30 June 2012

Rawatan islam dengan Ustaz Sharhan Shafie

Datang awal menunggu..


Berubat dengan kaedah rawatan islam dengan Ustaz Sharhan Shafie,ramai orang..Ikhtiar..Malam sebelum blood transfusion.Sepatutnya hari tu kena masuk wad,doctor  tak bagi balik,tapi entah macam mana dapat juga balik dan datang keesokkan untuk blood transfusion...Dapatla jumpa ustaz Sharhan malam tu.Susah nak jumpa Ustaz Sharhan ni...Sebelum ni pun memang pernah berubat dengan Ustaz Sharhan ni..

Gagah gagahkan diri nak jumpa ustaz dengan kaki yang teramat sakit,dan muka pucatsesangat..Orang lain tengok muka ni,ngeri...Jumpa ustaz,bersemangatla sikit ....
Berusaha dan berikhtiar
Kesembuhan dari Allah..


BICARA KESAKITAN




sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu

Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.

REDHALAH YANG PALING UTAMA

Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.


Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT?
Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Mengapa ada yang sihat tubuh badan tetapi bayak berbuat maksiat?

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.

Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:


“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

SAKIT HANYA SEBAGAI SIGNAL DARI ALLAH

Ada pepatah berkata: “Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita: “Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.


Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Percayalah, akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Untuk itu, jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan. Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?

Sakit itu hanya sementara. Mungkin Allah suruh beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia akan angkat penyakitnya

p/s: bertarung dan bertarung dengan kesihatan yang makin lemah..kaki makin sakit dan lemah,doktor tak tahu apa punca..tiada jawapan dan tiada apa apa ubat untuk kaki melainkan penahan sakit.ubat penahan sakit pun tak leh makan sebab usus terlalu nipis...Benar sakit itu nikmat...

29 June 2012

Dugaan setiap insan berbeza

Keadaan masih lemah tapi sehabis daya cuba gagahkan diri..Berkali kali doktor dan nurse mengingatkan jangan missed lagi appointment..

Ulang alik ke Husm,minta untuk tidak masuk wad..Bahaya tanggung sendiri..

Semalam,ketika menerima rawatan,anak ada di luar bilik..Berada dalam bilik tu dari pukul 10 sampai 4lbh petang..Minta seseorang dtg tolong tengokkan mereka..Setiap kali beginilah,susah nak cari sesiapa tolong tengokkan anak anak,sama juga jika nak ke hospital atau mana mana.Kudrat diri sendiri makin lemah bukan nak bergantung dengan insan lain.. Masing masing ada kerja dan komitmen masing masing..


Lepas berapa jam menerima rawatan,aiman berapa kali membuka pintu bilik rawatan,nape mama tipu aiman,mama kata kejap je..Mama kata nak siap dah..Setiap kali aiman memanggil dari luar,kelu mama untuk menjawab..Apa yang sedang kita lalui anak anak,tidak terluah dan sukar diterima jika tidak mengalami sendiri..


Tapi kerana anak anak la mama masih lagi bertarung sehabis daya cuma segalanya penuh persoalan..Kaki yang masih tiada jawapan.


Kejutan dan kejutan,ujian,cabaran yang tidak terluah..Terpelanting,tersungkur,tapi masih cuba mengorak langkah yang makin lesu.Memendam duka ibarat memudarat dan menambah penyakit yang sedia ada..


Berserah dan bertawakal padaNya..



28 June 2012

Blood transfusion di Day Care

Blood transfusion di Day Care,Hematology,Husm..







Pening...Fight!


Kali ni,memang benar benar lemah..

Bilik rawatan untuk pesakit pesakit berkaitan darah mcm,kimoterapi..
Dah macam macam gaya...Hati duk risau kat anak anak..

Muka dan badan yang makin cengkung dan melidi..Kak sebelah tengah masuk iron sucrose(venofer)..ubat yang selalu saya missed..sepatutnya seminggu sekali 500ml



Yang menyedihkan doktor belum mengetahui apa punca kaki..Setakat ni tiada rawatan untuk kaki..Kena rawat penyakit yang berkaitan darah dulu..Doc nak observe saja dulu..Kaki makin sakit n lemah.Masih tak boleh nak berpijak..Anak anak saya doc...Komitmen saya pada mereka..Moga Allah ringankan segala dan berikan kesembuhan.amin.


Apa saja sanggup di tempuhi tapi kasihan pada anak anak...tempat mereka berpaut makin rapuh...Doakan mama..

