Mampukah aku meneruskan langkah dan pendakian yang penuh ranjau ini...Renungan mata anak anak buat mama mampu walau perlu merangkak sekali pun sekali nafas masih ada...
Dua tiga hari ni diuji lagi dengan kesihatan,nak berdiri pun dah tak mampu..Berapa kali keadaan diri tidak stabil dengan tekanan darah semakin rendah,jangkitan kuman d paru paru,buah pinggang dan kaki..Apa yang menyedihkan sering terlepas pandang dan masih terlepas pandang penyakit dan derita yang di tanggung..Kaki hanya mampu mengengsot je dari semalam.Dalam keadaan begini perlukah lagi merayu dan menagih bantuan dari segi kudrat?Hanya untuk menemani dan membawa ke hospital?Menangis merayu rayu meminta hanya pertolongan kudrat tapi tidak di endahkan..Kekuatan yang bagaimana lagi untuk bertahan?
Dua hari sebelum ni balik dari Husm tanpa izin doktor kerana beberapa hal yang tak mampu untuk saya bertahan.Pagi tadi di kejarkan ke hospital bila dah tak sedarkan diri..Berapa kali bertarung dengan segala macam penyakit,berapa kali hampir pengsan walau tengah baring..Mata tiba2 berpinar pinar,makin lama makin gelap.sesak nafas dan macam macam.Emosi,kerisauan dan ketakutan.Takut jika apa apa terjadi pada diri,bagaimana anak anak..Doktor lepas satu doktor,doktor lain pula round..Muka yang bertambah pucat dan tekanan darah yang semakin rendah merisaukan doktor tika itu..Pandangan yang makin gelap cuba di lawan.Tenangkan diri tika itu dan cuba mencari kekuatan. Makluk tak kuasa,Allah kuasa..Setelah bertarung,alhamdulillah mampu juga untuk melepasi stage yang bahaya..Untuk hari ini,esok lusa teruskan bertahan dan kuatkanlah diri..Bertarung dan terus bertarung melawan selagi nafas masih ada..
Pergantungan sepenuhnya hanya PadaMU Ya Allah...Kekuatan dalaman datang dari Allah..Allah Allah Allah Allah
Kuasa Allah,Kehendak Allah,Pemberian Allah..
Pergantungan sepenuhnya hanya PadaMU Ya Allah...Kekuatan dalaman datang dari Allah..Allah Allah Allah Allah
Kuasa Allah,Kehendak Allah,Pemberian Allah..
Dalam menyelusuri jalan bersendirian di datangkan pertolongan dari Allah....
Terima kasih AHP,nasihat,sokongan dan bantuan dari ahp terlalu banyak membantu.
Terima kasih banyak2 juga pada Survivor AHP,AO,Kak mellia dan Puan seroja membangkitkan semangat yang hampir pudar.
Kehadiran kak Mellia dan Puan Seroja yang sudi menziarahi dan membantu memberi sokongan amat2 saya hargai..Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Tekanan dan dugaan ini Maha Hebat..
Letih dan teramat penat menahan kesakitan tapi ia nikmat...percayalah..Masa ni dah di dipindahkan ke wad sementara..Masih pening..drip baru lepas cabut..
Kaki di balut oleh Dr Orthopedik..Selama 5 hari tak leh buka...Macam mana ni...
Observe..jika semakin membengkak,perlu pembedahan kecil..Connective soft tissue..
???? Jangkitan kuman..
Macam macam dengar doctor discuss,ada yang menakutkan diri tapi cuba kuatkan diri..
Gambar yang di ambil di wad sementara Husm..Yang lain tak dapat ambil masa tu condition amat lemah..dan dalam zon pemerhatian..
JIKA PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH...
JIKA PATAH SAYAP BERTONGKATKAN PARUH...
Terkilan sangat, dalam keadaan akak begini saya tak mampu membantu.
ReplyDeleteMaafkan saya ye Akak.
tak apa dik,adik jauh.Doakan akak ya.terima kasih banyak kerana perihatin.
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteTiada daya dan upayanya untuk membantu, hanya doa mengiringi.
Ya Allah, ringankanlah penyakit sahabatku ini, dan kembalikan kesihatannya serta limpahkan kesabaran kepadanya...aamiin
w'salam.
Deleteamin.insyaallah.tak apa.terima kasih banyak2 di atas keperihatinan dan mendoakan saya..
Assalamu'alaikum Dik.
ReplyDeleteKakcik hanya mampu mendoakan agar Allah SWT terus memberikanmu kekuatan dan mengembalikan kesihatanmu. Sabar dan tabahlah Dik.
w'salam.
Deleteamin.insyaallah.terima kasih banyak banyak kak cik di atas keperihatinan dan sudi mendoakan saya..insyaallah....
Kalau la akak dekat dengan kau... -_____-"
ReplyDeleteakak jauh..tak apa kak..terima kasih banyak banyak kerana perihatin..
Deletesyifa'killah
ReplyDeleteamin.insyaallah.terima kasih banyak banyak2 kerana perihatin dan sudi mendoakan.
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletesemoga terus di beri kekuatan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....
Saya hanya mampu doakan moga Yanie akan segera sembuh. Terus kuat ya Yanie, demi anak2...
salam yanie...sesungguhnya Allah menguji hambanya untuk mnaikan darjat..insyaallah sama sama kita terus berdoa semuga yanie sembuh seperti sediakala..amiin..sesungguhnya Kau Maha mendengar Ya Allah..zikirkan assyura ayat 80..kalau tk silap..Waiza mariidtu fahuwa yashfiin..sesungguhnya kaulah yang menyembuhkan...
ReplyDeleteAssalammalaikum..terkedu saya bila menatap satu persatu rentetan perjalan hidup puan..Maha Suci Allah yang menguji hambanya sesuai kemampuannya..diharap puan terus kuat dan tabah demi anak2..hanya doa yang mampu saya lafaskan..Ya Allah Tuhan yang menguasai bumi serta isi2nya..Engkau ringankanlah dan sembuhkanlah hambaMu yang lemah ini..Kau ampunkanlah segala dosa2nya..serta berkatilah perjalanan kehidupannya..berikanlah dia segala kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup Aamiin Aamiin Ya Allah..
ReplyDeleteassalam haryani
ReplyDeleteakak doakan haryani diberi pahala atas musibah ini dan digantikan yang lebih baik.InsyaAllah.Pasal anak2 jangan risau akk aka cuba sedaya upaya untuk membantu.
Ya Allah kurniakan lah kekuatan jiwa zahir dan batin untuk sahabatku ini kerana dia dizalimi Ya Allah
syafakillah..semoga dipermudahkan segala urusan..
ReplyDelete