaan bersama keluarga.


No comments:

Post a Comment