Terasa berpusing dan berpinar pinar menahan setiap kata kata kakak guard tu,walau salah saya,tegurlah dengan cara yang berhemah bukan dengan beremosi.Tengoklah keadaan pesakit dulu dan cubala fahami keadaan..Kalau saya sihat,saya sendiri dah terlalu trauma nak menjejakkan kaki ke hospital dan saya pun tak sanggup untuk merisikokan anak anak saya dengan jangkitan.Terasa ingin menjawab kata kata kakak tu,kak mungkin ada suami,anak anak kak mungkin ada ayah,kak mungkin ada ramai keluarga yang boleh tolong tengokkan anak anak kak kalau kak sakit.Kak tak rasa apa yang saya rasa,kak tak duk tempat saya,kak tak tanggung apa yang saya tanggung..Tiada yang mengetahui bagaimana keadaan saya yang sebenar benarnya.Saya juga masih keliru dengan keadaan..Tapi segalanya dipendamkan.
Balik tanpa rawatan,walau salah saya tapi kata kata yang dilemparkan amat berbisa.Perlu ke melaung laung?Tak nampak ke muka ni dah pucat putih...Allahuakhbar....Masa ni hati menangis sepuas puasnya,tak semua orang akan memahami penderitaan dan kesusahan orang lain.Salah ke tumpangkan sekejap anak anak saya di bilik menyusu bayi tu...
Sesak nafas,batuk kering...Kak tolongla fahami saya tanpa terus mendengar saya dilaung berkali kali lagi...
Dugaan ini datang dan sering datang,satu persatu menguji dan menguji...amat hebat.Wahai Allah bantulah hambamu ini..Hanya Engkau tempat aku bergantung,Engkau Yang Maha Mengetahui......
Tika ini hanya bayangan wajah arwah abah amat2 dirindui....Al Fatihah...
Ya Allah..
Aku
menadah kedua tapak tanganku bermohon padamu . ampunkan lah segala dosa abahku
. Tempatkanlah dia di kalangan hambamu yang beriman . Sesungguhnya telah dia
mendidik dan menjagaku sebaik mungkin ketika hayatnya . Sesungguhnya
telah dia curahkan segala kasih dan sayangnya kepadaku . Tiada abah lain yang
boleh menggantikan posisinya di hati kecil ku ini Ya Allah . Aku pinta
kepadamu, kau pertemukan lah aku dengannya buat sekalian kalinya walau sekadar
dalam mimpi . . berjabat salam,telinga ini perlukan kata - kata semangat dan sayang
darinya . dan sanubari ini dambakan kasih sayangnya . Ya Allah . berikanlah aku
kesempatan ini . Amin
Guard dikebanyakan hospital memang macam tu lah perangainya, sama juga seperti di Ipoh ni, garang kebanyakannya. Dalam keadaan Alia cam tu memang tak boleh nak buat apa-apakan, saya susah nak cakap yang boleh saya kata alia kena fikir yang positif aje. Dan seperti selalu kena selalu sabar. Entah kalau saya kena jerit macam tu pun saya diamkan ajer try jangan fikir sangat tentang guard tu nanti diri kita pulak susah hati sampai behari2. Alia relek aje. Guard tu mesti tengah stress kena kerja lewat malam sebab tu ia marah2 kut, atau ia nak balik rumah tengok citer hindustan tapi tak dapat balik so dilepaskan kat alia. Usah difikirkan sangat ya....
ReplyDeleteTersenyum saya baca..terima kasih banyak banyak najmi...:)
Deletesabar ya kak..
ReplyDeleteada jenis org yg sengaja nak lepaskan geram kt kita, walaupun kesalahan kita x seberapa..
insyaallah,terima kasih Yna...itulah dik,mereka masih sihat..jika mereka diuji dengan keadaan gini mungkin baru dapat merasainya.
Deletesabar ja la akak....manusia...tak pikir perasaan org....
ReplyDeleteinsyaallah anis,tak apa.salah satu ujian...terima kasih ...
DeleteBanyakkan bersabar dan berdoa. Insyallah segalanya akan kembali seperti sediakala. Jangan sesekali putus asa..bertahan selagi mampu
ReplyDeleteEn.Jai,amin,insyaallah.terima kasih banyak2 kerana perihatin dan sudi singgah dan memberi sokongan.terima kasih banyak2.amat2 saya hargainya..Moga dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.
DeleteSatu lagi cabaran... tanda tuhan sayangkan kita... menguji kesabaran akak... saya tahu akak kuat hadapi... luah lah kat sini agar ia tak terbeban.....
ReplyDeleteBenar dik,amin.insyaallah..terima kasih banyak2 sudi memberi sokongan.Moga allah ringankan dan permudahkan perjalanan hidup waqar syamil.amin.Teruskanlah langkah walau penuh onak duri berbisa...
Deletekesian kat yani.....klu dekat boleh gak tolong apa yg patut....
ReplyDeletetak paa dik..ujian buat akak.terima kasih banyak2...:)
Deletehanya yg terbaik mumme doakan buat yanie...
ReplyDeleteamin.insyaallah,sama juga saya doakan yang terbaik buat mumme..terima kasih banyak banyak mumme..:)
DeleteWalaupun saya sendiri staf hospital. Tapi saya sendiri geram bila membacanya. Malam nanti saya hantar email aduan selitkan sekali link ni ke Pengarah HUKM. Kita tak expect punishment, but kita expect more respect in the future.
ReplyDeletephreak-id,terima kasih banyak banyak kerana perihatin.Hospital usm bukan ukm...Benar en,apa yang diharap tegurlah dengan cara yang berhemah bukan dengan beremosi..tengoklah keadaan pesakit macam mana.anyway,terima kasih banyak2...
Delete