Semalam dengan neuro medical

Semalam di Husm,dengan Pakar Saraf...

Penat mengkaji masih tiada jawapan...

Dalam bilik nerve conduction study...Pakar dan doktor doktor doktor berbincang..

Kaki masih tiada jawapan...Masalah kesihatan yang makin mudarat..

Pakar Saraf refer ke Hemato semula,bukan masalah neuro medical,masalah darah..

Semalam tak jadi masuk darah,pagi ni ke Husm semula untuk blood transfusion...Hanya Engkau Yang Mengetahui Segala Sesuatu..Ya Allah,moga Engkau ringankan segalanya dan permudahkan..Aku lemah tanpa bantuan dariMu.amin..

27 June 2012

Appointment dengan Neuro Medical

Pagi ini appointment dengan Neuro Medical untuk buat Nerve Conduction Study dan Hemato untuk blood transfusion..di Husm


Moga diringankan dan di permudahkan segalanya.amin.Doakan saya...



26 June 2012

Bantu Hamba..

Ya Allah,Ya Rahman Ya Rahim,bantu hamba..Kasihani hamba.Dugaan ini amat amat hebat..


Kudrat saya cuma kudrat insan biasa juga ada hati dan perasaan..Hargailah tika masih ada..Tiada daya lagi untuk menghadapi,menagih dan merayu rayu..Kerdilnya diri ini..Allahu akhbar..


Apa daya menganggung kesakitan yang tidak pernah pinta...Apa daya Allah?Tiada daya tanpa bantuanMU Ya Allah.Sakit ni pun bukan boleh baik tanpa izinMu.Tiada daya Allah..


Apa daya sakit ni?Kena sabar,ujian Allah belaka...


Hebatnya ujian Allah..



25 June 2012

Ya Rabb,berikanku kekuatan yang luar biasa...

Baru balik dari Husm..Symptom sama,hampir pitam..Hb makin rendah..Tiada daya dan upaya lagi melainkan  bantuan Allah...Kudrat dan kesembuhan dari Allah...
Entah kenapa makin lemah jika berada di hospital..Letih memikir kut dan trauma..Carilah kekuatan dari Allah kan..

Pening dan hanyut...

Muka makin pucat...

Perlukan kekuatan...Mencari kekuatan untuk bertarung dan terus bertarung..

Doktor masih belum ketahui apa punca sebenarnya kaki...Masalah darah dan berangkai..

Doktor pun penat mengkaji...

Stockin dari klinik Ortho semalam...

Kasihan anak anak,melukis...

Aiman pun duk melukis...

Kakak,staff husm yang niaga makanan waktu habis kerja..Jual mihun,nasi..Dapatla anak anak makan

Ubat hanya masuk kut injection ni je la skrg..usus tak leh terima...Kalau makan ubat pun hampir pitam..


Masih lagi minta balik dari Doktor tapi tak boleh missed appointment,hari Rabu transfius darah dan kena buat nerve conduction study..Boleh bertahankah?Pagi tu kena ambil darah dulu di klinik Hemato untuk transfius darah kemudian baru buat nerve conducyion study..


Bertahan dan bertahanlah...mampukah lagi..Ada masanya amat2 memerlukan bisikan bisikan semangat dan sokongan dari sekeliling..Terkebil kebil ketakutan atas katil dengan di temani anak anak.Risau pada mereka..Tiada daya menahan emosi seorang ibu..Amat risau pada kesihatan dan anak anak..


Bila dengar doktor beritahu mengenai result result darah,kepala makin hanyut,blur,rasa nak pitam..Kosong..Kadang kadang dah tak mampu nak fikir kesihatan diri,anak anak...Segalanya  amat menguji..


Segalanya tak terluah..Kekuatanku tika ini pun sebenarnya amat luar biasa..Menahan dan mudah menerima segalanya dengan tenang..Bantuan dari Allah.


Tak kuat tapi cuba kuat..Lemah tapi berpaut dengan kekuatan dari Allah..



Ya Allah bantu hamba

Ya Allah,ya Tuhanku berilah pertolongan padaku..Ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran yang luar biasa padaku.kasihani anak anakku,Ya Allah,bukalah mata insan insan di sekelilingku,bukalah pintu pintu hati mereka.amin.


Tidak pernah pinta untuk menyusahkan sesiapa,tidak pinta sakit ini,tidak ingin membebani sesiapa.Sedang menghadapi ujian dari Ilahi..

Sehabis daya dan kudratku berjuang dan bertarung tapi aku juga insan biasa..Fahamilah ku hanya kudrat insan biasa..





Cuba bertahan

Kekuatanku sebagai insan amat lemah tanpa bantuanmu Ya Rab..Ia amat amat hebat..

24 June 2012

Sakit.


“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

“Setiap orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
“Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.””
“Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)”
“Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim… 
p/s: masih lemah,pening..semangat perlu di pulihkan..semangat turun naik..risau pada kesihatan dan anak anak..

Bone marrow biopsy












A bone marrow biopsy is the removal of soft tissue, called marrow, from inside bone.
 Bone marrow is found in the hollow part of most bones. It helps form blood cells.

How the Test is Performed

A bone marrow biopsy may be done in the health care provider's office or in a hospital.
The sample is usually taken from the hip bone. The health care provider will clean the skin
and inject a numbing medicine into the area. Rarely, you may be given medicine to help you relax.
The doctor inserts the biopsy needle into the bone. The center of the needle is removed and
the hollowed needle is moved deeper into the bone. This captures a tiny sample, or core, of
bone marrow within the needle. The sample and needle are removed. Pressure and
a bandage is applied to the biopsy site.
A bone marrow aspirate may also be performed, usually before the biopsy is taken.
After the skin is numbed, the needle is inserted into the bone, and a syringe is used to
withdraw the liquid bone marrow. If this is done, the needle will be removed and
either repositioned, or another needle may be used for the biopsy.

Sebak..

Dah terbaring,lama menunggu giliran.Dah tak peduli baring atas kerusi sekali pun..Pening..


Letih menunggu...

Prof Kamarul.(Bertugas di Jabatan Kecemasan skrg, dulu dlm Neuro Medical,Pakar kedua Saraf Husm)..Terima kasih atas penerangan dari prof..Prof Kamarul,Prof John,DrAnanda yang merawat masa di sahkan guillain barre syndrome dulu...kata  Prof tunggu result nerve conduction study nanti...


Dr ortho refer ke Hemato semula,3 minggu lagi follow up ortho semula..Hari Rabu ni dengan neuro medical..Dr Ortho tak tahu kenapa kaki ni,bila rujuk balik result result darah keliru susah nak rumus.Dr suspect masalah darah,pendarahan dlm sendi dan masalah antibodi.Banyak penyakit yang berkait..Dr Hemato pula nak buat Bone Marrow biopsy..Prof kata muka dah jaundice..Sementara ni dr ortho suh pakai entah macam stockin, dari betis sampai peha..dua dua belah.

Saya letih dan teramat penat..Kadang kadang bila kita keliru,kita memerlukan sokongan dari insan lain kan.Bila doktor cakap dan berbincang mengenai penyakit,saya tak tahu nak luah dan bincang dengan siapa.Nak beritahu siapa sakit saya makin mudarat.Tiada yang berminat nak ambil tahu..Sejak kebelakangan ini banyak perkara yang benar benar menguji..Orang lain mungkin mudah bosan dengan sakit ni,masalah yang tak habis habis,tapi saya yang menanggung tetap kena hadap..Saya redha dengan ujian Allah..tapi ada masanya sebagai insan biasa tersungkur juga.Tapi walau tersungkur,Allah tetap ada...


p/s: Dr Hemato bengang n marah tadi...penyakit dah merebak..Dari dulu asyik missed appointment dan menunda Bone Marrow biopsy.. Dr Hemato kata bukan salah mereka...

23 June 2012

Bertabahlah hati..

Dugaan ini makin hebat,makin menguji.Hanya mampu mengengsot,kaki makin teramat sakit.Tangan pun dah  tak kuat untuk di gagahkan..Tekanan dari insan tertentu dan keadaan yang benar2 menguji dan menghimpit melemahkanku walau cuba ku tepis..Tiada belaskah melihatku bertarung dengan kesakitan untuk terus hidup..Walau merayu tiada peduli..


Dari kecil sikapku suka beralah dengan adik adik dan sesiapa saja.Suka menyimpan duka,,bila terluka atau kecewa seboleh bolehnya di pendam sendirian..Oleh kerana sikap begini aku sering di ketepikan dari insan sekeliling dan mereka sering terlepas pandang mengenai diriku..

Biarlah,kini walau menahan sakit dan seribu kepayahan aku tetap bersendirian menyusur langkah..Badan yang makin lemah untuk bergerak.Amat menguji..Bila berdiri rebah kembali,nak bangun kena berpaut..Nak mengengsot pun teramat sakit,kaki terasa berat..Bila merangkak,lutut pula teramat sakit..Solat hanya mampu baring saja.Bila di gagahkan diri makin lemah,segala sendi terasa lemah..


Tadi habis basah baju dalam bilik air,tak mampu gagahkan diri untuk mengengsot apatah lagi bangun,bilik air licin dengan kudrat begini amat menguji..Tak sanggup nak panggil anak anak..Kecil kecil pun mereka  bersusah payah bantu mama sakit...Amat amat simpati pada nasib mereka..Ada mama saja tempat menumpang kasih,bapa dengan kehidupan sendiri..Tidak merasa bagaimana jiwa anak anak yang dahagakan kasih sayang... 


Kalau tidak kerana mereka mungkin diri tak mampu bertarung lagi..Pagi tadi anak anak terkejut bila ternampak kaki mama semakin lebam dari betis sampai peha.Dah tak ada rupa paha..Lebam penuh..Menakutkan..Doktor pun terkejut dan masih belum mengetahui apa punca sebenarnya kaki ni...Hati terasa seperti kanser darah yang pernah doktor Hemato risaukan..Saya tak sanggup buat Bone Marrow Biopsy..


Semakin di renung wajah anak anak terasa sebak,pedih,perit..seboleh bolehnya mama bertarung..Mama sanggup menanggung apa saja asalkan mama mampu membesarkan anak anak sekurang kurangnya anak anak dah mampu berdikari.Biarlah bersendirian sekali pun,biarlah menanggung apa saja..Asalkan mama mampu bertahan sehingga anak anak mampu berdikari..Ya Rabb, aku meminta hanya padaMu,izinkan aku mampu membesarkan anak anakku sekurang kurangnya mereka mampu berdikari.Ya Rabb,Kasihani anak anakku.amin.


Bila sakit macam ni,aurat la..Doktor doktor kebanyakan lelaki,kaki bengkak sampai ke peha dan lebam pun sampai ke peha..Terasa malu dan perit yang teramat...Sebelum ni pun kaki di balut oleh doktor lelaki..Walau kurus,walau sakit,aurat tetap aurat kan...


Anak anak mama,kita diuji tiada tempat berpaut di atas dunia tapi Kita ada Allah..Allah jaga kita,DIA adalah sebaik baik Pemelihara dan Penjaga..

p/s: Esok,appointment dengan Dr Orthopedik....

Ayat Pendinding Kepada Penyakit Hospital dan Spiritual



Oleh ustaz Sharhan Shafie...
Amalkan ayat ini untuk elak gangguan jin dan juga untuk menyembuhkan penyakit... Yakinlah pada ALLAH Insya Allah mudah2han dapat sembuh dr sebarang penyakit.

22 June 2012

Surah Maryam



Allah itu dekat...Hanya DIA

Pada saat manusia membencimu tanpa alasan yang jelas,ingatlah Allah menyanyangimu tanpa syarat...

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."

P/s: Allah itu dekat...Allah tahu setiap titisan air mata yang mengalir,Allah mendengar rintihan tanpa jemu..

Doa penahan sakit...

Kaaf,Haa,Yaa,Ain,Saad,
(surah maryam ayat 1)

Haa,Miim.Aiin,Qaaf.
(Surah As Syura ayat 1&2)


Selawat Tafrijiyyah


“Wahai Tuhan Kami, limpahkanlah rahmat dan nikmat yg sempurna dan kesejahteraan yg meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yg dengan berkatnya semoga akan terurailah segala simpulan, ikatan dan akan terhapuslah segala kesusahan serta tertunailah segala hajat, juga akan tercapailahsegala maksud dan kesudahan umur yg baik (mati dalam aman) , dan limpahan air hujan rahmat  dengan berkat peribadinya yang mulia. Dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, maka semoga Engkau limpahankan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna”.


Surah Al Hasr ayat 21-23



21)Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. 
22) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
23) Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.







Tiada daya dan upaya lagi..melainkan dengan bantuan Mu Ya allah...

Semalam di Husm...Anak anakla bersusah payah menolak dan membantu mak yang makin lemah..Kaki makin lemah sehingga tangan..hanya mampu mengengsot saja sekarang..Tiada kata tika ini ..

Cuba bertahan dan gagahkan diri

Terserempak dengan kawan di Husm..

