Berkasih sayang biarlah kekal ke akhir hayat..susah senang hadapi bersama bukan hanya pada saat2 indah sahaja...Terimalah segalanya seadanya...tiada manusia yg sempurna..Di saat terlantar sakit,insan di sisi hilang sekelip mata...bagaimanakah perasaan,tiadakah rasa simpati pada ank2?Walaupun susah,walaupun sakit,tiada manusia yang minta hidup sebegini....
Bayangkan tengah terlantar sakit dan sentiasa diselubungi ketakutan dalam diri..sentiasa berperang dgn emosi sendiri tiba2 dikejutkan lagi dengan ditinggalkan suami..masa tu tak leh langsung nak buat apa2...anak yg kecil masa tu 2 tahun..masih minum susu..bygkan tgh2 malam...menangis nak susu..sebelum ni bks suami yg buat semua tu.bila dia dah tak de,kena merangkak ke dapur...dengan air mata yang tak berhenti mencurah2 kat lantai sambil merangkak....dalam hati saya meminta2 agar dia tergerak hati akan penderitaan isteri kat sini...Dia hilang tanpa jejak,tanpa kesan kerana dah tak sanggup menjaga isteri yg terlantar sakit... dia dah tak sanggup....dengan tak de belasnya.saya faham dia tertekan tapi ini dugaan pada kita...
Setiap kali air mata ni keluar dalam hati tak berhenti2 saya memohon agar bks suami terfikir akan penderitaan saya dgn ank,walau hati saya benar2 terluka...tenangkah tinggalkan isteri dalam keadaan macam ni...dia tk dapat dikesan....air mata isteri yg tgh sakit ni jgn dipermainkan....ada satu malam dia menelefon,tak boleh tidur langsung tiba2 teringat kat saya dan ank2 tapi dihalang oleh keluarga.kerana sebelum ni dia sudah lafazkan talak jarak jauh..walau nak terbang ke sini segalanya dah terlambat....cukupla kalau dia dah sedar...
No comments:
Post a Comment