23 June 2012

Bertabahlah hati..

Dugaan ini makin hebat,makin menguji.Hanya mampu mengengsot,kaki makin teramat sakit.Tangan pun dah  tak kuat untuk di gagahkan..Tekanan dari insan tertentu dan keadaan yang benar2 menguji dan menghimpit melemahkanku walau cuba ku tepis..Tiada belaskah melihatku bertarung dengan kesakitan untuk terus hidup..Walau merayu tiada peduli..


Dari kecil sikapku suka beralah dengan adik adik dan sesiapa saja.Suka menyimpan duka,,bila terluka atau kecewa seboleh bolehnya di pendam sendirian..Oleh kerana sikap begini aku sering di ketepikan dari insan sekeliling dan mereka sering terlepas pandang mengenai diriku..

Biarlah,kini walau menahan sakit dan seribu kepayahan aku tetap bersendirian menyusur langkah..Badan yang makin lemah untuk bergerak.Amat menguji..Bila berdiri rebah kembali,nak bangun kena berpaut..Nak mengengsot pun teramat sakit,kaki terasa berat..Bila merangkak,lutut pula teramat sakit..Solat hanya mampu baring saja.Bila di gagahkan diri makin lemah,segala sendi terasa lemah..


Tadi habis basah baju dalam bilik air,tak mampu gagahkan diri untuk mengengsot apatah lagi bangun,bilik air licin dengan kudrat begini amat menguji..Tak sanggup nak panggil anak anak..Kecil kecil pun mereka  bersusah payah bantu mama sakit...Amat amat simpati pada nasib mereka..Ada mama saja tempat menumpang kasih,bapa dengan kehidupan sendiri..Tidak merasa bagaimana jiwa anak anak yang dahagakan kasih sayang... 


Kalau tidak kerana mereka mungkin diri tak mampu bertarung lagi..Pagi tadi anak anak terkejut bila ternampak kaki mama semakin lebam dari betis sampai peha.Dah tak ada rupa paha..Lebam penuh..Menakutkan..Doktor pun terkejut dan masih belum mengetahui apa punca sebenarnya kaki ni...Hati terasa seperti kanser darah yang pernah doktor Hemato risaukan..Saya tak sanggup buat Bone Marrow Biopsy..


Semakin di renung wajah anak anak terasa sebak,pedih,perit..seboleh bolehnya mama bertarung..Mama sanggup menanggung apa saja asalkan mama mampu membesarkan anak anak sekurang kurangnya anak anak dah mampu berdikari.Biarlah bersendirian sekali pun,biarlah menanggung apa saja..Asalkan mama mampu bertahan sehingga anak anak mampu berdikari..Ya Rabb, aku meminta hanya padaMu,izinkan aku mampu membesarkan anak anakku sekurang kurangnya mereka mampu berdikari.Ya Rabb,Kasihani anak anakku.amin.


Bila sakit macam ni,aurat la..Doktor doktor kebanyakan lelaki,kaki bengkak sampai ke peha dan lebam pun sampai ke peha..Terasa malu dan perit yang teramat...Sebelum ni pun kaki di balut oleh doktor lelaki..Walau kurus,walau sakit,aurat tetap aurat kan...


Anak anak mama,kita diuji tiada tempat berpaut di atas dunia tapi Kita ada Allah..Allah jaga kita,DIA adalah sebaik baik Pemelihara dan Penjaga..

p/s: Esok,appointment dengan Dr Orthopedik....

8 comments:

  1. ya Allah, ringankanlah penderitaan saudara ku. Perkenankanlah hajatnya. Amin.

    ~hamba Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah..terima kasih byk2 kerana mendoakan..

      Delete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    YA Allah, Engkau Maha Pengasih dan Penyayang, ringankanlah beban yang sahabatku lalui ini dan sembuhkanlah penyakitnya....aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,

      amin.insyaallah,insyaallah.terima kasih banyak banyak kerana mendoakan.

      Delete
  3. Ya Allah, hanya padaMu tempat kami meminta dan mengadu. Ringankanlah beban kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh sahabat kami ini Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah,terima kasih banyak banyak kerana mendoakan.

      Delete
  4. Ya Allah, aku hanyalah hambaMU yang paling kerdil, aku memohon kepadaMu yang Allah, ringankanlah penyakit sahabatku ini, permudahkan setiap urusan dunia dan akhiratnya, panjangkanlah umurnya, Ya Allah perkenankanlah doaku ini. Ameeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.insyaallah,insyaallah.terima kasih banyak banyak kerana mendoakan.

      Delete