09 April 2012

Hati seorang ibu...

Hanya Allah yang Maha Mengetahui perjalanan hidup setiap hambanya.Ujian dan dugaan silih berganti,tanggungjawab yang digalas dalam penuh perit dan jerih..Luahan hati yang tak terluah,ujian tiada hentinya.Namun tak pernah merasa putus asa kerana kasih sayang pada anak anak begitu menebal.Tika ini mama mengalah lagi dan masih tidak memikirkan diri sendiri.Rawatan dan ujian yang sepatutnya dijalani,ditunda lagi dalam kesihatan anak2 yang semakin menguji.Kedua duanya ada tonsil..Demam yang kuat,makan minum langsung tak terusik mana.Masuk keluar balik..
Bagaimanala hati ni nak tenang kalau hanya mama tempat anak anak bergantung..Dalam merawat anak anak demam,mama tetap perlu bertahan dan boleh ke mama fikir diri sendiri kalau anak anak kecil mama masih perlukan mama walau mama sendiri lebih lemah dan makin mudarat.Walau bertahan,rebah jua akhirnya,sehari semalaman ditahan di wad sementara..Pneumonia kini,masalah darah,platlet n hb makin low..Masa ni hati menangis dalam diam,di manakah lagi kekuatan?Bagaimana untuk terus melangkah..Berikanku peluang untuk terus menatap wajah dan bersama mereka.Biarlah walau dalam keadaan yang tidak sempurna sekali pun,aku rela dan aku redha kerana mereka cuma ada seorang ibu...Berikanlahku kekuatan dan ketabahan yang luar biasa...


Aiman dah mula senyum dan aktif semula walau masih tak berapa sihat,tapi mama makin rebah .Moga anak anak cepat sembuh..Berjaga malam mama beri anak anak minum air sambil beriba dengan picagari.Titip dalam mulut sikit sikit takut badan kurang air.Bibir pucat dan kering sangat.Tak sampai hati tengok mereka.Jadi nurse kejap mama.Boleh ke mama fikir diri sendiri?

Aiman,Moga diberikan kesihatan yang lebih baik,dianugerahkan usia yang berkat dan menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.amin.


Ketakutan sering menghantui jika terjadi apa apa pada saya,bagaimana mereka terus melangkah tanpa kasih ibu dan bapa yang saya masih saya pikul...


Genggaman kekuatan pada mama terus berjuang..

Akak jiran yang sudi membantu menjaga anak2 bila masuk wad .Aiman meraung setiap kali saya jauh...Makan minum tak terusik...hati ini hati seorang ibu,amat lemah dengan laungan mereka..Sentuhan kasih sayang seorang ibu berbezakan dari orang lain?


Ikhtisyam,moga diberikan kesihatan yang lebih baik,dianugerahkan usia yang berkat,dan menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia akhirat.amin..Bertabah dan terus bertabah....



Hati ini hati ibu....Indahnya setiap detik...

2 comments:

  1. salam Yanie..sedihnya membaca luahan hati seorg ibu trhadap masa depan anak2nya.
    Semoga apa yg yanie doakn...akan dimakbulkn oleh Allah.Aminnnn
    Merekalha permata hati yg diharapkn tuk membela nasib & menjg yanie satu hari nanti,,InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. salam Yanie...teringatkan kisah diri sendiri...bagaimana hebatnya perasaan Hati Seorang Ibu..Sabarlah..sesungguhnya penghujung sabar itu manis..

    ReplyDelete