Saat yang terindah bersama permata hati di pantai yang hanya lebih kurang 10 minit dari rumah.Cuba menikmati keindahan ciptaan Allah Taala dan cuba menenangkan diri ..Subhanallah..
Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperi sebuah kapal yang belayar di lautan dalam,dan telah banyak manusia yang karam di dalamnya.Jika kita ingin selamat,belayarlah dengan kapal yang. bernama takwa,isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
Kepahitan makin hambar bila bersama anak anak...cuba mencari ketenangan dengan terapi alam semulajadi...Jiwa ini dah terlalu trauma dengan hospital..Betapa riangnya mereka,sabarla anak anakku,walau betapa sukarnya kehidupan hari ini,jadikan satu azam yang kuat dalam dirimu untuk menjadi aset yang berkilau,cemerlang dan gemilang.Anak anakku moga berjaya dunia akhirat..
Amanah yang terlalu berharga.Denyut nadi mama..........Moga mama diberikan kekuatan.....
Anak anakku penuhilah dadamu dengan amal dan iman agar kau mampu menangkis segala ujian dunia jika mama tiada lagi di sisi...Kentallah jiwamu menyelusuri onak onak duri,denai denai yang berliku,ranting ranting yang tajam,bukit bukau yang menggunung dan 1001 lagi tribulasi yang mengancam minda nanti...Ingatlah,mama sentiasa ada dalam jiwamu....
Hidup ini hanya sementara...wahai anak anakku kaulah sumber inspirasiku..Andaikau tahu mama sebenarnya terlalu lemah,terlalu daif.Tapi melalui gelak tawa,tangismu memberi mama seribu kekuatan untuk terus berjuang.Selagi nyawa dikandung badan,mama rela bertarung nyawa...Anak anakku,kau masih mentah untuk mengenal warna warni kehidupan.."Ya Allah...tiada apa lafaz yang mampu diluahkan, Tak terdaya lagi untuk terus mengadu. Sebagaimana mulut yang terus membisu, begitu jua hati yang semakin sepi dari berkata-kata. Ya Allah yang maha Mengetahui,Cukupkan dalam hati hanya Kamu."
Berjiwa kentallah anak anakku...Walau sejauh mana perjalananmu nanti hargailah sebuah pengalaman hidup.Jadilah seteguh Bilal bin Rabah yang gagah menahan penghinaan.Impikan Umar bin Al Khattab yang garang memerangi Yahudi.Saksikan ketangkasan Hamzah bin Abdul Muttalib memacu kuda di medan perang.Lihatlah jua ketabahan Zainab Al Ghazali mempertahankan islam tercinta.
Jadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai pegangan.
:) permata hati bonda.. semoga berjaya di dunia dan akhirat adik2 ya
ReplyDeleteamin.insyaallah..ao,terima kasih banyak2 kerana mendoakan.moga sihat dan ceria selalu.:)
DeleteSalam perkenalan..
ReplyDeleteKemewahan,kesihatan yg sihat juga ujian Allah pada hamba Nya..Hamba itu alpa perintah Allah SWT dan lalai dgn nikmat dunia..
Akak juga di uji dgn 3 anak lelaki akak semuanya istimewa(OKU)..Bekas pengidap kanser..Hospital memang rumah kedua akak satu ketika dulu..
Alia blh berkata2 dgn anak2 tapi tidak pada akak..Akak kena urus diri mrk sampai akhir hayat akak..Tak tahu pula apa jadi anak2 Syurga ini bila akak tiada nanti..
Akak doakan Alia tabah dgn ujian dunia yg sementara ini..Semoga anak2 aliya berjaya di dunia dan akhirat..Satu hari nanti Aliya mampu tersenyum dgn kejayaan anak2..
Salam ukhwah..amin,insyaallah.terima kasih banyak2 kerana mendoakan.saya juga doakan akak moga akak sekeluarga diberikan kesihatan yang lebih baik,dianugerahkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga akak diberikan kekuatan dan ketabahan yang luar biasa.amin.kak,Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani..Bersabar dan bertabah kak..Moga Allah lindungi anak anak akak..
Deletesalam yanie..cantiknya permandangan kat laut tu.Semoga harapan yanie trhadap anak2..seluas lautan yg pasti akan menjadi kenyataan.Aminnnnnn
ReplyDeletetabahkn hatimu..ingatlah ALLAH selalu berada dekat dgnmu...
amin.insyaallah..terima kasih banyak2 kerana mendoakan.insyaallah,insyaallah..sama juga buat anak anak2 akak,moga anak anak akak berjaya dunia akhirat.amin
Delete