Seringkali kita lihat atau mendengar perihal berkenaan bayi2 yg bernasib malang sama ada dibuang,ditinggalkan serta dijadikan bahan jual-beli demi mencari keuntungan.persoalannya kini kenapakah undang2 atau penguatkuasaan seakan lemah terhadap perkara2 yg berhubung kait soal2 bayi yg malang ini.tika kita dikejutkan dengan perihal pembuangan bayi tanpa ada titik noktahnya,kini bayi2 dijadikan bahan untuk mendapatkan keuntungan pula.jika pembuangan bayi kebanyakannya lahir dari aktiviti luar nikah,timbul pula isu pemerdagangan bayi oleh pihak2 atau sindiket yg tentunya memfokuskan golongan termengandung sebagai pembekal atau kilang yg memberikan habuan lumayan kepada mereka.Jadi golongan yang termengandung dan sindiket ini seakan bergantung antara satu sama lain..
Cuba bayangkan seorang bayi ini dijual pada anggaran rm8000-rm10000 seorang,melebihi gaji seorang pengurus tu...cuba bayangkan dlm sebulan 7-8 bayi berjaya didagangkan..........
Tetapi pernahkah insan2 ini terfikir betapa bernilai akan REZEKI kurniaan Allah ini, saat Allah memberikan peluang kerana akan timbul satu saat dimana Allah akan menarik kembali rahmat itu atas kemurkaan yang dilakukan kepadanya.Cuma saya terfikir sejenak dimanakah tempatnya anak2 ini bergantung harap,bagaimanakah kehidupanya,adakah kasih sayang untuknya kerana dlm pengetahuan saya anak2 ini akan dibekalkan kepada golongan2 yang tidak mempunyai zuriat,namun ada juga positifnya jika dibandingkan dengan pelaku yang membuang bayi2 yg tidak berdosa ini di segenap ceruk spt semak,tong sampah,sungai dan sebagainya.
Apa yang pasti,rezeki Allah itu ada pada mereka yang bersyukur serta menghargai akan pemberiannya..sesungguhnya bayi itu membawa rahmat dan rezeki serta harta dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment