Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
18 June 2012
Bagaikan sebutir pasir..
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian....
Begitu tingginya harapan............................................. untuk terus hidup...
Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara
Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi
Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu
Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan
p/s: setiap kali menahan sakit,perit,menahan tangis...menahan segalanya..tangan seperti mengenggam sesuatu dalam satu tarikan nafas yang panjang...abah........
genggaman nasi panas kepal dalam genggaman tangan dulu...rupa rupanya ketahanan diri ini...Abahhhh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum kak alia..
ReplyDeleteakak tak sebatang kara kerana ramai yang sentiasa cuba untuk membantu. ramai juga yang memanjatkan doa. insya allah akak seorang yang kuat dan tabah. akak tidak bersendirian
w'salam...
Deleteazam,insyaallah,terima kasih byk2 dik di atas sokongan dari adik...sama juga buat azam,moga terus tabah..kesihatan kak makin tak stabil..
perjuangan dihela hingga ke nafas yang terakhir atas izinNya.
ReplyDeleteSentiasa dalam ingatan, doa dan kasih sayang ramai sahabat2 di luar sana.
ahp,
Deleteinsyaallah...terima kasih banyak2...segalanya atas izinNya..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTabah dan sabar ya sahabat, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu...
w'salam...
Deleteinsyaallah...doakan saya.kesihatan saya makin tak stabil...