11 April 2012

Tiada upaya meneka dan menafsir.....

Menginsafi setiap ketentuan-Nya, gembira maupun berduka. Namun, tetap terpahat keyakinan setiap apa yang berlaku terselit hikmah dan pengajaran.

Demikianlah kekuasaan-Nya. Dia Maha Berkuasa membahagiakan titik akhir kejadian yang kelihatan muram, dan secara tiba-tiba menghilangkan kemanisan pada kejadian yang sepatutnya kelihatan seperti menggembirakan.

Akal manusia, tidak sempurna mana. Tiada upaya meneka dan menafsir apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian. Redha dan tawakkal adalah perkataan terakhir setelah penat berikhtiar.

Apa yang dipandang baik oleh manusia tidak semestinya baik pada pandangan Allah SWT. Manakala apa yang dipandang buruk oleh Allah SWT pasti buruk akibatnya pada manusia. Begitu juga apa yang terpandang buruk oleh manusia, tidak selalu buruk dalam pandangan Allah SWT. Sebaliknya apa yang dipandang baik oleh Allah SWT pasti baik untuk manusia. Itulah hakikat yang mesti dipelajari dan difahami. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya.



Perjalanan kehidupan manusia tidak sama di antara satu sama lain. Setiap dari mereka pasti mempunyai kisah tersendiri yang amat bermakna bagi dirinya. Manakala hanya segelintir manusia berupaya melihat sebahagian perjalanan kehidupannya untuk menerbitkan ibrah dan mencelikkan pandangan hati.


Ujian....Tak termampu diungkapkan,redha dan tawakal.....




Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,



"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."


Kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.


You don't know everything but Allah knows everything...


 and Allah is the best listener....



2 comments:

  1. salam yanie..k.atie setuju dgn semua tulisan2 yanie ni.
    Begitulah lemahnya manusia dihadapan Allah..cuma yg membezaknnya adalah kekuatan Iman & ketakwaannya.
    'Berat mata yg memandang..lg berat bahu yg memikul'
    Hanya mampu k.atie katakn....bersabarlah & kuatkn semangat.
    Byykn berdoa..pasti satu hari ALLAH akan membukakn pintu rezeki seluas-luasnya & nikmat kesihatan yg baik apabila memdgr rintihan kita memohon kpdnya.InsyaAllah Dik...

    ReplyDelete
  2. amin.insyaallah kak,terima kasih banyak banyak di atas doa,sokongan,keprihatan dan bantuan dari akak.saya juga kirimkan doa dan sentiasa doakan akak sekeluarga...

    ReplyDelete