Ya,aku bersyukur atas segala nikmat kurniaanMu yang telah Engkau kurniakan kepadaku.Engkau telah berjanji dalam kitabmu bahawa engkau akan tambah lagi nikmat hambaMu yang bersyukur.Pada saat ini aku terima segala ujianMU kepadaKu dan aku bersyukur kepadaMu atas segala pemberianMu.
Engkaulah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan segala yang ada di bumi.KekuasaanMu sangat luas,tiada yang lebih berkuasa daripadaMu ya Allah.
Kabulkanlah hajatku ini,permudahkanlah urusanku,berilah kekuatan dan ketabahan yang luar biasa padaku untuk mengharungi ujianmu,berikanlah kesempatan padaku untuk memikul amanah dan anugerahmu padaku,lindungilah anak anak2ku,berikanlah kesihatan yang baik,dan moga anak2 menjadi anak2 yang soleh dan solehah,berjaya dunia akhirat.Terangkanlah hati anak anakku dengan cahayaMu dan bimbinglah mereka,kuatkanlah iman,takwa dan ibadah mereka agar taat padaMu.Limpahkan rezeki yang berkat dan berikan kebahagiaan dunia mahupun akhirat dengan cahaya kasih sayangmu.amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment