16 June 2012

Demam

Demam yang agak tinggi dari semalam,muntah muntah.Hari ni terbaring saja,badan dah lembik..Penyakit ini makin melarat sebenarnya kerana saya sendiri juga yang mengelak dari menerima rawatan sewajarnya sebelum ni..Setiap kali memikirkan keadaan sekeliling saya,saya tak mampu nak fikirkan diri sendiri.Buat masa ni berehat dan bertahan di rumah..


Tekanan untuk menjatuhkan semangat dari insan tertentu tiada hentinya..Kuat sungguh hati ini menahan segalanya..Memendam duka ibarat memudaratkan penyakit yang sedia ada..

Doa Nabi Ayyub ketika ditimpa penyakit.


"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". 
(Surah Al-Anbiya: ayat 83) 

Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a seorang wanita berkulit hitam pernah mendatangi Rasulullah s.a.w lalu berkata; "Sesungguhnya aku menderita penyakit ayan dan auratku terbuka maka mohonlah kepada Allah demi kesembuhanku. " Rasulullah s.a.w bersabda " Kalau kamu mahu bersabar maka bagimu adalah syurga. Kalau kamu mahu sembuh maka aku akan memohonkan kepada Allah semoga Dia menyembuhkan penyakitmu". 

Wanita itu berkata; " Baiklah aku akan bersabar" Wanita itu berkata lagi: " Sesungguhnya auratku selalu terbuka maka mohonkanlah kepada Allah agar aku tidak terbuka aurat" Lalu Rasulullah s.a.w berdoa utknya. (HR Muslim, 4673)

6 comments:

  1. sentiasa dalam doa, ingatan dan kasih sayang.
    yanie tahu kami sentiasa mengambil berat dan Allah Maha Mengasihani yanie.

    ReplyDelete
  2. semoga bersabar dengan dugaan ini kak..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    "Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka". (HR. Al-Bazzar)

    Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam,

      amin.terima kasih banyak banyak kerana mendoakan.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambanya.

      Delete