Makan minum anak anak pun tak mampu disediakan..Tangan dan kaki makin lemah..Kalau tak kuatkan diri tak tahula....





Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
  

20 June 2012

Jadikan Al Quran teman paling akrab...


Sesungguhnya kitabullah yang agung merupakan ubat segala penyakit,ubat penenteram jiwa,ubat penyakit hati dan juga merupakan cahaya bagi segala kegelapan.Bahkan, ia juga merupakan penangkal segala duka lara, pencipta kehidupan sejahtera sepanjang masa, yang tidak akan tergoyah oleh berbagai syak wasangka, dan tidak akan tergelincir oleh badai kebingungan.
Seorang mukmin jika sedang dirundung kesedihan atau ditimpa musibah, kemudian ia berlindung kepada al-Qur'an,dengan hati yang penuh iman,membacanya dengan fasih dan teliti,meresapi kandungan ayat-ayatnya,mengindahkan lafaz-lafaznya,membenarkan janji-janjinya mengenai kenikmatan syurga atau ancaman-ancaman mengenai seksaan neraka,nescaya lenyaplah kesedihannya,bahkan ia akan kembali bahagia dan sukacita.


Ubat paling mujarab...

Tekanan,pembunuh dalam senyap


Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca daripada kuman tertentu, manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan, namun apabila dikaji, kedua-dua pendapat tersebut ada kebenarannya, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan. Tanpa disedari anda berada dalam ketegangan (stress) – tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda berasa lemah, tidak bermaya dan ketika itu juga anda mudah dihinggapi penyakit – sakit perut, sakit tekak, selesema, atau demam. dan sebagainya.


KENAPA IA BERLAKU?

Apabila perasaan anda tertekan secara berpanjangan, daya tahan tubuh akan menjadi lemah, dan mudah dihinggapi penyakit. Jika dikatakan penyakit itu datang seperti ribut, pergi umpama semut, maka perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan oleh doktor bahawa anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.

Sungguhpun banyak sebab ketegangan dikaitkan dengan tuntutan dan tekanan hidup, terdapat juga reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, ragu-ragu, risau, dan murung yang turut meninggalkan kesan pada tubuh badan. Ketegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.

KAJIAN

Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan ketegangan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika, pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur ketegangan yang dihadapi manusia. Mereka mendapati bahawa kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah berkaitan keluarga atau peribadi, meninggalkan kesan paling tinggi dalam hidup manusia. Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, kesannya paling rendah.

Bagaimanapun, penyelidikan mereka ini tidak menunjukkan keadaan yang sama di Malaysia kerana ia mengambil kira faktor kepercayaan, budaya, agama, keutamaan seseorang dan nilai hidup yang sentiasa berubah. Satu cabang perubatan, ‘psycho-neur immunology ‘(PNI) pula menunjukkan bahawa ketegangan dijadikan faktor asas, menurunkan daya ketahanan badan (faktor kedua) membuat badan lemah dan mudah dijangkiti penyakit termasuk kanser (kesan terakhir).

Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Kanada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus (peptic ulcer). Kajiannya mendapati bahawa golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, dan guru mudah mendapat penyakit ini. Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan, 80 – 90 peratus kes berulang. Tetapi apabila mereka mengubah gaya hidup (rawatan tanpa pembedahan), kurang menghadapi ketegangan, mengamal diet sihat, dan meditasi, didapati kesan pemulihannya lebih baik dan kekal.

Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936), ahli fisiologi Rusia mendapati jika perasaan gembira, marah atau ketegangan dapat dikawal, maka ‘H pylori’ (sejenis bakteria) tidak menimbulkan masalah di dalam perut. Melalui pemerhatian terhadap pesakit ‘gastric tula’ (perut ditebuk dan dilihat di dalamnya), apabila marah atau menghadapi tekanan, dinding perut akan berkilat, merah seolah-olah terbakar dan asid hidrokldrik, iaitu komponen jus gastrik mencurah keluar. Asid ini keluar tanpa dipaksa jika seseorang berada dalam keadaan tertekan. Ia mengganggu perut.

