31 July 2010

Nur Umairah derita kepala besar

Berita metro 24 July


NORBAIZURA (kiri) melihat Nur Umairah sambil diperhatikan Hasliza dirumahnya di, Kuala Ketil, Baling semalam.


BALING - Usia Nur Umairah Mohd. Zaidi baru enam bulan tetapi nasibnya tidak sebaik kanak-kanak lain apabila tisu otak disahkan semakin nipis menyebabkan kepalanya membesar menyamai kepala dua orang dewasa.

Lebih menyedihkan, akibat tumbesaran yang dialami, mata kanannya telah disahkan buta dan Nur Umairah tidak lagi mampu menggerakkan kepalanya yang sudah mencecah berat hampir empat kilogram.

Menurut ibunya, Norbaizura Dol, 29, Nur Umairah dilahirkan bersama ketumbuhan kecil di kepala dan mengalami kecacatan pada bibirnya selain tidak mempunyai rongga hidung.

"Ketika membuat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, doktor memberitahu tisu otak anak saya yang semakin nipis menjadi punca kepalanya membesar.

"Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa agar anak saya sembuh. Dia juga terpaksa minum susu setiap hari menggunakan tiub getah yang dibekalkan oleh HSAH," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil semalam.

Menurut Norbaizura, ketumbuhan yang membesar itu menyebabkan urat pada kepala anak bongsunya daripada tiga beradik itu kelihatan dengan jelas.

"Walaupun kepalanya membesar dan menonjol, badan Nur Umairah masih aktif bergerak menyebabkan saya terpaksa berhati-hati ketika membersihkan badannya.

"Kepalanya yang besar membuat menyebabkan dia sentiasa tidak stabil bila dipegang," katanya yang hidup dengan pendapatan suaminya, Mohd. Zaidi Abdul Rahman, 34, seorang penoreh getah.

Dua lagi anak mereka, Mohd. Aiman Hakimi, 7, dan Mohd. Aiman Haikal, 5 tahun tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Tambah Nurbaizura, dia dan suaminya amat berharap jika ada pihak yang sudi tampil untuk membantu merawat anaknya itu dengan menghubungi talian 012-4045076 atau memasukkan ke akaun BSN 0711129000100633 (Norbaizura).


30 July 2010

bukan simpati yg dipinta


Luahan hati atau apa saja coretan di sini bukan untuk meminta simpati tapi sebagai luahan hati untuk di kongsi,dijadikan peringatan...Setiap org pasti ada kisah yg tersendiri..Kisah dalam meniti perjalanan hidup...Kisah suka duka boleh dijadikan ikhtibar...bukan senang menghadapi dugaan dalam hidup ni terutama bila diuji dengan hilang keupayaan atau sakit..bagaimana untuk mengharungi kehidupan dalam keadaan yg serba sukar tanpa ada sokongan..


Taman permainan di HUSM


Sebenarnya nak gi emergency Husm,badan rasa lemah sgt.tiba2 rasa senak kat dada n rasa kering.pening memang semestinya ada.tapi setelah ke Husm lain jadinya.Bila tgk ank2,rasa kasihan sgt.asyik ke hospital saja..sampai kat Husm cuba tenangkan diri,cuba kuatkan diri dan cuba psiko kan diri...Kat Hsum dekat bahagian pesakit luar ada taman permainan budak2..petang2 pesakit luar dah tutup..ptg semalam cuba bawa ank2 main kat taman dulu..maknya ni yg dah nak pitam,bila nengok ank2 punyala riang duk main kat taman...rasa terhibur sejenak.cuba lupakan sakit ni...hilang stress sejenak...sampai tk jadi ke emergency...sekarang ni pening menjadi2 walau duduk,duduk dlm 10 minit rasa mcm nk rebah dah...yang buat bertahan,control mind saja.cuba bertahan dn positive.tak apala walau kt taman hospital pun.masa tu tk de org,atau kanak2 lain kt situ.bimbang juga bermain kt kawasan hospital ni....harap2 dijauhila dari yg tk elok.
setiap detik masa yg ada adalah bernilai.hargailah masa yg ada untuk ank2...walau penuh kesukaran.kita tak tahu apa yg akan berlaku kelak.















29 July 2010

Gastrik

Jom kongsi info tentang gastrik...

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang mencerna makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohnik
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

gastritis

Tip Sepanjang Bulan Puasa

  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

28 July 2010

Pesan Nabi Seminit amalan sebelum tidur

Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku pada hari ini, mungkin ada atau sememangnya ada di antara kita yang terlepas pandang atau sudah menjadi kebiasaan melupakan amalan-amalan yang asas dilakukan dalam kehidupan kita sebagai orang islam.

