30 April 2012

Sumber inspirasiku selain anak anak...Mereka yang berbeza tapi SETARA dan kukuh di hatiku

Melayan perasan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwa sehingga kitamerasakan kitalah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya,lagi lagi bila hanya seorang diri. Akhirnya menjadilah orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.


Ya Allah hanya Engkau yang Mengetahui setiap derita hambaMu di atas pentas dunia...Berat sungguh beban yang ditanggung oleh jiwa ibarat sebuah lori yang sedang membawa muatan yang melebihi had yang dibenarkan, merangkak-rangkak mendaki bukit. Di jalan yang rata pula dikalahkan oleh kenderaan yang lebih kecil “cc” kelajuannya. Bagaimana berat rasa yang ditanggung oleh jiwa bergantung kepada tahap kemampuan seseorang menyerapnya. Apabila seseorang itu gagal menyerap beban dijiwanya akibat ujian yang sedang ditimpakan ke atasnya, maka tekanan dijiwanya akan bertambah berat. Semakin lama beban yang ditanggung itu semakin bertambah sehingga jiwanya tidak mampu menanggung lagi bebanan yang ada. Derita sungguh menanggungnya, ibarat kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mata-mata banyak sekali yang melihatnya. Ada yang simpati, ada yang kehairanan, ada yang mencemuh,malah ada juga yang tidak ambil peduli. Namun, orang yang menanggungnya lebih hebat dari yang melihatnya.Lebih hebat....


Mereka yang berbeza tapi SETARA dan kukuh di hatiku.....Kekuatan dan inspirasiku...


Sedih mendengar rintihan kakak angkat yang juga sedang menahan derita,hanya memiliki sebelah kaki akibat gangren kencing manis..Beliau seorang yang amat tabah..sungguh beliau amat tabah..Ujian hidup beliau amat berliku,penderitaan demi penderitaan tiada hentinya.Pernah berkali kali koma..Segalanya dihadapi dengan redha.Tidak pernah sesekali mengalah dengan ujian Illahi.Kini beliau diuji suami sakit yang sedang berada di  hospital..Yang lebih menyedihkan dengan segala kepayahan dan kesusahan  beliau berjuang menjaga suami di hospital...Setiap hari mengayuh kerusi roda menahan teksi seorang diri bertemankan tangisan di hati...Menahan lelah derita.Satu persatu ujian datang yang kadang kala tidak dapat diterima dek akal..Hanya linangan air mata mendengar rintihan akak..Kak...kalau saya dekat dan saya mampu saya tak akan biarkan akak terkapar kapar seorang diri.Setiap kali mendengar rintihan akak jiwa saya juga ibarat terbang.Kak,ingatlah perjuangan akak tidak sia sia.Akak berjuang untuk suami akakdan kerana Allah..Akak sedang merebut pahala dalam menjaga seorang suami walau dalam seribu kepayahan... Ada lagi insan lain yang tidak berpeluang untuk menggapainya...Moga syurga Allah menanti buat akak...


Satu persatu berlegar legar membuatkan diri ini cuba tabah dan kuatkan diri,AHP
Beliau adalah seorang insan yang hebat..yang saya amat kagumi..Sungguh...beliau insan yang amat istimewa..Keluhuran,kemurnian dan keperihatinan beliau yang sanggup mengorbankan masa, kerehatan, dan tenaga untuk membantu dan menyedarkan insan insan lain mungkin adalah salah satu hikmah kenapa beliau diuji sedemikian(human error semasa pemindahan darah)..Kebangkitan untuk menyedarkan ramai lagi insan insan di luar sana untuk tidak terus hanyut dengan hiv..Amat kagumi beliau..Indah dan betapa harmoninya kehidupan beliau bersama keluarga berlandaskan aspek keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT..Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segala galanya dengan bijaksana.AHP,saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana berpeluang mengenali insan sehebat AHP... 

  1. Bersabarlah di atas suratan.......


Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.


Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)


Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk menghadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!



Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.
Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.
Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.



4 comments:

  1. salam Yanie....
    Yanie & mereka juga adalah insan HEBAT yg dipilih oleh ALLAH utk diuji keimaman,ketaqwaan & kesabaran anda semua.
    Semoga Allah memberikn kekuatan Iman & jiwa tuk yanie & mereka juga.
    Aminnnnnnnnn

    ReplyDelete
  2. semoga terus tabah.

    ReplyDelete
  3. tiada apa2 yg hebat tentang saya berbanding kehebatan yanie menempuh segala ujian ini.

    ReplyDelete