05 June 2012

Menahan segalanya....

Semalaman tak leh tidur lena menahan sakit gigi bila mama ajak pergi klinik ikhtisyam(bob) tak nak..Dia memang tak suka menyusahkan mama tapi kan sakit mana boleh nak tahan..Jangan jadi macam mama menahan semua kesakitan..Kalau mama boleh tahan sakit tanpa jumpa doktor dan makan ubat,bob pun boleh....Terdiam sejenak..Contoh yang baik dari mama.Anak anak mengikut la pula.Mama begitu di sebabkan keadaan dan ada masalah yang tak terluah.Untuk anak anak mama sanggup buat apa saja dan sanggup menahan segalanya tapi anak anak janganlah menahan..Tak akan sekuat mama...


Diri sendiri juga sedang menahan kesakitan,sama sama bertarung dengan anak.Kaki kiri dah semakin sakit dan membengkak dekat lutut..Lebam lebam dan bengkak bengkak di betis dan paha..Ketulan ketulan...Badan sebelah kiri rasa berat sangat dan juga sakit sakit.Nak bergerak rasa amat lemah..Pandangan mata semakin kabur,mungkin sebab pening sangat kut..Kadang kadang masa berjalan sampai pernah terlanggar  orang,kena sound dah..Marah marah lagi..Siap tepis balik.Minta maaf banyak2..kalau saya nampak saya tak akan langgar..Dah habis celik dah mata ni,mata saya makin kabur..Tapi saya diam jer..Suka berbicara dalam hati je..Anak anakla yang selalu pimpin mama bila langkah mama makin huyung...




Badan makin cengkung dan melidi.Wajah pula makin pucat..Kanser darah kah?Dalam bulan lepas berapa kali missed appointment Husm.Terkejar kejar ke sana sini...Bila cuaca panas sangat,kerap darah mengalir dari hidung macam air paip cepat cepat cari tisu takut ada yang memandang..Setiap kali gosok gigi darah sentiasa mengalir bukan sikit sikit...Tetap kena gagahkan diri,perlu gagahkan diri..




Mama memang jadi nurse la time anak tak sihat..Letak koyuk,bagi kumur air garam,ambil bunga cengkih suh letak kat gigi.Ambil tuala letak ais,tuam tuam kat pipi.Sakit gigi memangla susah nak tahan.Adusssss.Macam mama pula yang sakit...Anak yang sakit gigi mama yang teremosi..Sebab tula kut bila lihat atau dengar orang lain sakit jiwa ni mudah tersentuh dan terasa kerana saya mengalaminya..


Air mata la mengalir..Tiada yang mengerti.Pertanyaan dari anak,"kenapa mama nangis tak bunyi suara,air mata je,lepas  tu mama akan masuk bilik air"...Mama suka nangis kat bilik air ke?..Kadang kadang terasa lucu pula,anak anak cerdik dan memerhati apa yang cuba di selindungkan..


Walau apa sekali pun tanggungjawab dan rutin harian tetap perlu diteruskan walau dalam keperitan,kesakitan.Terhuyung hayang macam mana sekali pun tetap kena teruskan......Perasaan dan tangisan dalam hati.......




Hargailah masa yang masih ada...

10 comments:

  1. Salam.

    Siannya kat Bob...
    Dah baik ke belum sakit giginya tu kak?

    Maaf lama tak menyapa, sibuk dengan final exam


    Semoga Bob cepat sihat, jangan tahan2 sakit ye dik.

    ReplyDelete
  2. Akak dan banyak mengajar anak-anak tentang betapa kuatnyer akak melawan penyakit sehingga mereka yang masih kecil pun dapat merasakannyer.....
    Saya kagum sangat dgn akak. Kadangkala saya mencari dari mana kekuatan akak itu kerana terlalu sukar sebenarnya untuk membuatkan diri ini setabah akak. Walaupun penyakit yang saya hadapi belum keperingkat yang teruk tapi saya membayangkan mungkin akan sama seperti akak.... adakah saya akan sekuat akak? Subhanallah... akak teruskan berjuang melawan kesakitan kerana darisitu akan ada ramai insan diluar sana akan belajar menjadi sekuat akak... insyallah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik...insyaallah..

      kuasa Allah,kehendak Allah,pemberian Allah...

      Delete
  3. Salam,
    Kesiannya Bob,selagi tak cabut @ tampal memang sakit. akak pun tengah sakit gigi ni.
    Semoga Yani tetap tabah dan sabar menghadapi kesakitan..
    Akak sentiasa doakan Yani cepat sembuh dan blh menjaga anak2 Yani sebaik mungkin..
    Masa akak bertarung dgn kanser menjalani kemo dan radioterapi memang menyakitkan..Inikan pula Yani menghadapinya sendiri..Mungkin anak2 penguat semangat Yani kan.Allah SWT sentiasa bersamamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah.hanya Allah yang tahu tika ini ujian yang sedang di hadapi Maha Hebat...

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Sian bob tapi takper kerana kasih sayang Allah datang dalam bentuk ujian...

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Aku sangat kagum akan keadaan orang yang beriman itu. Semua urusan (yang berlaku dalam hidupnya) itu baik belaka baginya yang mana keadaan itu hanya ada pada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat dan kebaikan, maka dia akan bersyukur, dan ia adalah suatu yang baik buatnya. Jika dia ditimpa musibah dan bencana, maka dia akan bersabar, dan itu adalah suatu yang baik buatnya."

    [ Hadis Sahih Riwayat Muslim ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      Kuasa Allah,kehendak Allah,pemberian Allah...

      Delete
  5. mama kuat, bob pon kuat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekuatan dtg dari Allah tanpa disedari kak..ada masanya tak kuat kan...

      Delete