TINDAK BALAS TUBUH KEPADA TEKANAN

Menurut Anthony Yeo dalam bukunya, “Menangani Masalah Tekanan”, tubuh manusia memiliki satu pola tindak balas penyelamat hayat yang bertindak dalam pelbagai keadaan tekanan. Tindak balas ini ditemui Selye. Apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh badan bertindak seperti berikut:

1. Sistem saraf simpatetik, iaitu salah satu daripada dua cabang utama sistem saraf automatik akan menggerakkan kimia yang mengatur rembesan hormon.
2. Kelenjar pituari (di bawah otak) akan mengeluarkan hormon biasa ACTH (hormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
3. Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah pinggang, ia membentuk satu tindakan, lalu mempergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulan hormon yang dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.
4. Aliran darah - sistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh membawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat.
5. Pertambahan tindakan ini akan ‘diberitahu’ kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf.
6. Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu yang sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jari-jari tangan dan kaki berubah sejuk.
7. Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat.
8. Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak.
9. Pemafasan deras dan berat, meningkatkan oksigen dalam darah supaya otot dan otak dapat membakar glukosa dengan berkesan.
10. Jantung berdenyut pantas, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
11. Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjejas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
12. Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerap ke kepala. Keadaan ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyediakan tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
13. Pendengaran menjadi tajam.
14. Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
15. Agen pembekuan meningkatkan pemekatan darah.

Karl Albrecht di dalam bukunya “Stress and the Manager” (1979) menyatakan, “Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada tanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan.”

Ketegangan dan tekanan yang tidak ditangani dengan wajar akan menyebabkan tubuh badan kita berhadapan dengan kemungkinan ‘hadirnya’ pelbagai penyakit. Oleh hal demikian, usah ‘tenggelam’ dalam lautan emosi yang tidak terkawal sewaktu berhadapan dengan ketegangan dan tekanan


Hanya Engkau Yang Mengetahui betapa kerdilnya aku tanpaMu

Semalam appointment dengan Neuro Medical Husm,gagahkan diri ke sana dengan anak anak.Next week pakar saraf nak buat nerve conduction study..Esok,appointment dengan Klinik Orthopedic..Semalam blood pressure rendah...Masih lagi cuba untuk tidak masuk wad..


Wajah makin gelap mungkin sebab pucat kut...

Muka tension..Letih la ni..

...
Susah payah bantu mama naik wheel chair..Kesian nampak penat,bawa anak anak makan kat kantin Husm

 Mama yang dah hilang selera makan ...Gagahkan diri tunggu anak anak makan..Badan ni duk bertahan,sehabis daya cuba bertahan untuk tidak pitam.Kejap2 berpeluh..Janganlah kesian kat anak anak..


Borang borang darah yang nak kena ambil,fbc,aptt...


Electromyography and Nerve Conduction Studies














Electromyography (EMG) and nerve conduction studies (NCS) are tests that measure muscle and
nerve function. In most cases, both tests are performed. NCS is most often done first.
During NCS, mild electrical currents are applied to the skin on some parts of your body.
This is done to see how quickly impulses travel between nerves.
EMG assesses muscle function.
To do this, a fine needle is placed under your skin into the muscle being tested.
This is repeated on other muscles. The needle allows the electrical activity in your
muscles to be measured. No electrical currents are applied with the needle.
During each test, wavy lines (waveforms) appear on a screen or on paper.
These lines show how well your nerves and muscles work.
These waveforms help to determine your test results.


Rapuh untuk berpaut di mana mana..Tenggelam dan timbul,terkapar kapar melawan..Makin di lawan,makin kuat arus melemaskanku..Dahan untuk berpaut terlalu rapuh dan samar,tak mampu ku capai..

Apa yang di lalui amat hebat,air mata tak akan pernah sepi menemani..Ada masanya sebagai seorang manusia biasa dalam dunia ni,memerlukan juga bantuan kudrat seseorang..Terutama bila sakit,sokongan dan bantuan dari segi kudrat...Ujian Ilahi  juga.Nak minta tolong seseorang kalau perempuan tak apala,kalau lelaki pula bukan muhrim...Nak tak nak  kena gagahkan diri juga walau sendirian..Bukan senang meraih pertolongan,bukan meraih simpati...Sebab itulah pepatah ada mengatakan..Patah sayap bertongkatkan paruh...Selagi mampu gagahkanlah diri dengan apa daya lain lagi yang masih ada..


Kekuatan yang bagaimanakah lagi untuk bertahan?Kekuatan dari Allah...Insyaallah...walau sendirian dan ujian sehebat mana pun,jalan yang sedang di lalui ini adalah jalan menuju padaNya.Ya Rabb,teguhkanlah hati dan ketaqwaanku padaMu.amin.insyaallah..