17 June 2012

Selamat hari bapa buat semua yang bergelar bapa...

Selamat hari abah untuk semua yang bergelar bapa...


Arwah abah


Kenangan dan hanya tinggal nostalgia yang teramat indah ..Kasih sayang yang tulus dan tiada berbelah bahagi dan gantinya.Rindu teramat rindu pada kasih sayang dan perhatiannya.Satu satunya anak tunggal perempuan yang amat abah risau dulu.Kata abah,aku anak lelaki dan anak perempuan abah...Mana tidaknya,dari kecil sering menemani dan mengikut ke mana saja abah pergi.Arwah abah seorang guru persilatan gayung.Aku di latih belajar ilmu persilatan dari kecil.Di tengah tengah panas berlatih ilmu persilatan dan menahan kuda kuda dan tangan mengempal sesuatu.Sebarang suara keluhan dan setitik air mata pun abah tak nak tengok.Aku di latih supaya kebal.Dalam hati tika tu kenapa abah suruh anak abah belajar semua ni dan berlatih di tengah tengah panas macam ni.Abah tak kasihan kah?Abah cukup garang dan amat tegas orangnya tapi amat penyanyang.Hanya satu satunya anak perempuan abah ini yang sering dapat melembutkan hati abah.


Bila ada apa apa majlis penamatan silat,aku dan adik bongsu sering mewakili abah di tengah tengah padang..Adik bongsu amat mahir dalam ilmu persilatan tari tika itu.Abah sering mengajar aku ketahanan diri,pernah mendaki bukit mengikut abah dan anak anak murid.Pernah memecahkan buah keras yang anak anak murid arwah abah tidak mampu melakukannya.Kata abah anak abah yang seorang ini sikap lain dari yang lain.Sehingga kini jika terdengar gendang silat gayong dan lagu ulik mayang di ulit tangan dan kaki ku mulala mengatur langkah.Tapi sejak sakit tak dapatla..Semakin aku meningkat remaja,aku makin di ambil berat dan di jaga dengan penuh kasih sayang dan didikan agama.Pesan arwah abah,sebagai seorang perempuan jagalah sebaik mungkin akhlak dan maruahku.Jika sesuatu yang bakal menimpaku,pertahankanlah maruahku lebih dari nyawa..


Sikapku dulu dari kecil seorang yang amat manja dan periang sering menghiburkan hati abah.Di halaman rumah ada satu surau yang arwah abah gunakan untuk mengajar anak anak muridnya..Di situ banyak pokok pokok buah dan macam macam pokok.Yang sering membantu memanjat pokok jambu anak perempuan abah inilah.Sambil memanjat sambil melemparkan buah ke bawah..Adik adik pun tak leh panjat macam kakak..Abah sering takut jika aku tiada di depan mata kerana menjaga seorang anak perempuan ibarat menjaga lembu sekandang..Ye ke...


Aku tidak di benarkan ke mana mana tanpa izin mak dan abah..Jika ingin ke mana mana dari sekolah lagi aku sering di temani oleh abah.Bila aku dah semakin remaja walau aku amat aktif bersilat di gelanggang tapi aku amat di kawal ketat oleh abah.Jika sesiapa yang datang ke rumah aku hanya membantu membawakan air pada tetamu saja dan aku hanya di benarkan berada dalam bilik.Betapa sayangnya abah padaku,betapa takutnya jika apa apa terjadi padaku.


Sikap abah yang amat penyanyang dan pemurah dengan siapa saja amatku gemari,sering mendidik jiwaku agar mudah tersentuh penderitaan sesama muslim.Setiap malam isnin dan malam khamis,abah sering memasak dan mempelawa anak anak muridnya makan di surau.Yang pastinya,abah sangat hebat dari segi memasak.Kat rumah banyak abah yang memasak dan anak perempuan abahla yang di paksa membantu.Tetamu yang datang ke rumah amat2 di hormati dan dilayannya.


Abah sikap penyanyang abah pada insan lain sukar di jumpai kini.Abah mampu makan sedulang bersama dan mampu berbual dan bergaul dengan siapa saja.Pernah tika saat2 abah sedang diuji dengan kesakitan,di sahkan menghidap kanser buah pinggang,anemia dan jantung,abah baru nak ambil makanan di datangi oleh rakan2 duduk semeja.Abah tidak lagi bekerja untuk satu tempoh yang lama.Masa tu di tangan abah hanya ada Rm 20.Makan abah pun belum sempat tapi abah dah mempelawa belanja makan rakan rakannya.Abah pernah  di uji dengan dugaan yang amat2 hebat berkali kali  tapi amat amat penyabar.


Abah sikap abah terlalu penyanyang,sering memikirkan insan lain lebih dari diri abah dan abah pergi dulu Abah inikah sikap yang abah terapkan dalam diri anak abah juga?Hobi abah di masa lapang selain persilatan,membuat ubat ubatan dari herba dan akar akar kayu.Minyak angin dan balm,Anak perempaun abahla yang sering di panggil untuk membantu.Sehingga kini masih tersimpan akar akar kayu penuh di dinding dalam satu bilik.Abah pamerkan di situ,Tak kan sesekali benarkan adik adik mengalihnya.Barang barang peninggalan abah walau ia tidak bernilai di mata insan lain tapi amat2 bernilai di mata dan hati anak perempuan abah ini.


Kasih sayang abah tidak pernah surut walaupun anak perempuan abah dah berkahwin..Abah masih memberi perhatian seperti anak kecil abah..Sewaktu melahirkan anak pertama,dari hospital hingga berpantang abahla bersusah payah menjaga anak perempuan dan cucu abah..Pantang abah dengar permasalahan atau apa saja mengenaiku,bergegas dan bersusah payahla abah membantuku.


Abah meninggal tika anak perempuan abah tiada di sisi.Hanya seminggu sempat menjaga abah di saat kesihatan abah makin teruk,tika itu masih bekerja di KL.Balik KL tidak sampai sehari meninggalkan abah semula hanya kerana pulang ke KL untuk memohon cuti tanpa gaji untuk menjaga abah.Air mata tiada henti mengalir saat mendengar berita ketiadaan abah.Anak perempuan abah sudah bergegas pulang untuk menjaga abah.tapi Allah lebih menyanyangi abah.Tiada apa yang mampu di lakukan tika itu,wajah abah saja yang hadir..Setibanya di kelantan,wajah abah kaku, dah terpejam kaku,laungan hati sehingga kini..Rebah tika itu tiada lagi abah.Anak perempuan abah redha dengan pemergian abah tapi segalanya berubah dan bermula setelah ketiadaan abah..



Rupa rupanya sikap abah dan apa yang abah latih selama ini merupakan satu ketahanan diri tika abah tiada lagi di sisi. Dan sikap abah meresap dalam jiwa anak perempuan abah...



Al Fatihah buat arwah abah.Moga tenang di sana..
Abah meninggal 3 March 2006..




P/s: ada seseorang amat mirip dengan sikap arwah abah...setiap kali mendengar suara atau melihatnya memberikan satu kekuatan untukku dan amat menyanyanginya dari jauh..


Nostalgia







3 comments:

  1. amin semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman

    ReplyDelete
  2. amin...moga arwah abah di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah utk Abah yanie..
    Yg kat tangga tu yanie ms kecik ke?Cantikknyaaa....

    ReplyDelete