29 June 2012

Dugaan setiap insan berbeza

Keadaan masih lemah tapi sehabis daya cuba gagahkan diri..Berkali kali doktor dan nurse mengingatkan jangan missed lagi appointment..

Ulang alik ke Husm,minta untuk tidak masuk wad..Bahaya tanggung sendiri..

Semalam,ketika menerima rawatan,anak ada di luar bilik..Berada dalam bilik tu dari pukul 10 sampai 4lbh petang..Minta seseorang dtg tolong tengokkan mereka..Setiap kali beginilah,susah nak cari sesiapa tolong tengokkan anak anak,sama juga jika nak ke hospital atau mana mana.Kudrat diri sendiri makin lemah bukan nak bergantung dengan insan lain.. Masing masing ada kerja dan komitmen masing masing..


Lepas berapa jam menerima rawatan,aiman berapa kali membuka pintu bilik rawatan,nape mama tipu aiman,mama kata kejap je..Mama kata nak siap dah..Setiap kali aiman memanggil dari luar,kelu mama untuk menjawab..Apa yang sedang kita lalui anak anak,tidak terluah dan sukar diterima jika tidak mengalami sendiri..


Tapi kerana anak anak la mama masih lagi bertarung sehabis daya cuma segalanya penuh persoalan..Kaki yang masih tiada jawapan.


Kejutan dan kejutan,ujian,cabaran yang tidak terluah..Terpelanting,tersungkur,tapi masih cuba mengorak langkah yang makin lesu.Memendam duka ibarat memudarat dan menambah penyakit yang sedia ada..


Berserah dan bertawakal padaNya..



2 comments:

  1. Ya Allah berilah kesembuhan kepada wanita hebat ini ya Allah,Engkau berilah anak-anaknya kekuatan mental dan fizikal yang tidak pernah wujud didalam diri anak-anak yang lain.Dan Engkau permudahkanlah segala urusan nya Ya Allah.Engkau berikanlah sinar bahagia untuk Alia haryanie dan anak-anaknya.Haku mohon Ya Allah atas kebesaran MU Ya Allah...amen.

    ReplyDelete
  2. amin.insyaallah,insyaallah..terima kasih byk2 kerana mendoakan dan sokongan.Hanya Allah yang dapat membalasnya,amin,

    ReplyDelete