Sedangkan kita tahu sesetengah amalan jika dilakukan seumur hidup kita bakal mendapat barakah yang tidak ternilai ganjarannya. Insya allah.

Antara tanggungjawab seorang penulis blog adalah dapat menyampaikan atau berpesan-pesan tentang kebenaran dan kebaikan. Mudah-mudahan dapat menjadi renungan untuk kita semua.

Amalan yang paling ringan dilakukan kita adalah seperti melakukanamalan sebelum tidur. Aku rasa memang jarang kita nak buat . Yalah dan terbongkang kat tilam dan dah dapat bantal empuk, apalagi, lelap la bukan?

Fikirkan kembali!

Amalkan amalan tersebut sebelum tidur yang dikenali sebagai tafsir haqqi. Rasulullah pernah berpesan kepada Aisyah ra,

Ya Aisyah, jangan engkau tidur melakukan empat perkara.

Empat perkara yang dimaksudkan Rasulullah ialah,

  1. Sebelum khatam Al-Quran.
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
  4. Sebelum kamu laksanakan haji dan umrah.

Aisyah bertanya,

Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam satu masa?

Rasulullah tersenyum lalu bersabda,

Jika engkau tidur, bacalah,

1. Al-Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.

Surah Al-Ikhlas

Maksudnya,

  1. Katakanlah (Wahai Muhammad), (tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa-NYA.

2. Selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Allohhumma solli a’laa syaidina Muhammad wa’ala alihi syaidina Muhammad

Baca selawat sebanyak 3 kali.

3. Istighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astagfiruloh al adzhiim alladzi laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih

Beristighfar sebanyak 3 kali.

4. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Subhanaloohi walhamdulillahi wala ilaha illallahi wallahu akbar

Dibaca 3 kali.

Renungkanlah! Insya allah dengan usaha kita sedari kecil ini memungkinkan kita mendapat lebih hidayah dan nur keimanan yang lebih teguh dan cekal menghadapi hari-hari yang penuh cabaran pada masa ini.

Mungkin juga bermulanya amalan tersebut menguatkan dan dapat memperbaiki lagi hubungan kita dengan Allah.

Pesan Nabi...

Daripada Abdullah Bin AMR' meriwayatkan:Rasullullah SAW bersabda,"Sebaik2 kawan di sisi Allah Taala ialah yang terbaik hubungannya dengan kawannya dan sebaik2 jiran di sisi Allah ialah yang terbaik pergaulan dengan jirannya.....


Wanita yang patut dijauhi

1. Wanita kategori liar. Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka. Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula. Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang. Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai. Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera. Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa. Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya. Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita

Sedekah


Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut:

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung."

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi). Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api). Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram dengan air). Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat). Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dan lain-lain yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

Rasulullah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda Rasulullah SAW, sbb : Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru, "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb : "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah". "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah". "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Juma'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Juma'at ini kita menyumbang RM5 ke kotak amal tersebut maka sebaiknya Juma'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka.

Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yang pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya." (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad)

26 July 2010

Bertahan dan bertahan selagi mampu....


Semalam...keadaan masih sama...ke kecemasan husm,hydration lagi.masih banyak lagi test2 yg perlu di buat.doc nak repeat mri atau ct scan ke kepala.sehingga kini tk dapat nk sahkan lagi penyakit lain..keadaan makin lemah....ngan aiman sampai tertidur kat atas katil..aiman mesti bosan duk ulang alik ikut mak gi hospital tapi dia tak banyak ragam.cukup senang...tak nak bawa kat hospital tapi nak letak ngan sape....keadaan kesihatan benar2 merunsingkan...nak teruskan rawatan pun belanja bukannya sedikit.sumber pendapatan tika ini langsung tiada..cuba bertahan dan bertahan...ada masanya tak mampu juga nak bertahan.









23 July 2010

Wad sementara di Husm

Minggu lepas...kesihatan makin kurang baik...hydration.......pening makin menjadi2,mata makin kabur....Alangkah bertuahnya kalau dapat memiliki nikmat kesihatan yg baik...berila kesembuhan padaku ya Allah.amin...


Aiman sampai tertidur kt atas katil...

Bila mengenangkan ank2 ni...sayu je rasa...berila kekuatan ...

Ngan ibu yg sakit ni sajala tempat ank bermanja....

Moga dapat bertahan atas segala kesakitan...dugaan

Kesian kt ank2

Muka bosan kt hospital ni ....

Agaknya apala yg difirkan oleh aiman ni?

Pemandangan dlm wad sementara husm